Aloft Kuala Lumpur Sentral,

Istimewa Selera Indonesia Berbuka Puasa Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Isnin, April 01, 2019 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramadhan Al Mubarak tak lama lagi bakal menjelma dan sekarang tengah rancak promosi untuk bufet Ramadhan. Tahun ini Hotel Aloft Kuala Lumpur tidak mahu terlepas menawarkan hidangan istimewa bertema 'Selera Indonesia'. Selalu kita makan masakan tempatan jer kali ni boleh cuba utuk berbuka dengan juadah dari negara jiran.


Di sini mereka akan sajikan kepada korang lebih daripada 150 hidangan yang sentiasa bertukar setiap minggu. Barisan profesional Nook's Sous Chef, Ahmad Zaki Harun dan Junior Sous Chef, Muhammad Hafiz Izham akan mengetuai menyediakan hidangan ini buat korang yang nak dapat yang terbaik dari juadah ini. 


Hidangan kali ini didahului dengan special menu iaitu Kambing Bakar Bumbu. Di mana hidangan kambing yang diperapkan dengan kombinasi rempah tempatan termasuk kunyit, biji ketumbar, serbuk cili, halia dan sereh. Sebaik sahaja kambing itu diperapkan ia perlahan dipanggang selama dua jam untuk mencapai tekstur yang lembut dan berair. Sebab itu bila korang rasa kambing ini ia lembut dan hancur dalam mulut. 





Di samping itu, hidangan lain termasuk sup popular di Indonesia iaitu Bakso, Gerai Nasi Ayam, Ayam Cabe Ijo, Tempeh Goreng Berempah dan Ikan Bumbu Berempah turut memenuhi ruang meja bufet kali ini. Tapi permulaan untuk membuka selera korang boleh cuba salad tradisional mereka seperti Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan kuah Kacang dan pelbagai Kerupuk.






Kena ada kepedasan dalam hidangan masakan Indonesia dimana mereka cukup popular dengan sambal seperti Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi dan Sambal Bawang. Juga lauk berkuah yang mereka sediakan mesti kena ada seperti Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel dan Gulai Masak Lemak Nangka akan padan makan bersama dengan hidangan beras dari Indonesia seperti Nasi Kebuli, Nasi Sagung Madura dan Nasi Kuning.






Semua yang Maha sebutkan tu korang boleh nikmati dalam set bufet Ramadhan kat sini dengan begilir-gilir mengikut hari. Nak memberikan kepelbagaian pilihan juadah dalam bufet ini mereka juga menyediakan beberapa masakan popular rakyat Malaysia juga seperti Bubur Lambuk, Sup Berempah, Murtabak dan Satay



Kalau bufet buka puasa tak lengkap tanpa pencuci mulutkan kat sini ada macam-macam pilihan pencuci mulut dari Indonesia dan Malaysia sendiri. Korang boleh pilih seperti Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling (buah sawit), Bubur Sumsum (kelapa manis bubur nasi), Sago Air Gula dan Kolak Ubi, Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Chocolate Brownies Panas, Hangat Apple Crumble, Roti Pisang Panas dan Puding Mentega yang semuanya disajikan dengan Sos Vanila, Stesen ABC, Lemon Meringue Pie, Kue Keju Strawberry Mousse, Trio Chocolate Mousse Cake, Buah Berry Tart dan banyak lagi.






Kat sini mereka mula menjual baucer hari ini 1 April hingga 3 Mei 2019

Harga RM105.00 nett untuk pembelian 1 - 35 jumlah baucer.
Harga RM95.00 nett untuk pembelian 36 jumlah baucer dan selebihnya. 

Jadi makin banyak baucer korang beli untuk berbuka puasa kat sini makin murahlah harganya mana nak dapat hotel tengah KL bawah dari ini, sini sahaja tau. Bufet mereka pula nanti akan bermula dari tarikh 7 Mei hingga 3 Jun 2019. Waktu bufet adalah dari 6:30 petang hingga 10:30 malam.


So tunggu apa lagi boleh tempah mulai hari ni dapat lagi murah kalau lagi banyak korang beli. Alang-alang tu beli sekali untuk satu pejabat dan campurkan keluarga sekali lagi ramai lagi murah. Selamat menjamu selera semua ok. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :- 
Tel : +603 2723 1188 







1 ulasan:

  1. Banyakkan makanan yang sedap-sedap, best pulak tengok kambing bakar bumbu tu..

    BalasPadam