Kuih,

Resipi Kuih Tradisi Turun Temurun Tart Nenas Swee Bee Unik Dan Halal

Khamis, Mac 31, 2022 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang mesti ada satu kuih tradisi yang menjadi kegemaran dan kesukaan sejak dari kecil lagi. Cuba korang bagi komen apakan antara kuih tradisional yang korang suka sejak dari kecil dan mesti ada setiap masa tak kira waktu perayaan atau pun waktu hari biasa. Kalau korang tanya Maha mestilah Maha suka Tart Nenas. Ramai yang sama dengan Maha kan.



Walaupun Maha tak pandai untuk membuat Tart Nenas sendiri kat rumah tapi mesti setiap tahun bila tiba musim perayaan kuih ini mesti beli. Wajib ada hampir semua rumah Melayu dan juga pelbagai kaum di Malaysia yang suka akan kuih Tart Nenas ni. Tapi tahukan korang bahawa kuih ini dicipta oleh penduduk Baba Nyonya pada abad ke-16 Tanah Melayu apabila Portugis membawa buah nanas dari Amerika Selatan ke Tanah Melayu untuk diusahakan secara besar-besaran di sini. 




Jadi sejak itu lah ia menjadi kuih tradisi kat Malaysia ini sehingga lah sekarang. Juga revolusi zaman berzaman menjadikan kuih tart nenas ini juga mengalami perubahan dari segi rupa dan juga reka bentuk. Sehingga sekarang ini Maha baru jumpa yang pertama di Malaysia kuih Tart Nenas berbentuk empat segi dengan corak reka bentuk timbul pada permukaan tart.





Resipi Ibunda Yang Mencairkan Hatimu


Ialah dia Tart Nenas Swee Bee yang diusahakan oleh sebuah keluarga. Ia adalah resipi daripada ibu pemilik produk ini iaitu Baker Dave sendiri dan juga nama Tart Nenas ni diberikan sempena dengan nama ibu beliau. Ia telah mula dikomersialkan secara luas sejak tahun 2019 dengan mengetengahkan rekan bentuk empat segi dan ada inti nenas sebenar didalamnya. Unik kan reka bentuk tart ini. Ia juga telah mendapat pengsijilan Halal daripada JAKIM untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.




Maha suka kepada tart keluaran mereka bukan sahaja kerana rekabentuk yang lain daripada lain tapi juga rasanya sangat lembut. Kulit tart diluarnya rapuh dan hancur dimulut serta inti tart yang penuh dan rasa buah nanas sebenar. Kulit tart tu dihasilkan daripada Danish Butter yang berkualiti tinggi dan juga inti daripada 100% buah nanas sebenar. Juga Tiada bahan tambahan pengawet digunakan. Sebab itu ia boleh kekalkan rasa tart sebenar dan masih boleh diterima sehingga sekarang.





Kenalah dengan suasana sekarang ini kita tengah nak sambut bulan Ramadan dan lepas tu kita nak sambut pula bulan Syawal dan Hari Raya. Sekarang ini pun dah ramai mak-mak kat luar sana sibuk mencari dan juga buat tempahan kuih raya pelbagai jenis. Tapi jangan lupa untuk dapatkan juga Tart Nenas Swee Bee ini memang Maha rekemen pada korang kena cuba. 






Harga Promosi Sempena Ramadan Dan Hari Raya


Sekarang mereka tengah buat promosi tau kalau beli 1 kotak harganya RM38 ringgit. Tetapi sempena dengan musim perayaan ini ada promo kalau beli 3 kotak harganya RM100 sahaja. Kalau ikutkan harga biasa untuk 3 kotak adalah dalam RM108 tau. Tapi untuk kita rakyat Malaysia yang dah lebih 2 tahun tak sambut raya bersama keluarga maka ini masanya nak bawa balik kuih istimewa dengan reka bentuk yang unik dan rasa yang pasti puas hati dengan harga promosi lagi mana nak dapat. 





Korang tengok kotak dia sendiri pun sangat cantik dengan ada reka bentuk bunga yang dikenakan pada pakaian Baba Nyonya. Bukan setakat kuihnya tapi kotak pun exclusive sangat sesuai untuk korang nak bagi hadiah pada yang tersayang atau juga buat cenderamata untuk majlis istimewa. Dalam satu kotak tu pula ada 8 biji Tart Nenas yang dibungkus dengan plastik jadi ia tahan lebih lama dan tidak mudah rosak atau masuk angin. 

Mana korang nak dapatkan kuih Tart Nenas Swee Bee ni boleh sahaja hubungi:
Tel/Whatsapp : 6017-334 0180






6 ulasan:

  1. Cantik betul kotaknya.. Lawa bentuk tart nenas dia. Siap ada design bunga. Mesti sedap. Nanti boleh cuba

    BalasPadam
  2. Uniknya tart segi empat. Kotak dia cantik betul, kalau buat hadiah memang elok sangat nie. Eh. Ada simpan sikit tak utk kengkawan?

    BalasPadam
  3. Kak pun suka mkn tart nenas tapi yg ni Tart Nenas Swee Bee blm pernah rasa, tgk cantik dan npk mcm sedap

    BalasPadam
  4. nampak esklusif packaging dia.. sesuai diberikan sebagai hadiah atau cenderahati

    BalasPadam
  5. kalau dah nama resepi turun temurun, saya expect Tart Nenas Swee Bee ni sangat sedap. Ok unik dan akan cuba cari 1.

    BalasPadam
  6. Waaa bila kata kuih tat tradisi tp dia buat lain dari lain punya acuan tetap nampak sedap kannn.. nanti nak try lerr beli dan rasa...

    BalasPadam