Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

Perubahan Waktu Makan Di Bulan Puasa Pengaruhi Pengambilan Nutrisi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Salam Ramadan masih awal lagi Maha nak ucapkan kepada semua hehehe. Macam mana dengan puasa korang setakat ni ok ker. Harap terus kekal sihat dan juga dapat menjalani ibadah ini dengan tenang dan gembira. Almaklumlah bulan puasa ni waktu makan kita juga telah berubah dan maka  mungkin pengambilan nutrisi juga tidak seimbang. Kadang-kadang kita tak bangun pun untuk bersahur. 

Istimewa Selera Indonesia Berbuka Puasa Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramadhan Al Mubarak tak lama lagi bakal menjelma dan sekarang tengah rancak promosi untuk bufet Ramadhan. Tahun ini Hotel Aloft Kuala Lumpur tidak mahu terlepas menawarkan hidangan istimewa bertema 'Selera Indonesia'. Selalu kita makan masakan tempatan jer kali ni boleh cuba utuk berbuka dengan juadah dari negara jiran.

Minuman Yang Baik Untuk Tubuh Ketika Berpuasa

Minuman Yang Baik Untuk Tubuh Ketika Berpuasa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bulan puasa yang kita lalui tahun ini di harapkan dapat memberi kita bukan sahaja pahala yang lebih dan kesihatan yang berpanjangan. Beberapa minuma yang bagus Maha kongsikan di sini untuk kita sama2 amalkan ketika berbuka puasa dan sahur.


Minuman Yogurt

Kandungan bakteri baik dalam yogurt sangat diperlukan oleh usus selama proses pencernaan makanan, oleh karena itu rutin mengambil yogurt ketika korang berpuasa dapat menyihatkan sistem usus anda dan mampu menurunkan tekanan darah.
 
Air putih

Makanan sehat yang diambil tidak akan berfungsi dengan baik jika seseorang mengalami dehidrasi, oleh karena itu meminum air putih yang cukup akan mengembalikan cairan yang hilang selama puasa. Sebaiknya ketika korang berbuka sedapat mungkin hindarilah dari minuman kopi, teh, atau minuman berkarbonat kerana itu tidak baik untuk sistem pencernaan korang yang sedang kosong selama beberapa jam ketika korang berpuasa.


Jus buah

Jus buah sudah tidak diragukan lagi bahwa kandungan vitaminnya sangat diperlukan oleh tubuh, namun sebaiknya kurangkan penggunaan gula pasir ke dalamnya agar kandungan gula di dalam darah korang senantiasa terjaga pada batas normal yang diperlukan oleh tubuh. Lebih baik tidak menambah gula dalam minuman jus buah yang di ambil.

Air kelapa muda

Air kelapa muda diketahui mengandung cairan elektrolit yang hampir menyerupai cairan elektrolit di dalam tubuh, oleh karena itu disamping air putih untuk melepas dahaga air kelapa muda juga sangat di sarankan untuk diambil selama menjalankan ibadah puasa.








Tips Puasa Dalam Suasana Suhu Yang Panas Dan Elakkan Stok Haba

Tips Puasa Dalam Suasana Suhu Yang Panas Dan Elakkan Stok Haba - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang ni suhu agak panas di Malaysia Maha sendiri yang tidur di rumah pun boleh rasa bahangnya walaupun dah pasang kipas yang laju. Tengok negeri lain semua ribut petir dan hujan lebat tapi kat KL ni panas terik tiada hujan untuk beberapa minggu ni. Maha pun bacalah untuk tahu beberapa tips untuk anda hadapi cuaca panas dan kebetulan bulan puasa lak.


Tip untuk kekal sihat di musim panas:-

1) Banyakan minum air suam sekurang-kurangnya 2.5liter untuk sehari. Dalam bulan puasa banyak minum air suam semasa sahur.

2) Minum minuman Isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh yang berlebihan. Waktu berbuka adalah sesuai untuk minum tapi jangan berlebihan.

3) Hadkan aktiviti luar rumah atau pejabat terutama pada waktu panas. Lebih banyak berada dalam bangunan untuk pastikan anda tidak lebih terhidrat.

4) Buka kipas atau penghawa dingin untuk menyejukan badan. Tips untuk elak bil melambung kerana penghawa dingin pastikan anda sejukkan bilik pada suhu yang rendah selama 15minit dan kemudian naikan suhu ke tahap suhu bilik. Ia akan mengekalkan kesejukan dalam bilik atau rumah anda.

5) Pastikan anda mandi dengan kadar yang kerap kerana ia akan menyejukan badan. Bulan puasa mandi jangan terlalu lama kerana akan memakruhkan puasa anda.

6) Pakai losyen atau sun protector untuk melindungi kulit menghidratkan air dari badan. Seelok-eloknya lebih dari SPF 30 ke atas.

7) Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol dan bergula. Tambah2 bila berbuka puasa. 

8) Pastikan menggunakan payung atau topi untuk mengelakkan daripada pancaran haba terus ke badan.  

Langkah2 ini juga dapat mengurangkan korang daripada terkena Strok Haba. Sama2 kita mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga tubuh badan untuk kesihatan baik. Maha sendiri pun sekarang ada rasa setiap malam tido akan berpelung lebih dan juga kurang air dalam badan tapi bila sahur memang banyk minum air suam. Moga ia membantu untuk anda terus berpuasa walaupun cuaca panas bukan alasan untuk tidak berpuasa ok. Selamat berpuasa.








Salam Ramadhan 1436 Hijrah Dari Mahamahu