Bercucuk Tanam,

Peralatan Pekebun Baru Hendak Berjinak Bercucuk Tanam Dan Tiada Ruang Yang Besar Di Rumah

Isnin, September 15, 2025 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang ada minat untuk mula bercucuk tanam dirumah sendiri. Tapi tiada ilmu atau pengalaman untuk mulakan penanaman. Tidak kiralah nak tanam sayur-sayuran untuk makan sendiri di rumah atau juga minat untuk menanam pokok bungan untuk menghiasi ruang rumah. Terutama rumah yang sempit dan pangsapuri tinggi.



Jagan sedih kerana korang masih boleh mula menanam dengan memerlukan beberapa peralatan yang dapat memudahkan dan juga membantu untuk menanam. Mula-mula tidak menjadi tiada masalah kerana tiada istilah "Tangan Panas" jadi pokok tidak boleh hidup. Itu semua mitos. Apa korang perlu adalah konsistensi dan juga kerajinan. Jom kita lihat beberapa perkakasan dan bahan untuk mula bercucuk tanam bagi beginner. 

1) Tanah Untuk Menanam


Paling penting adalah pemilihan tahan untuk mula menanam. Tidak perlu pada tanah yang banyak cukup hanya ada tanah dengan teknologi baharu yang memudahkan pokok untuk hidup. Beli sahaja Tanah Cocopeat yang sangat mesra kepada semua jenis tanaman atau juga pokok. Ia dapat menjaga kesuburan pokok dan juga kelembapan walaupun korang jarang menyiramnya.

2) Sarung Tangan 



Biasalah kebersihatan dan juga keselamatan ketika bercucuk tanam perlu dijaga. Bagi yang agak geli nak gaul tanah dengan tangan sendiri guna sahaja Sarung Tangan Berkuku ini. Ia sangat memudahkan dan mempercepatkan kerja untuk menguruskan tanaman atau tanah tanpa perlu menyentuh terus dengan tanah.

3) Benih Pokok Yang Mudah Tumbuh



Belajar daripada mula menanam tumbuhan yang paling mudah untuk hidup dan juga senang dijaga. Disarankan menanam dengan pokok sayuran yang paling cepat hidup iaitu Benih Kangkung 3 Cabang ni. Pokok ni paling mudah nak hidup dan juga paling senang nak jaga. Bila dah besar senang nak tuai dan boleh masak terus senang.

4) Penjagaan Tumbuhan Dari Serangga



Biasalah bila dah mula tanam tu kadangan-kadang ia tidak seperti yang kita harapkan. Langit tidak sentiasa cerah betul tak. Jadi serangan serangga perosak memang ada dan kadang-kala ia tidak begitu serius. Tapi bila dah tahap teruk sehingga buat pokok kelihatan nak rosak atau mati gunakan Semburan Penjagaan Daun. Mampu menghalang dan menghapuskan serangga perosak pokok kesayangan kita. Tidak kiralah pokok sayur mahupun pokon bunga.

5) Peralatan Tambahan



Ini adalah hanya tambahan kalau ada lagi bagus kalau tak ada pun tiada masalah. Korang boleh beli peralatan Sudip Mangan untuk kerja-kerja menggembur dan juga mengalihkan pokok. Ia bukan selalu dilakukan jadi sebab itu ia adalah tanda bahawa korang memang bakal menjadi pekebun yang tegar. Bila orang datang rumah nanti nampak ada alat ini mereka tahu korang dah minat kepada kerja bercucuk tanam.

Sebenarnya bercucuk tanam ini bukan sahaja menjadi hobi masa lapang. Ia juga boleh jadi terapi kepada korang yang kerja stress. Selalu hadapi masalah, maka dengan bercucuk tanam ini akan buat korang rasa tenang. Kalau tidak percaya boleh cuba dengan langkah kecil seperti yang disarankan ini. Mana tahu satu masa akan jadi pertani berjaya pulak. Selamat mencuba semua ok.









0 Pandangan: