Jus Buah-Buahan Segar Dari Dapur Mahamahu

Jus Buah-Buahan Segar Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah lama tak buat minuman jus berasaskan buah-buahankan. Family selalu nasihatkan untuk minum banyak jus buah original yg tiada campuran apa2 perasa. Sebab tu gigih pergi beli pengisar jus buah-buahan walaupun murah tapi membantu.

Bukan nak promote Pengisar jus buah-buahan ini hehehe sekadar nak tunjuk yg baru beli opsss. Ok kali ni Mahamahu nak campurkan sebanyak mungkin buah-buahan dalam jus minuman untuk di nikmati waktu sarapan pagi dan makan tghari. Kat sini ada beberapa jenis buah yg Mahamahu guna iaitu Oren, Strawberi, Kiwi dan Pisang.

Fakta menari tentang buah-buahan ini:-
Oren
Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah. Ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan kerana sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Strawberi 
Dalam sebuah kajian, buah strawberi menduduki peringkat tertinggi kandungan antioksidan. Antioksidan merupakan sebatian yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan oleh bahan-bahan penimbul kanser. Dengan mengunyah strawberry setiap hari dapat membantu untuk menyihatkan mulut, seperti: memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, dan membuat nafas menjadi lebih segar.

Kiwi
Mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pisang
Meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung dan melegakan ciri-birit dan juga sembelit.

Semua ni tinggi dengan vitamin dan khasiat untuk menaja perjalanan makanan dalam perut dan memberi tenaga selain khasiat lain. Semua buah ni di kupas dan di potong kecil2 sikit untuk muat masuk dalam pengisar. Lepas tu masukkan satu persatu buah-buahan tu dan kisar sehingga hancur. Kalau guna pengisar ni tak perlu risau tentang hampas siap di asingkan tak perlu tapis.


Lepas siap semua buah di kisar tgk lah rupanya ada wanrna oren, ada warna merah dan warna kuning. Memang menarik dan nampak sedap lepas tu kacau sekata dan tuang dalam gelas untuk di minum. Jgn masukkan apa2 perasa manisan seperti gula atau madu kerana nak rasa keaslian dan nutrein dalam buah tu.

So boleh di nikmati waktu pagi dan juga makan tghari memang sesuai. Kalau nak sedap lagi boleh tambah ais baru untuk rasa sejuk dan segar. Mahamahu lepas ni dah banyk beli buah-buahan boleh lah hari minum jus buah ni hehehe. Selamat mencuba kepada semua dan selamat menjamu selera.....






0 comment... add one now