Jalan-Jalan,

Menyelusuri Sejarah Langkawi Di Kubang Badak BioGeo Trail Dan Kota Mahsuri

8:00 PG Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui semua. Cuti-cuti Malaysia Maha di Pulau Langkawi bersama kawan-kawan diteruskan lagi. But sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada QT Travels Group PLT, LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel merealisasikan percutian indah dan seronok ini. Sebelum ni Maha dah kongsikan tempat penginapan sepanjang enam hari Maha kat Langkawi iaitu kami duduk kat villa Rouhi Retreats di Mukim Ayer Hangat. Kali ini kita pergi beberapa lokasi yang menarik dan jarang orang tahu sebenarnya ada juga di pulau ini.



Hari pertama kami dibawa pergi untuk menaiki boat menyelusuri sungai yang banyak cerita sejarah tapi ia jarang orang tahu hanya siapa yang datang sini sahaja tahu tentang tempat ini. Ia melalui sungai yang sepanjangnya penuh dengan paya bakau yang masih terpelihara dan juga flora dan fauna. Juga ada sejarah sebenarnya yang kita dapat belajar sepanjang pejalanan ini jom Maha bawakan korang ker Kubang Badak BioGeo Trail Excurtion

Kubang Badak BioGeo Trail Excurtion


Kat sini perjalanan kami bermula di Jeti Kubang Badak ini tapi ia lebih dikenali sebagai Kubang Badak BioGeo Trail. Kalau dari tempat penginapan kami dekat sangat hanya dalam 20 minit perjalanan sahaja. Sampai kat sini ada banyak boat yang boleh ditempah untuk korang pergi menyulusuri sungai ini. Sampai sahaja kat situ kami disambut mesra dan diberikan sedikit penerangan daripada pegawai yang bertugas di sana.



Kalau korang boleh tengok kat Kubang Badak Infomation Center tu ada enam papan tanda yang menceritakan secara ringkas dua belas GeoTapak menarik sepanjang perjalanan boat ini. Di antaranya adalah Jeti Kubang Badak, Sungai Kubang Badak, Sungai Siam, Bukit Menora, Tapak Kebuk Arang, Gua Pinang, Kampung Kubang Badak, Mata Air Panas, Fosil Kambria Pulau Jemuruk, Tanjung Buta, Titik Pandang Landskap dan Beting Pasir.



Maha tak cerita semua kat sini sebab kami tak pergi semua lokasi ini hanya beberapa tempat sahaja. Tapi kalau korang ambil pakej yang disediakan di sini mereka akan bawa beberapa lokasi yang terpilih. Sebab pakej menyulusuri sungai ini memakan masa tiga jam perjalanan boat dan juga ada kawasan yang berhenti. Kalau nak pergi aktiviti ini pakai kena lah sesuai ok kerana ada tempat yang perlu panjat tangga dan masuk gua serta basah untuk mandi-manda.






Ok lah tempat pertama yang kami singgah adalah Beting Pasir. Ia adalah kawasan ditengah-tengah sungai ini yang akan mucul bila air sungai surut sahaja. Ia adalah lokasi dimana banyak pihak NGO dan juga persatuan yang buat program amal untuk tanam anak benih pokok bakau. Kalau kita tahu Pokok Bakau ini sangat membantu dalam menjaga ekosistem satu-satu kawasan persisir laut dan sungai daripada ancaman bencana alam atau sebagainya.





Lepas tu kami pula pergi ke Tapak Kebuk Arang lama yang digunakan zaman sahulu kala. Korang tahu apa tu kebuk arang? Ia adalah dapur untuk proses pembakaran kayu pokok bakau untuk dijadikan arang. Itu adalah antara ekonomi orang dahulu kala di kawasan kampung ini. Tapi sekarang ia terlah beralih kepada lebih moden dan juga kawasan yang dibenarkan untuk buat arang juga telah dihadkan demi menjaga keseimbangan ekosistem kat kawasan ini.





Kat kebuk arang tu kejap jer hanya tengok dan ambil gambar sahaja. Sekadar nak tambah pengetahuan sejarah. Lepas tu kami dibawakan ke Gua Pinang atau lebih dikenali dengan gua kelawar. Kat sini tak adalah perlu mendaki sangat sebab di sediakan tangga tapi orang yang comel macam Maha ni mengah juga nak panjat. Bila dah sampai kat atas puas hati dah seronok teruja nak masuk gua ini. Kena sediakan lampu suluh dan penutup muka untuk masuk dalam gua yang sangat gelap dan juga tengok kelawar yang ada serta nak elak dari bau tahi kelawar yang kuat. 







Gua ni tak besar sangat tau pendek jer tak adalah bahaya untuk semua orang masuk tepi kena hati-hati kerena lantai gua yang tidak sekata dan licin. Akhir sekali kami tamatkan perjalanan ni dengan pergi mandi persisir laut itu wajib dah nampak laut kena mandi hehehe. Kalau korang nak tahu kenapa sungai yang dilalu tadi diberi nama Sungai Siam. Ini kerana sejarah dulu sungai ini adalah laluan utama orang Siam untuk masuk ke Pulau Langkawi. Juga mereka ada membut perkampungan sepanjang sungai tu. Tapi sekarang kampung tu dah tak ada hanya tinggalan sejarah sahaja. Best tak BioGeo Trail Maha kali ini.

Makan Bronok


Kat Jeti Kubang Badak tu kalau korang buat tempahan awal atau maklumkan kepada pekerja kedai makan yang ada di jeti tu mereka boleh sediakan kepada korang makanan yang sangat popular dan hanya ada kat Pulau Langkawi ini sahaja. Ia adalah Bronok. Korang pernah dengar cerita pasal Bronok ni? Ia adalah sejenis hidupan laut satu keluarga dengan Gamat dan rupa lebih kecil sikit dan berwarna pink coklat. Ia lembik kerana dalamnya mengandungi air masih dan liat bila di buat masakan. Masakan paling sesuai untuk Bronok ini adalah masak kerabu. 





Ia tidak boleh dimasak atas api panas, hanya di makan mentah setelah dicuci bersih dan dicampur dengan pelbagai bahan lain untuk dijadikan kerabu. Sangat sedap yer kerana rasa Bronok tu kenyal dan kental bila gigit ditambah bahan kerabu yang pedas-pedas masam sangat sedap dan puas hati. Pertama kali Maha makan Kerabu Bronok. Makan pula dengan lauk kampung seperti Ikan Temenung Goreng, Gulai Ikan Temenung atau kita panggil Ikan Kembung dan juga ulam-ulaman dan sambal belacan layan gilerrr... Ini Maha memang rekemen kepada korang kalau nak rasa masakan Kerabu Bronok ini. Tapi pastikan buat tempahan awal kerana mereka perlu dapatkan bekalan Bronok ini dahulu ok. 

Kota Mahsuri Asal Sejarah Pulau Langkawi


Esoknya pula hari kedua kami pergi ker tempat yang sangat sinonim dan popular di Langkawi ini. Di sini jugalah asal sejarah yang menceritakan bagaimana dari zaman dulu sampai sekarang kemajuan pulau ini dipengaruhi oleh sejarah kota ini. Korang wajib datang kat Kota Mahsuri. Mungkin bagi orang yang dah tahu sejarah Mahsuri ini mungkin ia bagai sesuatu yang biasa sahaja. Tapi bagi orang luar atau pelancong luar ia satu yang menarik untuk diceritakan



Kami sampai kat Kota Mahsuri disambut mesra pegawai di sana yang menceritakan segalanya tentang sejarah dan keturunan Mahsuri dari dulu sehingga ke keturunan ketujuh yang ada sekarang iaitu Wan Aishah. Masuk kota tu korang akan dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional seperti Gamelan dan juga CakLempong. Dimainkan oleh generasi muda-mudi bagi membawa suasana zaman dulu kala. 





Selepas itu kita akan lalu bahagian paling penting segala tinggalan sejarah ada di sini iaitu bahagian Muzium Mahsuri. Di sini dipamerkan bagaimana orang dulu kala hidup dan ekonomi di Pulau Langkawi dari zaman Mahsuri lagi. Juga dipamerkan keris sebenar yang digunakan untuk menikam tubuh Mahsuri. Korang nak tahu hanya keris warisan keluarga ini sahaja yang boleh tembus pada tubuh Mahsuri semasa beliau dihukum bunuh oleh ketua kampung. Juga kat sini ada lakaran wajah Mahsuri yang digambarkan sebagai seorang wanita paling cantik dan berbudi bahasa serta lemah lembut.






Juga turut ada pameran beberapa sejata yang digunakan zaman peperangan Kerajaan Siam dan Kerajaan Kedah Tua. Banyak lagi yang dipamerkan di sini. Juga ada tayangan video menceritakan bagaimana kisah Mahsuri menjadi sejarah yang bermakna buat Langkawi. Ini korang kena tengok memang sedih cerita Mahsuri yang difitnah ini.







Lepas tu kami pergi pada bahagian Makam Mahsuri yang mana ia adalah tapak asal makan itu. Cuma batu kepuk atau batu nisan sahaja yang lain kerana ia telah dicabut dan diletakkan dalam muzium pameran tadi. Kat Makan Mahsuri ni ada orang kampung yang menceritakan tentang sejarah Mahsuri ini dengan lebih detail kepada kami. Nama pakcik ni tak ingat lak Maha hehehe.






Dekat dengan Makam tu ada juga kawasan rumah Melayu lama tapi bukan rumah Mahsuri hanya tapak rumah itu sahaja yang dikatakan tapak asal rumah Mahsuri. Juga kat kat tepi rumah tu ada telaga Mahsuri. Dimana air dalam telaga itu dikatakan tidak kering dari dulu sampai sekarang. Serta air dalam tu sangat segar untuk mandi dan basuh muka atau diminum. Kami habiskan masa lebih kurang beberapa jam kat Kota Mahsuri banyak yang korang boleh pergi sekitar itu seperti Batik Mahsuri iaitu tempat mencanting batik serta ada gerai menjual kuih muih tradisional yang popular di Langkawi. Boleh beli bawa balik sebagai cenderamata.

Nasi Dagang Pak Malau


Ini satu lagi tempat makan yang korang kena cuba kat Langkawi. Memang tempat ni dah popular dan juga sangat ramai orang kalau datang pada hari cuti. Namanya adalah Nasi Dagang Pak Malau berdekatan satu jalan dengan Kota Mashsuri tadi. Menyediakan menu makanan Nasi Dagang dengan pelbagai kuah seperti Kuah Gulai Ikan atau Ayam, Kuah Kambing Kurma, Kuah Daging Kerutuk dan juga Ayam Goreng Berempah. Juga ada masa akan hidanga Nasi Minyak





Makan pagi sampai ke tengahari Nasi Dagang ada juga kudapan lain macam kuih muih dan lain-lain. Orang suka datang makan sini bukan hanya kerana Nasi Dagang nya sedap dan ada rasa tapi juga pemandangan tempat makan tu sendiri. Ia dikelilingi dengan sawah padi yang indah dan nyaman sayu mata memandang. Makan jadi lebih selera dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa tiberrrr. Sini makan tengahari kami hari kedua tau.

Ayun-Ayun The Swing


Ini adalah salah satu daya tarikan terbaharu yang akan ada di Pulau Langkawi. Sekarang ini kalau korang datang ia tidak siap lagi dan masih dalam pembinaan dan korang tak dibenarkan masuk. Dijangkakan ia akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini iaitu hujung bulan Disember kalau tiada halangan. Mungkin bakal buka awal tahun depan jadi sabar yer.




Maha ceritakan apa yang menariknya bakal ada kat Ayun-Ayun The Swing ini. Ia bakal menjadi lokasi tarikan pelancong untuk taman tema berkonsepkan alam semulajadi yang dibina di atas puncak bukit di Bukit Peteri Padang Lalang Ayer Hangat Langkawi. Kalau berada kat atas bukit ni akan nampak pemandangan ke arah Laut Andaman yang sangat cantik dengan kelihatan beberapa buah pulau dari jarak jauh.




Apa yang ada lagi kat atas bukit ini nanti adalah seperti Lookout Post, Buaian Gergasi, Hanging Garden, Tree House dan banyak lagi. Menjadi tempat untuk photoshoot dan juga mereka yang suka bergambar menarik dan unik. Sekarang ini baru ada seperti yang Maha tengah panjat tu jer lah. Korang kena sabar ok tunggu ia siap dan dibuka sepenuhnya nanti. Jadi cukup panjang posting kali ini akan sambung pada posting seterusnya yang akan datang. Banyak lagi lokasi yang akan Maha kongsikan kepada semua ok. Selamat bercuti-cuti Malaysia.

Pertanyaan dan tempahan untuk pakej-pakej ini sila hubungi QT Travels
Tel / Whatsapp : 013-4323268 - PK
                           018-2404505 - Adam Daniel








8 ulasan:

  1. baca post ni ... teringat kenangan jalan-jalan cuti Malaysia di Langkawi ... nice place

    BalasPadam
  2. Bestnya pergi bercuti! Lamanya Iza tak pergi Langkawi. Last pergi masa trip dengan family masa tu anak Iza kecik lagi. Sekarang dah tadika dah dia.

    BalasPadam
  3. waa bestnya percutian maha ke langkawi, dgn tempat2 nature jarang kita pergi, dengan cerita sejarahnya serta maknanan tempatan yang jarang kita jumpa..tq sharing...

    BalasPadam
  4. woiii boleh buat rujukan sejarah dan geography ni.. hahahhaha.. btw lama la dah pg langkawi.. tq for recommendations

    BalasPadam
  5. Kite belom sampai lagi langkawi ye.Bestnya dapat jenjalan sana buat aktiviti. Bab makan lg best, semua sedap nampak.

    BalasPadam
  6. wow, best yer travel sponsored, pastu dapat teroka hidden gems kat Langkawi. menarik sangat trip ni

    BalasPadam
  7. best sangat Biogeo trail Kubang Badak nie. banyak keindahan flora dan fauna sepanjang penjelajahan dekat sini. semua patut pergi kalau berkunjung ke bumi langkawi

    BalasPadam