Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Peralatan. Papar semua catatan

Peralatan Perkhemahan Wajib Ada untuk Keselesaan Dan Mudahkan Aktiviti Outdoor

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Perkhemahan kini bukan lagi sekadar duduk dalam khemah dan menikmati alam semula jadi, tetapi ia juga tentang bagaimana kita boleh lebih selesa sambil menjadikan aktiviti luar lebih menyeronokkan. Dengan adanya beberapa peralatan tambahan, suasana berkhemah pasti lebih praktikal, selesa, dan menyeronokkan. 


Peralatan Pekebun Baru Hendak Berjinak Bercucuk Tanam Dan Tiada Ruang Yang Besar Di Rumah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang ada minat untuk mula bercucuk tanam dirumah sendiri. Tapi tiada ilmu atau pengalaman untuk mulakan penanaman. Tidak kiralah nak tanam sayur-sayuran untuk makan sendiri di rumah atau juga minat untuk menanam pokok bungan untuk menghiasi ruang rumah. Terutama rumah yang sempit dan pangsapuri tinggi.


Little Homes Jo’s Marble Cookware Teman Peralatan Memasak Maha Di Dapur

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu serta rakan-rakan sekalian. Pada mereka yang selalu mengikuti IG atau facebook Maha, mereka akan tahulah yang Maha suka memasak terutamanya waktu sekarang ini, waktu PKPB hanya duduk rumah dan hanya memasak. Lagi best. Tapi kalau memasak tiada perkakas yang lengkap rasa tak best dan rasa tak sempurna masakan Maha tu.


Skuad 69 PDRM Dan Nessa Membantu Mereka Yang Ada Masalah Pendengaran Di Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hasil kajian 30% warga emas di Malaysia mengalami masalah pendengaran yang kebanyakan berpunca daripada suasana kerja dan juga faktor penuaan. 


Terutama kakitangan awam yang berkhidmat dalam sektor kawalan keselamatan. Paling tinggi terdedah kepad bahaya ini adalah pegawai lalu lintas dan juga tentera yang kerap terdedah kepada bunyi kuat dipersekitaran tempat kerja.


Disebabkan dengan faktor itulah Skuad 69 PDRM bersama dengan Nessa menganjurkan perhimpunan amal untuk membantu bekas kakitangan awam yang mengalami masalah ini. Program yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2016 di Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Rahaman bin Haji Abdul Karim, Exco Kesihatan, Sukan & Anti-Dadah Negeri Melaka.



Pada hati itu lebih daripada 3000 orang awam yang hadir untuk membuat ujian pendengaran bagi menguji tahap keseriusan masalah mereka. Bermula dengan pemeriksaan dalam telinga sekiranya ada masalah lain kemudian ditentukan tahap masalah tersebut melalui ujian pendengaran. 




Kemudian sekiranya mereka betul-betul layak akan dibekalkan dengan peralatan bantuan pendengaran Nessa ini secara percuma. Ini adalah khidmat masyarakat  bagi Skuad 69 PDRM untuk mengenang jasa pejuang-pejuang negara dan mereka yang banyak berkhidmat untuk negara. Jom kita tahu sedikit apa itu Nessa dan kenapa ia sangat membantu mereka yang kurang pendengaran ini.

Nessa penjagaan pendengaran inovatif di Asia


Apa itu Nessa dari tadi duk cerita pasal produk ini bukan.
Nessa adalah satu alat bantu pendengaran daripada Denmark. Ia direka bersama dengan teknologi Apple untuk kegunaan TV dan iPhone.
Maksudnya bukan sahaja dapat membantu pendengaran mereka yang ada masalah juga ada fungsi kawalan.



Fungsi kawalan ini adalah untuk mengimbangkan bunyi yang datang daripada alat seperti TV, telepon dan juga perbualan harian biasa. Apa yang Maha dengar penjelasan daripada pakar mereka alat ini dapat diselaraskan tahap pendengaran seseorang mengikut keadaan sekeliling pada waktu itu seperti dalam satu konsert atau juga dalam sebuah kedai makan.


Kalau kat luar alat ini diselaraskan mengikut tahap penggunaan harian seseorang. Bagi mereka yang nak dapatkan alatan ini tidak perlu buat rawatan di hospital kerana pihak Nessa menyediakan khidmat bantuan dari rumah ke rumah. Hubungi sahaja talian mereka atau layari laman web mereka dan khidmat terus akan datang kerumah anda walau di mana anda berada.



Produk ini sangat flexible daripada segi saiz dan juga penggunaan ditelinga. Hanya sebesar saiz duit syiling 10sen sahaja ia mampu membantu terutama golongan warga emas. Dibekalkan dengan peralatan pendengaran, bateri dan juga alat bantuan kotak putih yang dapat memberi bantuan kepada sebarang masalah produk ini hanya dari rumah sahaja.


So lepas ini sapa-sapa yang ada keluarga bermasalah pendengaran buatlah pemeriksaan kerana sekiranya dikesan pada peringkat awal ia sangat-sangat membantu. Masalah warga emas ini bila mereka ada masalah pendengaran ia menggangu emosi mereka sebab tu ramai warga emas ini terdedah kepada masalah kemurungan dan juga nyanyuk.


Rawat awal supaya dapat membantu masalah ini menjadi lebih ringan dan juga membaiki hubungan kekeluargaan anda. Kalau anda bekas kakitangan awam ia adalah percuma manakala bagi orang awam boleh dapat pada harga yang berpatutan. Bantu insan yang anda sayang sekarang.

Bantuan dan pertanyaan boleh hubungi :-
Tel :-  603 2788 4605
          603 5522 8600
Email :- malaysia@nessa.asia
Laman web :-Nessa.my





Harvey Norman Lancar Sudut Baru Concept Memasak di IPC Shopping Centre

Harvey Norman Lancar Sudut Baru Concept Memasak di IPC Shopping Centre - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau suri rumah memang sukalah lengkapkan peralatan dan pekakasan memesak dengan teknologi terbaru dan tercanggih. Jadi kalau anda nak cari yang terbaru dan tercanggih semuanya ada di Harvey Norman, dimana mereka baru sahaja melancarakan sudut berkonsepkan barang memasak. Ia di mulakan dengan cawangan IPC Shopping Centre Mutiara Damansara. 





Di sini di sediakan dengan pelbagai barangan terbaru dari jenama2 yang memang cukup popular peringkat antarabangsa. Di antara jenama yang selalu berada di Harvey Norman adalah seperti Belling, Bosch, Electrolux, Fagor, Kenwood, Miele, Smeg, Pacifia dan banyak lagi. Jadi ia adalah satu lokasi untuk anda mendapatkan barang yang menjadi idaman di dapur anda.



Baru2 ini Harvey Norman telah melancarkan sudut ini dengan acara memasak bersama dengan seorang chef yang cukup popular sapa lagi kalau bukan Chef Zam. Dalam acara pengenalan itu Chef Zam menyediakan 4 hidangan utama untuk tetamu sambil menggunakan produk2 yang tercanggih ada di Harvey Norman. 4 hidangan tersebut adalah makanan tradisional yang memang sedap dan popular di Pantai Timur iaitu Ayam Percik Terengganu, Solok Lada, Nasi Kerabu dan Sira Labu.






Walaupun chef memasak masakan tradisional tapi masih boleh menggunakan produk2 terbaru dan terkini kerana ia memudahkan tugasan memasak di dapur. Masa memasak juga jadi lebih mudah dan cepat tanpa sebarang masalah yang akan mencacatkan masakan anda. Hari itu juga kami di beri peluang untuk mencuba beberapa pekakasan yang ada di sediakan di sini, macam Maha dapat cuba membuat minuman buah-buahan yang segar dan lazat.






Selain itu, korang boleh menikmati keseronokan memasak dengan ganjaran khas dalam bentuk voucer runcit percuma apabila mereka membeli pakej memasak terpilih dalam tempoh promosi dari 5 hingga 21 Jun 2015 di mana-mana kedai Harvey Norman di seluruh negara (Tertakluk terma dan syarat). Bagi korang yang nak dapatkan maklumat lanjut tentang produk terbaru dan promosi terbaru boleh layari laman sesawang mereka www.harveynorman.com.my. Selamat membeli belah.