Halal,

Santan Ayamas Kitchen Produk Baharu Berkualiti Premium Dari QSR Trading

Selasa, November 15, 2022 Mahamahu 0 Comments

QSR Trading Sdn Bhd (QSRT) memperkenalkan produk santan kotak baharu mereka ‘Santan Ayamas Kitchen’ di bawah jenama keluaran mereka iaitu Ayamas Kitchen. QSRT merupakan anak syarikat QSR Brands, pengendali KFC dan Pizza Hut di Malaysia.



Memang tidak boleh dinafikan bahawa santan merupakan ramuan penting dalam masakan Melayu, dan juga kebanyakan hidangan-hidangan kaum lain di Malaysia, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan Hari Raya. Kami mengeluarkan produk ini dengan matlamat untuk memberi lebih banyak lagi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan santan kotak mereka dengan kualiti yang premium,” kata Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn Bhd.


“Dengan slogan “Segar & lazat”
, santan Ayamas Kitchen dihasilkan melalui Suhu Ultra Tinggi (UHT), justeru tidak memerlukan bahan pengawet. Ia mempunyai 20% kandungan lemak, dan didatangkan dengan rasanya yang unik dan asli, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan Malaysia. Di samping itu, produk ini bebas kolesterol, tanpa mengandungi asid lemak trans, serta sangat mudah untuk disimpan. Paling utama, produk ini juga memiliki status Halal daripada Majelis Ulamak Indonesia (MUI), yang merupakan badan pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.



Produk santan ini boleh didapati dalam pek 200ml berharga RM2.90 sekotak. Ia juga boleh didapati dalam pek karton yang mengandungi 24 kotak santan. Ia akan tersedia di rak di pasarraya besar & pasaraya utama (di Semenanjung Malaysia) serta platform E-Dagang atas talian mulai 1 Oktober 2022 dan seterusnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my atau www.qsrtmart.com.my.

Resipi berasaskan santan yang boleh dicuba









0 Pandangan: