Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Produk Tempatan. Papar semua catatan

Santan Segar Berkualiti Premium Adalah Santan Mawar Menjadi Pilihan Dalam Masakan Dan Minuman

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Penggunaan santan kotak atau santan pek sekarang ini sangat menjadi pilihan terutama bagi pengusaha makanan di restoran atau hotel-hotel. Ye lah nak dapatkan santan segar yang perah terus daripada biji kelapa agak sukar sekarang ni. Juga dengan harga yang makin tinggi ia juga akan meningkatkan kos. Kalau bagi ibu-ibu atau korang pengusaha gerai makan mana menjadi pilihan adakah santan kotak atau juga santa segar?.


Santan Ayamas Kitchen Produk Baharu Berkualiti Premium Dari QSR Trading

QSR Trading Sdn Bhd (QSRT) memperkenalkan produk santan kotak baharu mereka ‘Santan Ayamas Kitchen’ di bawah jenama keluaran mereka iaitu Ayamas Kitchen. QSRT merupakan anak syarikat QSR Brands, pengendali KFC dan Pizza Hut di Malaysia.


Resipi Kuih Tradisi Turun Temurun Tart Nenas Swee Bee Unik Dan Halal

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang mesti ada satu kuih tradisi yang menjadi kegemaran dan kesukaan sejak dari kecil lagi. Cuba korang bagi komen apakan antara kuih tradisional yang korang suka sejak dari kecil dan mesti ada setiap masa tak kira waktu perayaan atau pun waktu hari biasa. Kalau korang tanya Maha mestilah Maha suka Tart Nenas. Ramai yang sama dengan Maha kan.


Safi Tampil Cara Mudah Sertu Dengan Skrub Mandian Sertu Antibakteria

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebagai seorang Islam menjaga kesucian dan juga mengikut syariat yang ditetapkan dalam agama adalah satu kewajipan. Terutama dalam menjaga kebersihan bukan sahaja diri malah juga kersihan tempat tinggal dan segalanya. 


Menjadikan Setiap Hidangan Biasa Lebih Istimewa Dengan HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ Edaran QSR Trading

QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), salah satu saluran pemasaran dan perdagangan di bawah QSR Brands, (pengusaha rangkaian KFC dan Pizza Hut Malaysia), hari ini memperkenalkan produk terbaharu HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ iaitu keluaran HACO Asia Pacific Sdn. Bhd.


Kopi Plus Stevia Rumusan Khas Keluaran Tempatan Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa

Hasil penyelidikan teliti adunan kopi daripada ramuan berkhasiat ternyata memberi pulangan memberangsangkan apabila Kopi Plus Stevia bakal menemui pengguna di peringkat antarabangsa.



Kopi rumusan khas keluaran Qaj Industries Sdn Bhd (Qaj Industries) yang berada di pasaran tempatan sejak 2019 itu dijangka memasuki pasaran Kanada, Amerika Syarikat dan Pakistan menjelang akhir tahun ini selain usaha syarikat untuk meninjau potensinya di beberapa negara lain.

Menurut Pengarah Urusan Qaj Industries, Ahmad Adnan Abdullah, keupayaan produk keluarannya berada di pasaran antarabangsa berikutan beberapa pengiktirafan terhadap produk berkenaan termasuk kelulusan yang diperoleh daripada Pentadbiran  Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA).



“Menerusi kelulusan terbabit, Kopi Plus Stevia tidak mempunyai halangan untuk dipasarkan di seluruh dunia malah ia juga bebas daripada kandungan logam dan racun. Kopi ini yang pertama di Malaysia malah di dunia mengandungi 11 ramuan seumpamanya sesuai untuk pengguna pelbagai peringkat usia termasuk mereka yang alah pada kafein kerana kandungan kafein bagi setiap uncang hanya 0.2 peratus sahaja. 

“Kandungannya diperakui menerusi beberapa penyelidikan termasuk perolehan sijil analisis daripada Makmal myCO2 dan SGS selain pengesahan halal JAKIM serta berdaftar dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia,” katanya sambil menambah, Qaj Industries menjalin kerjasama eksklusif dengan R FEX Global Trade Sdn Bhd bagi urusan pengeksportan produk di peringkat antarabangsa.



Beliau mengakui pengalamannya sebagai pesakit kencing manis sejak 2006 yang harus mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan selain menjalani pembedahan akibat serangan jantung antara inspirasi untuk menghasilkan kopi yang dilengkapi pelbagai manfaat kesihatan.

Menerusi gabungan biji kopi Arabica bersama 11 jenis ramuan yang memiliki khasiat tersendiri, Kopi Plus Stevia membantu pengguna yang ingin memperbaiki tahap kesihatan terutama bagi mengawal dan menstabilkan gula dalam darah sekali gus menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan diri.



“Umum mengetahui bahawa ramai pesakit kencing manis turut mengalami komplikasi kesihatan lain seperti kehilangan kaki, serangan jantung, penglihatan, tekanan darah tinggi dan  pelbagai lagi.

“Lantaran itu, Qaj Industries menjalankan penyelidikan teliti selama kira-kira enam bulan terhadap penghasilan ramuan kopi ini yang membantu dari segi pengambilan gula seharian. Malah, syarikat turut menguji adunan kopi ini dalam kalangan kelompok sasaran selama beberapa bulan dan hasilnya, kami memperoleh ulasan pengguna yang memuaskan sekali gus mendorong kami untuk memasarkan produk ini,” katanya.

Ahmad Adnan menjelaskan, kopi keluaran syarikatnya itu mengandungi 11 ramuan dilengkapi pelbagai khasiat kesihatan iaitu kunyit hitam, kayu manis Ceylon, daun rerama, peria katak, halba, stevia, tongkat ali, maca, serat buah, moringga dan habbatus sauda.



Habbatus sauda misalnya, bertindak sebagai antioksidan dan secara tradisional membantu untuk menangani masalah kesihatan termasuk kencing manis, kulit, sakit otot, sendi dan pelbagai masalah kesihatan lain. 

Kunyit hitam dan kayu manis Ceylon juga dilengkapi ciri-ciri antioksidan yang antara lain bersifat melawan kencing manis. Peria katak pula mengandungi phytoinsulin yang membantu untuk menurunkan kadar gula dalam darah. 



Stevia pula memiliki nilai glisemik sifar (tanpa kalori) sebagai pengganti gula manakala tongkat ali yang mempunyai rasa pahit sesuai dicampur dalam ramuan kopi selain bersifat antioksidan dan antipenuaan. 

Maca membantu dari segi peningkatan tenaga batin dan mengurangkan tekanan, halba pula membersihkan usus dan membantu pankreas merembeskan insulin manakala moringga membantu menangani masalah kekurangan nutrien dalam badan.

“Di pasaran tempatan, Qaj Industries mempunyai kira-kira 50 pengedar di seluruh negara. Malah pihak kami amat berbesar hati dapat membantu masyarakat terutama mereka yang terjejas pendapatan atau kehilangan mata pencarian ketika pandemik bermula tahun lalu bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi penjualan produk keluaran kami,” katanya.



Menurutnya, dalam usaha pengembangan pengeluaran meliputi bidang makanan dan minuman, syarikat terbabit bakal meluaskan keluaran produk berasaskan makanan yang turut memanfaatkan kebaikan stevia.

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai rumusan produk dan peluang perniagaan, layari laman sesawang https://qajresources.com.my.









Kitsui Coffee Xslim Shapez Untuk Kurus

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sekarang ni kerajaan dah banyak buka sektor ekonomi untuk memulihkannya semula selepas pendamik Covid-19. Banyak yang dah kembali kepada normal dengan boleh buat aktiviti riadah dan juga rentas daerah. Serta banyak kedai dah mula beroperasi namun masih tetap dengan SOP yang di tetapkan.


Beli Ciera Produk Label Sijil Hijau Dan Sertai Peraduan Detik Indah Bersama Ciera Dan Giant

Salam sejahtera semua kepada pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dirindui dan dikasihi sekalian. Semenjak duduk rumah ni kerana PKP Maha dah mula rajin kemas rumah dan juga jaga kebersihan rumah. Bagi menjaga kebersihan sekeliling rumah tak kiralah perabot ker, sofa ker, dapur masak ker, atau juga penjagaan kebersihan tangan pun Maha ambil berat. Sekarang banyak produk yang menggunakan banyak bahan kimia bahaya. Jadi Maha telah beralih kepada produk yang selamat, semulajadi dan organik iaitu Ciera. 



Mungkin korang jarang dengar jenama Ciera ini kerana ia adalah produk jenama tempatan yang menggunakan bahan aktif semulajadi berasaskan tumbuhan yang unik untuk membersih, membasmi kuman dan mengharum walaupun dengan kepekatan yang rendah. Teknologi Ciera ini mengekstrak tumbuhan unik seperti Aloe Vera dan Teh Hijau sebagai bahan aktif bagi menggantikan bahan kimia berbahaya.



Produk ini juga selamat kepada pengguna dan alam sekitar kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Paraben, SLS, SLES and Phthalates. Produk Ciera juga mudah terbiodegradasi dan tidak kekal di alam sekitar. Ia juga terbukti membunuh 99.9% seperti Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Candida albicans-Yeast, Aspergillus niger-mould dan Pseudomonas aeruginosa termasuk kuman-kuman kebal antibiotik (MRSA & VISA).



Wow dengar pun dah meyakinkan jadi sebab itu sekarang ini Maha dah beralih kepada produk ini. Ia juga mempunyai sijil Halal (JAKIM), SIRIM Eco Label, MyHijau Mark (Greentech Malaysia) di bawah kilang Good Manufacturing Practice (GMP). Tak silap Maha jenama ini ada banyak keluaran produk untuk kegunaan seluruh rumah seperti Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant, Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant Spray, Ciera Eco-Friendly Hand Wash, Ciera Eco-Friendly Junior Natural Hand Sanitizer dan banyak lagi.



Setakat ini cuma empat jenis ni sahaja yang Maha guna untuk kerja-kerja membersikan rumah dan juga menjaga keselamatan diri daripada pelbagai penyakit yang tidak diketaui diluar sana. Produk mereka ni Maha suka sebab ia juga mudah digunakan dan juga bau yang wangi menyenangkan bila kerja mencuci ini. Banyak tempat Maha guna seperti nak sembur pada sofa yang tak boleh basuh dan kita selalu duduk. Kemudian pada dapur memasak sebab banyak minyak dan ia membersihkan. Juga mencuci tangan selepas keluar yer lah sekarangkan banyak kes Covid-19 ni siap ada varian baru yang lagi power. Dengan ada produk macam ni rajinlah Maha cuci tangan selain guna hand sanitizer. 



Produk Ciera ni boleh dapat kat pasaraya besar seperti Giant dan banyak lagi dah mula masuk pasaran Malaysia. Sempena dengan bulan kemerdekaan sekarang ini Ciera dengan kerjasama Pasaraya Besar Giant menganjurkan "Peraduan Detik Indah Bersama Ciera Dan Giant". Ia adalah cabutan bertuah yamg telah berlangsung bermula 25 Ogos sehingga 25 September 2021. Korang boleh menang hadiah-hadiah menarik seperti:



Hadiah Utama : Proscenic T21 Smart Air Fryer (2 unit)
Hadiah Kedua : Proscenic P8 Plus Handheld Cordless Vacuum (2 unit)
Hadiah Ketiga : Portable Nano Atomizer (2 unit)
Hadiah Saguhati : Produk Ciera bernila  RM50 

Mudah saja kalau korang nak sertai peraduan ini, korang hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
 
Langkah 1: Beli
Hanya beli produk Ciera di Giant bernilai minimum RM30 dalam satu resit dan kongsikan Gambar anda bersama produk Ciera beserta slogan menarik minimum 50 patah perkataan.

Langkah 2: Whatsapp
a) Hantarkan ke Whatsapp berserta gambar resit sebagai bukti pembelian ke nombor 601128002932
b) FOLLOW Facebook & Instagram: @ciera.my & screenshot bukti

Langkah 3: Cabutan Bertuah
Pemenang bertuah akan diumumkan SETIAP DUA MINGGU pada hari Jumaat (25 Ogos dan 25 September 2021) di FB: ciera.my



Jadi tunggu apa lagi alang-alang nak cari pembersih rumah tu beli sahaja jenama Ciera kat Pasaraya Giant dan korang layak nak sertai peraduan ini. Untung-untung boleh dapat hadiah istimewa siapa tahu rezeki korangkan. Maha pun beli hari tu hantar juga penyertaan. Sekarang ni hari cuti mesti cuci rumah untuk jaga kebersihan dan terhidar dengan penyakit yang kita tidak nampak. Moga ia memberi sikit maklumat kepada korang semua ok. Selamat mencuba.









Lelaki Kalau Ada Masalah Kulit Muka Boleh Ambil Crystal Skin

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada kawan-kawan yang diingati dan dirindui selalu. Rindu masa bersama dengan kawan-kawan berlibur macam dulu kala. Masa tu lah nak hilang tekanan dan juga dapat habis masa merehatkan minda. Walaupun dalam masa sama tetap kena 'Body Shaming' dengan mereka tapi aggap itu hanya gurauan. Hidup kalau tak ada gurauan tak seronok dan meriah. Tapi kadang-kadang berpada-pada jugalah, yang dah kenal lama tu ok kalau baru sahaja sehari kenal dah nak body shaming sentap juga.


Dapur Bersepah Ketika Memasak Kitchen Saver Sediakan Bahan Masakan Untuk Anda

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui selalu. Macam mana korang semua masih ok lagi sekarang duduk di rumah. Jangan tertekan atau runsing kerana setiap masalah ada cara mengatasinya. Sekarang ni pun kerjaan dah buka banyak sektor tetapi dengan SOP yang ketat dan juga hanya yang lengkap dose sahaja dibenarkan.