Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Percutian ke Langkawi. Papar semua catatan

10 Tempat Menarik yang Melayakkan Langkawi Bergelar 'Permata Kedah'

Apabila korang mendambakan destinasi percutian tropika yang paling istimewa di Malaysia, Langkawi tentunya menjadi antara pilihan utama. Di kelilingi samudera biru, dan memiliki kawasan hutan nan menghijau serta air terjun di antara yang tercantik di dunia, Langkawi, yang telah dianugerahkan dengan status pusat rujukan UNESCO Global Geopark di Asia Pasifik dipenuhi dengan pelbagai sumber kekayaan tersembunyi yang pastinya dapat memikat hati setiap pengunjung. Maka, tidak hairanlah kenapa nama Langkawi masyhur sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia. Berikut adalah 10 tempat menarik yang patut korang kunjungi apabila korang menjejakkan kaki ke Pulau Permata Kedah ini!

1. Kota Mahsuri 


Main Aktiviti Air Lasak Di Paradise 101 Dan Menaiki Gunung Mat Cincang Dengan Langkawi SkyCab

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui selalu. Ini adalah posting terakhir Maha nak kongsikan untuk percutian dan perjalanan di Pulau Langkawi baru-baru ini. Tapi sebelum ini Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada QT Travels Group PLT, LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel kerana membawa Maha dan kawan-kawan sampai ke pulau ini dengan jayanya. Sangat seronok dan rasa nak datang lagi kat sini.


Melayari Cruise Mewah Di Royal Langkawi Yacht Club Dan Berkhemah Di Pulau Dayang Bunting

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Hari ni Maha sambung lagi percutian dan melakukan aktiviti menarik di Pulau Langkawi. Tapi sebelum tu Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada QT Travels Group PLT, LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel kerana merealisasikan percutian menarik di sini selama enam hari guys. Hari ni dah masuk hari ketiga berada di sini dan sebelum ni Maha kongsikan tempat-tempat bersejarah di pulau ini seperti Kubang Badak BioGeo Trail dan juga Kota Mahsuri. 


Menyelusuri Sejarah Langkawi Di Kubang Badak BioGeo Trail Dan Kota Mahsuri

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui semua. Cuti-cuti Malaysia Maha di Pulau Langkawi bersama kawan-kawan diteruskan lagi. But sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada QT Travels Group PLT, LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel merealisasikan percutian indah dan seronok ini. Sebelum ni Maha dah kongsikan tempat penginapan sepanjang enam hari Maha kat Langkawi iaitu kami duduk kat villa Rouhi Retreats di Mukim Ayer Hangat. Kali ini kita pergi beberapa lokasi yang menarik dan jarang orang tahu sebenarnya ada juga di pulau ini.


Rouhi Retreats Villa Unik Untuk Penginapan Keluarga Di Langkawi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui. Yeayyy Maha teruja nak sambung lagi ni kisah percutian selama enam hari baru-baru ini di Pulau Langkawi. Tapi sebelum tu Maha nak ucapkan terima kasih kepada QT Travels Group PLT, LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel kerana sudi membawa kami sekumpulan untuk memeriahkan kembali ekonomi pelancongan di pulau penuh sejarah ini. Sebelum ini Maha ada kongsikan pengalaman menaiki penerbangan FireFly dari Subang sampai ke Langkawi.


Hanya Perlu Kad Pengenalan Terbang Dengan FireFly Airline

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dirindui dan dikasihi sekalian. Masa untuk update blog setelah asyik bercuti dan berjalan sakan yer semenjak kerajaan dah mula benarkan rentas negeri bagi mereka yang sudah lengkap vaksin. Memang betul-betul gunakan peluang yang diberikan setelah hampir dua tahun terkurung dirumah sahaja. Namun SOP tetap kena ikut dan juga sebelum Maha nak gerak balik kampung atau juga travel mana-mana sekarang ni akan buat ujian kendiri menggunakan RTK. Ini semua demi keselamatan diri dan mereka yang berada bersama dengan kitakan.