Restoran Big Brother Di Mana Makanan Yang Enak Bertemu Orang Yang Hebat

Restoran Big Brother Di Mana Makanan Yang Enak Bertemu Orang Yang Hebat - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Di mana korang nak cari hidangan masakan barat yang begitu banyak pilihan dan paling memberi citarasa kepada pelanggan yang datang. Begitulah yang di cari bagi kebanyakan orang apabila mencari tempat makan terbaik yang mereka mahu mencuba. Restoran Big Brother ada tempatnya untuk anda mendapat semua itu dalam satu hidangan yang besar dan sedap.


Restoran Big Brother yang telah di buka pada hujung tahun 2008 menjadi antara pemain industri makanan restoran barat yang terbaik. Pemilik restoran berimpian untuk menyampaikan hidangan ini kepada peminat makanan barat agar sentiasa ingat dan akan pasti datang semula ke restoran ini. Mempunyai cara masakan yang baik menjadikan makanan di sini sangat barat dan enak.



Jom kita lihat menu2 yang menarik ada di restoran ini untuk tatapan anda dan mungkin menjadi inspirasi buat anda untuk pilih makanan barat yang ada di restoran ini. Bagi pembuka selera Maha galakkan anda untuk pilih Beefy Mexican Nachos yang rangup dan penuh dengan cheese. Kalau anda tak suka Parmesan cheese masam hidangan ini bukan untuk anda tapi rasa daging dalam tu enak, dan boleh di makan bersama guacomole and sour cream. 

Beefy Mexican Nachos

Kalau nak rasa yang lebih plain anda boleh cuba Onion Ring dan Daily Soup. Bagi Onion Rings tu memang rangup di luar dan lembut rasa bawang di dalam hehehe. Kemudian untuk Daily Soup anda kena bertanya kepada pelayan kerana jika anda bertuah akan dapat sup yang belainan setiap hari. Hari tu Maha dapat makan Sup Cendawan yang enak bersama roti bakar yang garing.

Onion Ring dan Daily Soup

Tu baru bahagian pembuka selera belum tengok menu utama yang ada kat sini lagi rambang mata. Korang boleh pilih daripada Seafood, Poultry, Burgers, Steak & Meats, Pasta dan Pizza. Wow semua makanan barat. Tapi pilihan utama Maha adalah Char-Broiled Lamb ChopTower dan juga Char-broiled Sirloin Steak. Kedua-dua ini adalah steak yang berbeza dari segi daging dan juga cara masakan jadi nak tahu mana pilihan anda kena rasa. Tapi anda pasti tidak akan kecewa dengan dua hidangan ini.

Char-Broiled Lamb ChopTower

Char-broiled Sirloin Steak

Hidangan ini lengkap dengan salad dan juga mashed potato. Bagi anda yang tgh diet tak makan daging anda boleh cuba pula dengan hidangan Salmon. Pilihan Maha adalah Glassa Di Albicocche Salmon Fillet yang memang sepadan sangat rasa dari segi Salmon dan juga Olio spaghetti dalam hidangan ini. Bagi Maha ia adalah hidangan paling sempurna dengan rasa Salmon bakar yang lembut dan juga spaghetti yang agak sedikit pedas dengan rasa cili padi untuk citarasa tempatan.

Glassa Di Albicocche Salmon Fillet

Kalau nak makan pasta anda boleh pilih yang banyak dalam menu ni. Maha telah pilih dua jenis pasta iaitu Classic Footlong In Pomodoro Sauce dan Baked Beef Bolognaise Penne. Kedua2 ini menarik penuh rasa yang sauce yang enak. Yang satu tu classic pasta dimasak dengan Italian tomato saurce dan juga sausage panjang sangat hehehe. Satu lagi pula di limpahi mozzarella cheese dan sauce bolognaise di atasnya sangat2 menarik.

Classic Footlong In Pomodoro Sauce

Baked Beef Bolognaise Penne

Selepas makan semua hidangan ini mesti nak makan pencuci mulutkan, Maha telah pilih untuk makan pencuci mulut Triple Scoop Banana Split. Hidangan 3 jenis aiskrim strawberry, vanilla dan coklat di curah coklat di atas dan diapit dengan pisang yang enak menjadi mulut anda sentiasa nak kunyah. Kemudian last minuman kat sini banyak ada milkshake, jus buah, minuman tempatan dan macam untuk anda pilih.

Triple Scoop Banana Split


Jadi kalau nak cuba hidangan western boleh datang ker Restoran Big Brother ini tak akan kecewa dan pasti anda tak tahu mana nak pilih. Restoran ini ada dua cawangan iaitu di Shah Alam Seksyen 7 dan di Kota Damansara. Ia di buka setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 11.00malam. Selamat menjamu selera semua ok..

Untuk dapat info lanjut dan lokasi restoran ini layari
http://www.findit.com.my/shah-alam/big-brother-restaurant-grill-restaurants-318933








0 comment... add one now