Halal,

Safi Tampil Cara Mudah Sertu Dengan Skrub Mandian Sertu Antibakteria

Jumaat, Mac 04, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebagai seorang Islam menjaga kesucian dan juga mengikut syariat yang ditetapkan dalam agama adalah satu kewajipan. Terutama dalam menjaga kebersihan bukan sahaja diri malah juga kersihan tempat tinggal dan segalanya. 



Kini dengan adanya Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria memang memudahkan masyarakat Islam terutamanya dalam mengaplikasikan sertu terutamanya jikat terdapat situasi yang tidak dapat dielakkan yang melibatkan najib mughallazah. 



Apa yang dimaksudkan dengan Sertu dalam Islam? Sertu bermaksud menyucikan sesuatu objek atau permukaan atau benda dengan menggunakan air mutlak sebanyak 6 kali dan menggunakan air mutlak bercampur tanah liat sebanyak 1 kali. Ini dibuat untuk menyucikan daripada najis mughallazah atau najis berat.



Produk ini dirumuskan dengan 100% tanah liat sumber asli yang berkualiti tinggi, bersih dan suci, serta diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Ekstrak Bidara. Produk Safi ini pun sangat wangi jika digunakan untuk kerja atau proses sertu dilakukan. 



Bagaimana cara untuk menggunakan produk ini? 

Langkah 1
Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis.

Langkah 2
Basuhan pertama adalah dengan sedikit campuran Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan disebatikan hingga air menjadi keruh.

Langkah 3
Selepas itu diikuti basuhan anggota badan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria telah mendapat sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kaedah mudah sertu menggunakan produk ini telah disemak oleh panel dari Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) serta Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Jadi gunakanlah tanpa was-was. Moga ia dapat mempermudahkan kerja untuk sertu dan menyucikan lebih baik. 






0 Pandangan: