FireFly,

Hanya Perlu Kad Pengenalan Terbang Dengan FireFly Airline

8:00 PG Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dirindui dan dikasihi sekalian. Masa untuk update blog setelah asyik bercuti dan berjalan sakan yer semenjak kerajaan dah mula benarkan rentas negeri bagi mereka yang sudah lengkap vaksin. Memang betul-betul gunakan peluang yang diberikan setelah hampir dua tahun terkurung dirumah sahaja. Namun SOP tetap kena ikut dan juga sebelum Maha nak gerak balik kampung atau juga travel mana-mana sekarang ni akan buat ujian kendiri menggunakan RTK. Ini semua demi keselamatan diri dan mereka yang berada bersama dengan kitakan.



Kali ini Maha nak kongsikan pengalaman pergi bercuti selamat enam hari ke Pulau Langkawi yang menjadi destinasi pelancongan pertama dibuka mengikut gelembong pelancongan selepas PKP. Maha akan kongsikan pada korang setiap destinasi yang Maha kunjungi. Banyak lagi sebenarnya lokasi yang ramai orang tak tahu dan juga akan menjadi daya tarikan baharu di pulau bersejarah ini. Tapi sebelum tu Maha nak kongsikan percutian ini dibawakan khas oleh FireFly Airline yang sudi terbangkan Maha dan kawan-kawan lain daripada SkyPark Terminal atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau ada orang panggil Lapangan Terbang Subang senang.




Terujalah setelah sekian lama tak naik kapal terbang kali ini bercuti dalam negara naik kapal terbang. Macam biasa sampai kat SkyPark Terminal tu terus check in bagasi kerana kami disediakan dengan bagasi untuk 20kg seorang. Kalau nak tambah lagi boleh ada dalam laman sesawang FireFly. Masa untuk check in sekarang ini menjadi sangat mudah tidak perlu untuk cetak tiket dari rumah hanya perlu bawa kad pengenalan sahaja. Nanti masa nak check in bagasi tu hanya tunjuk sahaja kad pengenalan nanti mereka akan cetakkan tiket dan buat segala urusan untuk check in ini.




Sangat mudah dan sangat cepat tak perlu nak bebaris panjang dan menunggu lama. Kakitangan FireFly yang ada kat kaunter pun sangat membantu dan ramah. Kita boleh tanya apa sahaja kemuskilan untuk SOP baharu ni. Masa check in tu mereka akan semak kad pengenalan dan juga kena buka aplikasi MySejahtera kerana mereka nak tengok sudah lengkap vaksin atau belum. Itu adalah SOP baharu jadi korang kena siap sedia kad penganalan dan juga telefon dah daftar MySejahtera ok.



Siap proses untuk check in bagasi memang mudah. Hari tu Maha bawa bagasi yang sederhana besar hanya dalam 10 kilo sahaja beratnya. Dalam tu jangan cakap lah penuh dengan pakaian untuk percutian dan aktiviti sepanjang enam hari kat Langkawi. Kena sedia baju untuk mandi, baju untuk OOTD, baju untuk tidur dan semualah. Cuma nak ingatkan kalau korang ada bawa barangan elektronik seperti power bank, laptop, kamera digital atau juga rokok elektronik a.k.a vape tu, kena bawa dalam hand carry ok kerana itu peraturan. Tak dibenarkan letak dalam bagasi ok.



Lepas tu masa nak masuk ke ruangan menunggu untuk ke pintu belepas korang dikehendaki untuk imbas QR Code dan daftar dalam laman TRAC APM. Ini makan masa sikit kerana dalam laman tu korang kena isi detail yang dikehendaki. Ini semua SOP baharu kalau nak travel dalam musim lepas pandemik. Semua untuk kemudahan dan keselematan semua jugakan jadi kita ikut sahaja tak ada masalah. 



Masa tunggu kat ruang belepas tu pun selesa banyak tempat duduk walaupun SkyPark Terminal ini tak sebesar KLIA tapi ia tetap bagi keselesaan kepada semua pengguna. Bila tiba masa untuk naik pesawat nanti korang akan dikehendaki sediakan sekali lagi pas tiket penerbangan yang telah dicetak tadi juga kad penganalan. Masa nak masuk tu mereka akan semak dan juga minta kita buka mask sekejap untuk kenal pasti betul ker orang yang sama nak menaiki penerbangan tu dengan tiket. Tapi korang sepanjang berada kat SkyPark Terminal tu kena pakai mask ok wajib nanti kena denda pulak.





Penebangan ke Langkawi memakan masa lebih kurang satu jam lima belas minit sahaja. Walaupun sekejap FireFly ada sediakan korang kudapan dan juga minuman dalam penerbangan tu. Ada bagi biskut dan juga kacang masin dengan air mineral. Kalau korang nak makan boleh nak simpan dan tidur sepanjang penerbangan pun boleh. Anak kapal dalam tu sedia membantu korang kalau ada apa masalah sepanjang pernerbangan mereka sangat mesra yer. Maha nasihat korang buang air siap-siap kat terminal tu lagi senang dan juga selesa, walaupun dalam flight ada tanda tapi terhad.




Akhirnya destinasi yang kami tunggu pun sampai iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA). Dapat juga menjejak kaki ke pulau yang sangat menarik dan banyak tempat nak pergi ni. Tapi sebelum tu jangan lupa ambil bagasi yang check in tadi karang tiada pakaian lak hehehe. Apa pun Maha nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Firefly Airline atas layanan yang terbaik dan istimewa sepanjang dalam penerbangan. Pergi balik Langkawi Maha naik FireFly Airline memang best dan selesa. Double thumbs up Maha bagikan pada semua kakitangan FireFly Airline. 

Kalau korang nak dapatkan info lanjut tentang FireFly dan pembelian tiket layari :








0 Pandangan: