Cuti-Cuti Malaysia,

Main Aktiviti Air Lasak Di Paradise 101 Dan Menaiki Gunung Mat Cincang Dengan Langkawi SkyCab

Sabtu, November 13, 2021 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui selalu. Ini adalah posting terakhir Maha nak kongsikan untuk percutian dan perjalanan di Pulau Langkawi baru-baru ini. Tapi sebelum ini Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada QT Travels Group PLT, LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel kerana membawa Maha dan kawan-kawan sampai ke pulau ini dengan jayanya. Sangat seronok dan rasa nak datang lagi kat sini.



Posting kali ini adalah hari kelima kami berada di Pulau Langkawi ini. Sebelum ni Maha kongsikan tentang aktiviti menaiki cruise di Royal Langkawi Yacht Club dan juga berkhemah di Campsite Pulau Dayang Bunting. Kali ini teruskan dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain mainan air. Di sini juga ada sediakan macam-macam mainan air yang boleh dilakukan di Paradise 101. Jom kita tengok ada game yang ada di sini korang boleh cuba ok.

Paradise 101 Play, Refresh and Relax


Ia terletak di satu macam pulau buatan kot tak jauh dari daratan sangat tapi masih perlu naiki boat selama lima minit untuk sampai ker Paradise 101 ni. Kena naik dekat jeti yang terletak di belakang hotel The Danna Langkawi. Kalau tak tahu susah juga nak cari dan boleh sesat salah masuk. Sebab tak ada papan tanda kat luar dari jalan utama untuk menunjukkan masuk jeti nak ke sana. Tapi nasib jumpa and nampak ada khemad kuning dan juga ada kawasan parking yang luas senang nak parking kenderaan.






Kat situ nanti semua orang kena macam biasa buat pemeriksaan SOP dan scan MySejahtera. Lepas tu kena scan QR Code untuk daftar mainan yang nak main dan juga isi borang macam pengesahan dan jaminan keselamatan. Ini kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan terutama bila melibatkan mainan air ni. Bila dah daftar semua kita boleh dibenarkan untuk naik boat ker sana.










Di sini ada banyak aktiviti mainan air yang korang boleh pilih antaranya Banana Boat, Jet Ski, Parasailing, Aqua Park, Boar Ride dan juga Kayak. Ada juga mainan darat seperti Bola Tampar Pantai, Zip Line, Bar Games, Board Games dan banyak lagi lah. Maha tak dapat nak senaraikan semua kat sini. Mereka ada jadual waktu tertentu untuk setiap permainan ini, jadi korang kena rancang betul-betul untuk dapat menikmati semua mainan yang korang nak.





Bagi yang tak nak main atau nak relax and refresh kat ini ada banyak tempat menarik untuk berehat dan bersantai juga mandi laut. Kalau bahagian untuk mereka yang suka photoshoot atau OOTD sini pun mereka sediakan banyak sudut yang menarik. Kena explore sampai habis baru best. Kemudahan awam seperti surau dan juga bilik mandi dan tandas sangat luas dan selesa. Jadi kena sedia bawa pakai lebih untuk main aktiviti dah juga untuk bergambar. Cuma masa kami sampai tu timing tidak berapa baik kerana waktu hujan. Jadi semua aktiviti air diberhentikan. Ini juga untuk keselaman semua orang kami redha. 






Kami sempat untuk main bola tampar pantai kat tepi pantai tu dan juga dapat main kat Aqua Park tu sahaja. Kat sini kalau nak main semua pemainan air perlu pakai lifejacket yang disediakan oleh mereka. Kalau petang sini sangat best dan menarik kerana korang dapat untuk ambil gambar matahari terbenam dan juga dapat OOTD. 









Dalam kawasan Paradise 101 ini ada juga cafe yang menyediakan makanan dan dewan untuk sebarang aktiviti melibatkan kumpulan yang besar. Kami juga dihidangkan dengan makanan yang enak-enak kat sini. Restoran sini halal dan juga korang boleh pilih nak makanan apa. Lami tak sempat nak tunggu sampai petang untuk lihat matahari terbenam sebab kena berangkat pula ke lokasi seterusnya iaitu SkyCab. 

Langkawi SkyCab


Ini adalah destinasi terakhir kami pada hari ni dan juga di Pulau Langkawi ini. Semua pelancong atau mereka datang Langkawi mesti kena sekali singgah ker Panorama Langkawi ini. Ini kerana kat sini lah korang akan dapat naik ke puncak Gunung Mat Cincang yang tertinggi kat Langkawi dan juga dapat menaki SkyCab mereka yang sangat menggerunkan. Siapa yang gayat tinggi memang ini adalah cabaran untuk korang lah.





Kami sampai kat Panorama Langkawi ni terus sahaja ker SkyCab dan disambut oleh pegawai di sana. Untuk tiket korang boleh beli mengikut pakej yang disediakan. Ada juga tiket untuk fast lane untuk mereka yang mampu dan nak cepat tanpa perlu berbaris panjang dan menunggu lama. SkyCab ini tercatat dalam Malaysia Book Of Record sebagai Longest Free Span Mono-Cable Car. Bila dah naik kat atas tu korang kena habiskan masa untuk OOTD dan juga menikmati sepuasnya pemandangan terindah sekitar Pulau Langkawi.







Bila dah naik puncak tertinggi tu korang kena pergi pula bahagian SkyBridge untuk merentasi jambatan gantung lengkung terpanjang di dunia iaitu berukuran 125m panjang. Wow ini memang menggayatkan yer. Kalau masa ada angin sikit korang dapat merasakan jambatan itu berayun. Tapi jangan bimbang ia selamat. Cuma masa kami sampai tu yang SkyGlide menghubungkan jambatan dan cable car tu tidak beroperasi ditutup kerana SOP. Jadi terpaksa menuruni anak tangga yang tinggi nak ke sana dan pulang dengan naik anak tangga yang banyak waaaa tak nak dah. 






Terpulang pada korang berapa lama nak ada kat atas tu selagi tak bosan dan tak hujan. Kalau hujan mungkin ia ditutup kepada semua orang. Masa paling akhir untuk naik cable car dah puncak tu adalah sampai pukul enam petang sahaja. Lepat tu ia ditutuplah pada semua pelawat. Kat atas tu ada masa sejuk sangat waktu petang dan tidak rasa panas pun.





Habis sahaja kami naik Puncak Mat Cincang tu kami pergi pula kat bahagiam 3D Art Langkawi iaitu Muzium Seni Interaktif 3D terbesar di Malaysia. Memang besar dan sangat luas yer ada berberapa tingkat dan juga beberapa bahagian. Kat situ lah untuk korang nak bergambar dan juga bergaya sebagai seorang ahli silap mata hehehehe. Kena ada datang berteman lah kalau seorang susah juga nak bergambar dalam tu.





Dalam muzium tu ia menampilkan lebih dari seratus lukisan interaktif 3D untuk korang nak bergambar dan juga beraksi. Kalau siapa pandai gambar mereka lebih kreatif lah hehehe. Rasa macam masuk rumah ajaib lak hehehe terutama bahagian melibatkan lampu LED tu pening kepala. Kalau orang suka bergambar memang banyak lah mereka akan ambil gambar dan boleh habis berejam dalam tu.






Ok itu adalah lokasi terakhir kami pada hari ni dan juga di Pulau Langkawi ini. Sedihnya masa nak tinggalkan pulau ini kerana ia penuh dengan tempat yang menarik, bersejarah, dan juga sangat meninggalkan memori indah di sana. Siapa yang tak pernah pergi Langkawi kena datang dan rasai sendiri jangan hanya dengar dari mulut orang sahaja tak puas. Bila dah sampai ni baru rasa seronok dan dapat di abadikan dalam memori hidup. Sama-sama kita bangunkan ekonomi pelancongan tempatan dengan pergi Cuti-Cuti Malaysia terutamanya selepas fasa pandemik ini. 



Sekali lagi Maha nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Firefly yang telah membawa kami terbang dari Kuala Lumput ker Pulau Langkawi ini. Juga tak lupa kepada  QT Travels Group PLT, LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel. Moga kita dapat lagi pergi bercuti bersama dan berjumpa dilain masa untuk next trip ker Aminn.

Pertanyaan dan tempahan untuk pakej-pakej ini sila hubungi QT Travels
Tel / Whatsapp : 013-4323268 - PK
                         018-2404505 - Adam Daniel








2 ulasan:

  1. wah bestnya jalan! pernah naik cable car tu, otw turun hujan renyai... nasib baik sempat sampai bawah sebelum lebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pun gayat juga naik cable car tu hehehe...

      Padam