Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Menu Baru. Papar semua catatan

The Chicken Rice Shop Memperkenalkan Hikayat Ayam Zamrud Untuk Ramadan Dah Syawal Kali Ini

Sempena Ramadan dan juga Syawal yang bakal tiba beberapa hari lagi, The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan bangganya memperkenalkan hidangan istimewa musim ini, Hikayat Ayam Zamrud, yang diinspirasikan oleh semangat kebersamaan dan tradisi. Tersedia untuk masa terhad, hidangan istimewa ini bakal menambahkan lagi keceriaan berbuka puasa dan musim perayaan dengan cita rasa yang menggamit selera dan gaya hidangan yang menarik.


Ayam Brand Meningkatkan Nutrisi Dan Memudahkan Penyediaan Hidangan Di Musim Perayaan

Musim perayaan jelas akan tiba tidak lama lagi dengan suasana kemeriahan kian dirasai - pusat beli-belah dihias indah dengan kelipan lampu dan warna-warna menyerlah yang menggembirakan, di samping ramai sedang sibuk membersih rumah dan menyediakan pelbagai juadah istimewa bagi menyambut kehadiran tetamu dan insan tersayang. Pastinya anda memerlukan sajian enak yang bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga penuh khasiat bagi membolehkan anda mendepani cabaran fizikal semasa musim ini.


Marrybrown Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan ‘Ayam Epik’ Yang Lazat

Marrybrown, Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) tempatan yang terbesar di Malaysia, menyajikan Ayam Epik untuk cita rasa rakyat Malaysia. Ayam Epik, iaitu ayam rangup pedas diilhamkan dari hidangan mamak yang digemari dan diperap dengan adunan rempah ratus beraroma asli, antaranya lada, serbuk kari, jintan manis, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan banyak lagi. Setiap suapan menyajikan kemewahan dan keaslian rasa tempatan yang lazat!


Sambut Merdeka Dengan Lebih Meriah Bersama Menu Terbaharu Tony Roma’s ‘Plate Trio-tic’

Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-66, Tony Roma’s dengan bangganya memperkenalkan menu terbaharunya ‘Plate-Trio-Tic’.  Menu ini bukan sahaja menampilkan hidangan lazat yang membangkitkan selera, malah ianya juga menjadi titik penyatuan bersama yang tersayang sambil meraikan semangat kemerdekaan.



Menu ‘Plate-Trio-Tic’ ini boleh didapati bermula dari 1 Ogos sehingga 1 Oktober di cawangan Tony Roma’s.  Menu ini memperkenalkan dua Trio Feast Platters utama yang menampilkan air tangan yang terbaik dari dunia kulinari dan pengalaman gastronomi yang luar biasa. Trio Feast Platter A (RM163.90++) menyajikan daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, dihidangkan bersama salmon di atas topping berkrim, ayam salsa yang lazat, dan menara minuman Coca-Cola yang menyegarkan. 




Manakala Trio Feast Platter B (RM189.90++) pula menggandingkan kombinasi daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, ribeye Australia demi-glace yang menggiurkan. ayam salsa, dan menara Coca-Cola. Pelanggan juga boleh memesan hidangan untuk seorang, seperti BBQ 1/2 Ayam (RM48.80++), Rusuk Daging Lembu atau Kambing Australia (RM99.90++), Ribeye Demi-Glace (RM105.90++), atau Salmon Salsa Nanas (RM66.60++) yang dihidangkan bersama segelas minuman ringan dan satu sup.

Komited untuk Menghidangkan Hidangan yang Penuh Kepuasan dan Inklusif untuk Semua Rakyat Malaysia. Tony Roma’s Kini Disahkan Halal oleh JAKIM.


Berbekalkan komitmen yang teguh untuk kualiti makananannya dan pengalaman inklusif buat pelanggan, Tony Roma’s juga bangga mengumumkan bahawa semua cawangannya di seluruh Malaysia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pencapaian ini meyakinkan pelanggan bahawa piawaian halal menjadi keutamaan dalam semua aspek penyediaan makanannya.



“Pengiktirafan halal JAKIM sentiasa menjadi matlamat utama buat Tony Roma's Malaysia sejak kami memperkenalkan jenama ini di sini. Pengiktirafan halal di kesemua cawangan kami melambangkan dedikasi kami dalam memenuhi piawaian makanan dan keselamatan di tahap tertinggi. Ini memastikan setiap individu yang memilih Tony Roma’s sebagai destinasi makanan halal dapat menikmati hidangan kegemaran mereka dengan tenang dan tanpa rasa ragu-ragu. Oleh itu, kami amat  berterima kasih kepada pihak  JAKIM atas penilaian rapi dan bimbingan sepanjang proses pensijilan ini,” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, syarikat induk Tony Roma’s Malaysia.



Sempena berita baik ini, Tony Roma’s menawarkan hidangan istimewa untuk 30 ahli Bite & Bites terawal. Percuma Spicy Chicken Pasta dengan pembelian minimum RM30 dalam satu resit di semua cawangan Tony Roma’s di Malaysia. Hidangan yang menarik ini menampilkan ayam empuk yang dimasak sempurna dengan bawang putih, daun basil, pesto tomato, dengan rasa chipotle untuk kehangatan istimewa. Dihidangkan diatas pasta linguine dan taburan keju Parmesan, ia adalah hidangan yang mesti dicuba!



Tony Roma’s ialah jenama ternama berasal dari Florida, Amerika yang kaya dengan legasinya merentasi lima benua. Sebagai salah satu jenama tertua dan terkemuka dalam industri, ia telah mencapai kejayaan yang membanggakan, membolehkannya untuk terus berkembang ke pasaran global. Perluasan jenama ini turut tiba di Malaysia, di mana cawangan sulungnya telah dibuka di Sunway Pyramid pada tahun 2006. Sejak itu, Tony Roma’s telah menjadi jenama yang digemari di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya, dengan sembilan cawangan di seluruh Malaysia. Terkenal dengan hidangan tulang rusuk, makanan laut, stik, dan hidangan istimewa yang lain, reputasi jenama ini kian melonjak di kalangan rakyat Malaysia. Menghidangkan layanan mesra dan suasana meriah, Tony Roma’s menjadi tempat yang digemari ramai untuk berkumpul dan meraikan detik-detik istimewa.




Penghantaran makanan dan pesanan bawa pulang tanpa sentuh (contactless takeaway) di Tony Roma’s boleh didapati di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood. Ikuti berita terkini tentang tawaran, promosi, dan banyak lagi di Facebook Tony Roma’s (@TonyRomasMalaysia) dan ikuti Tony Roma’s di Instagram (@trmalaysia). Sertai sambutan ini dan kongsikan pengalaman anda di hashtag #TonyRomasMalaysia dan #TimeforTR #platetriotic.







IndoAsli Restoran Masakan Gaya Indonesia Yang Asli

Selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Sekarang ni kita masih lagi tidak boleh ke luar negara untuk urusan berlibur kerana perintah penutupan pintu utama negara agar dapat terus mengawal dan menghapuskan rantaian pandemik Covid-19 ini. Namun ada sedikit sinar setelah dunia mulai menemui vaksin untuk mengawal penyebaran penyakit ini. Tak mustahil nanti satu hari untuk ke luar negara perlu ada sijil pengesahan bahawa korang telah mengambil suntikan vaksin ini.


Burger Warna Pink Istimewa Kat Marrybrown Dalam MB Egg-Stra Ong Meal Tahun Baru Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak dilupakan kepada semua rakan-rakan sekalian. Dulu pernah popular dengan roti burger warna hitam atau arang. Kemudian ada juga yang warna-warna. Tapi sekarang tahun ni popular pulak burger dengan roti warna merah jambu. Wakakakaka bukan khas untuk orang perempuan tau tapi semua golongan boleh nikmatinya.


Mala-tup Kan Mulut Korang Dengan MB Mala Fried Chicken

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Korang yang suka cabar diri untuk makan yang pedas dan unik ni masa korang kena mencuba menu terbaru daripada Marrybrown. Sebagai rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia Marrybrown kali ini membawakan kepada korang MB Mala Fried Chicken. 


Menu S.O.S BBQ Terbaharu Istimewa Sempena Merdeka Di Marrybrown

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Rangkaian restoran perkhidmatan pantas tempatan No.1 di Malaysia dan Halal iaitu Marrybrown tidak pernah ketinggal menampil promosi besar sempenan dengan sambutan bersejarah di Malaysia. Seperti mana tak lama lagi kita akan sambut Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia makan Marrybrown juga ada menu terbaru mereka kali ini.

Cabar Kepedasan Anda Di Subway Malaysia Dengan Sandwich #tambahpedas Untuk Masa Terhad

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Subway Malaysia semakin menjadi-jadi bulan ini apabila melancarkan produk terbaharu Subs & Hot Spicy edisi terhad #tambahpedas, yang memberikan pengalaman yang mengghangatkan.

17 Menu Baru Di Hui Lau Shan Masih Mengekalkan Health, Leisure Dan Style

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masa untuk nikmati minuman yang segar dan sihat pastinya daripada Hui Lau Shan Dessert Healthy. Kali ini mereka memperkenalkan produk minuman baru yang lebih berinspirasi kepada dunia kehidupan yang mementingkan kesihatan dan keaslian.



Memperkenalkan 17 minuman baru mereka yang terdiri daripada siri Fruitpucino Coconut Milk, Coconut Milk Blocha dan Misteri Gotcha. Maha mula-mula tak tahu juga apa itu semua tapi bila dah pergi rasa sendiri kat cawangan mereka baru tahu sedapnya. Kena cuba sendiri sebab kalau Maha cerite kat sini tak dapat nak bayangkan betapa rasa kesegaran dan kehalusan minuman dalam setiap tegukkan itu wow.



Dalam banyak-banyak ni Maha paling suka adalah siri Misteri Gotcha. Ia terdiri daripada 4 jenis minuman baru yang menyihatkan ala-ala macam detox punya rasa. Dalam siri ini pula terdapat minuman seperti Goji Gotcha, Endeavour Gotcha, Rosemary Garden Gotcha dan Butterfly Pea Gotcha. Cuba korang teka mana yang Maha paling suka.

 Endeavour Gotcha, Rosemary Garden Gotcha, Butterfly Pea Gotcha dan Goji Gotcha


Mestilah Goji Gotcha ini kerana ia mengandungi air Teh Hijau Jasmine sebagai asasnya, ditambah pula dengan biji Goji Hitam dan pelbagai buah-buahan segar seperti Mangga, Tembikai Merah, Passion Fruit, limau dan strawberi. Tengok dalam minuman ni penuh dengan buah dan rasa sangat seimbang menyegarkan.


Minuman yang agak unik dan menarik selalunya kita tahu kalau minum Cendol ada Santan dalamnya betul tak. Tapi dalam siri yang baru ini mereka memperkenalkan 4 lagi minuman mengandungi santan juga. Empat minuman tersebut iaitu Mango Mint Fruitpucino Coconut Milk, Matcha Pineapple Fruitpucino Coconut Milk, Dragon Fruit Fruitpucino Coconut Milk dan Watermelon Fruitpucino Coconut Milk.

Mango Mint Fruitpucino Coconut Milk, Dragon Fruit Fruitpucino Coconut Milk, Watermelon Fruitpucino Coconut Milk dan Matcha Pineapple Fruitpucino Coconut Milk


Yang paling disyorkan dalam keempat-empat ini adalah Mango Mint Fruitpucino Coconut Milk. Ia dibuat dengan mangga berkualiti tinggi segar dimana mangga dicampur sempurna dengan santan tebal. Nak minum pun ada caranya tau kena tuang 45° kecondongan cawan tu agar dapat rasa semua serentak dalam mulut. Best kena cuba sendiri tau.



Kemudian siri yang juga terbaru daripada Hui Lau Shan ini adalah Coconut Milk Blocha. Ini juga didatangkan dengan empat pilihan, iaitu Coconut Milk Peach Blocha, Coconut Milk Earl Grey Blocha, Coconut Milk Jasmine Blocha dan Coconut Milk Rose Vanilla Blocha. Ni pun sama kena minum dengan cara seperti yang Maha bagitahu tadi agar korang dapat rasa campuran kedua-dua rasa.


Coconut Milk Peach Blocha, Coconut Milk Earl Grey Blocha, Coconut Milk Jasmine Blocha dan Coconut Milk Rose Vanilla Blocha



Selain daripada minuman tu mereka juga ada pencuci mulut yang baru untuk anda semua pecinta buah-buahan dan manisan. 5 jenis yang boleh dapat melalui on-the-go sahaja iaitu Mango Chewy Ball, Sago Duet, Mango Sago, Mango Coconut Ribbon dan Red Bean Puppy Love. Kalau tanya mana Maha suka untuk pencuci mulut ini maaf tiada jawapan kerana semua Maha suka ok wakakakaka.

Mango Sago, Sago Duet, Mango Chewy Ball, Red Bean Puppy Love dan Mango Coconut Ribbon





Jangan risau kalau korang tanya minuman ini selamat ker atau Halal yer mereka mempunyai sijil Halal JAKIM yang diakui. Jadi tak perlu rasa was-was untuk minum atau makan kat semua cawangan yang ada. Kat Malaysia ini sahaja ada lebih kurang 18 cawangan seperti di 1 Utama Shopping Centre, Berjaya Time Square, Pavillion, Sunway Pyramid, The Garden, Suria KLCC, IOI City Mall, Setapak Sentral, Empire Shopping Gallery, Penang, Alor Star, Melaka, Johor Baharu, Kuching dan Sri petaling.


Promosi Istimewa! Sempena bulan Disember ini, HLS akan mengadakan promosi "Butterfly Pea Gotcha" khas di outlet HLS terpilih setiap hari Khamis. Korang hanya perlu click like di laman Facebook rasmi HLS dan Mango Cottage kemudian tunjukan di outlet terpilih pada masa dan tarikh yang dinyatakan untuk mendapatkan 1 cawan percuma. Terhad kepada 100 pelanggan pertama hari itu, manakala diskaun 50% akan diberikan kepada 101 cawan dan seterusnya. Jangan ketinggalan peluang keemasan ini.



Tarikh dan outlet terlibat untuk Butterfly Pea Gotcha Promotion :

Hui Lau Shan Official Fan Page
www.facebook.com/huilaushanmalaysia
Dec 7 Sunway Pyramid, KL (3pm hingga 8pm)
Dec 14 Queensbay Mall, Penang (3pm hingga 8pm)
Dec 21 Aeon Tebrau City, JB (3pm hingga 8pm)

Mango Cottage by Hui Lau Shan Official Fan Page
www.facebook.com/mangocottagehls
Dec 28 Mango Cottage by Hui Lau Shan, Sri Petaling (6pm hingga 10pm)

Sebarang promosi dan maklumat lanjut layari:-
Facebook: www.facebook.com/huilaushanmalaysia
Instagram: www.instagram.com/huilaushanmalaysia







Secret Recipe Kehabisan Red Velvet Setiap Hari Kerana Drama Neelofa Dan Alif Satar

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bagaikan satu yang sinonim bila keluar satu drama yang hit di tv mesti bagi kesan kepada penonton. Tak kisahlah pengaruh kepada satu-satu hashtag, atau paling rare yang Maha dengan adalah pengaruh kepada nama makanan.


Baru-baru ini Maha ada berborak dengan pengusaha restoran makan kasual terkemuka di Malaysia iaitu Secret Recipe. Mereka bagaikan terkejut kerana setiap hari Kek Red Velvet mereka kehabisan stock sebelum sempat tutup kedai. Kadang-kadang terpaksa pembeli pergi cari ke kedai lain kerana hari-hari mesti habis.


Menurut kata beliau ini kerana kehangatan drama Red Velvet yang tengah ditayangkan di Astro Ria lakonan sapa lagi kalau bukan Neelofa dan Alif Satar. Sebab tu ramai pelanggan mereka yang datang sini mesti mencari kek ini dan tak kurang yang bungkus bawa balik. Itulah kehebatan sebuah drama sampai industri makanan pun menerima tempiasnya.


Tapi kalau Red Velvet dah habis jangan risau boleh cuba menu baru mereka kerana sempena dengan hujung tahun dan cuti sekolah yang akan datang semua cawangan Secret Recipe membawakan menu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ini adalah menu baru yang diperkenalkan demi memberi kepuasa kepada semua pelanggan dari pelbagai bangsa dan peringkat usia.

Nasi Ayam Rangup (RM25.90)

Ada 3 hidangan terkenal tempatan yang lazat menjadi kegemaran rakyat Malaysia diperkenalkan bulan ini. Paling menarik adalah Nasi Ayam Rangup yang mana tidak seperti nasi ayam biasa kita makan dikedai-kedai. Hidangan ini lengkap ada ayam goreng yang rangup diluar lembut didalam bersama Sambal Udang pedas-pedas manis serta telur rebus dan timun Maha paling suka menu ni.

Special Seafood Mee Mamak (RM19.90)

Kemudian ada pula Special Seafood Mee Mamak yang membuka selera korang kalau tak makan nasi. Percaya atau tidak dalam mee mamak ni ada scallop dan udang yang besar-besar. Puas makan mee ini kerana ia lengkap tak begitu pedas seperti makan kat mamak lah. Satu lagi yang ada adalah Mixed Satay. Sebelum ni kita makan satay ayam dan daging berasingan tapi kali ini sekali dalam satu set. Makan pula dengan kuah kacang yang lite memang gandingan yang kita selalu cari.

Mixed Satay (RM17.90)

Maha boleh habis makan sorang satay ini jangan tak percaya ok. Selain daripada menu yang maha cite tadi restoran ini juga menawarkan potongan harga bagi menu sedia ada mereka iaitu Creamy Chicken Soup dan Brownie with Ice Cream. Tu lah Maha cakap kalau tak dapat Red Velvet boleh cuba brownie juga sedap kot memang kena sangat.

Creamy Chicken Soup

Brownie with Ice Cream

Ice Lemon Tea

Dua menu ni kalau korang add-on dengan menu utama tadi boleh dapat pada harga RM6.90 untuk Brownie dan RM3.00 untuk sup ayam tu. Jadi makanan seharian korang untuk tenghari atau malam memang lengkap semua ada ni termasuk dengan minuman yang ditawarkan iaitu Ice Lemon Tea. Cepat promosi ini hanya pada waktu terhad iaitu bermula 15 Nov hingga 15 Dis 2017 sahaja.


So kalau datang restoran Secret Recipe ni jangan nak cari Red Velvet jer banyak lagi menu lain yang best dan kek-kek yang best juga. Maha suka lunch kat sini sebab cepat dan mudah untuk pilih makanan semua memenuhi selera. Selamat mencuba dan menjamu selera semua ok.

Maklumat lanjut layari

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





Nando's Meraikan Tahun Baru Dengan Perisa Mangga Dan Limau Nipis Baharu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nando's adalah peneraju makanan ayam panggang yang special dengan PERi-PERi yang unik daripada Afrika Selatan. Selalunya kita nikmati beberap jenis PERi- PERi seperti Lemon & Herb, Mild, Hot dan Extra Hot.


Sebelum ni juga Nando's selalu tampil dengan kelainan seperti mana 6 menu special yang terdahulu. Itu belum cukup puas lagi pencinta ayam panggang dengan rasa PERi-PERi mesti kena sentiasa ada yang baru. 

Bagi memberi kelaianan dan juga pelbagaikan rasa ayam PERi-PERi kali ini Nando's tampil dengan satu lagi gabungan mantap dan menyengat iaitu rasa Mango and Lime. Memang betul gabungan ini menjadi dan memberi rasa yang cukup unik sampai kita nak makan berulang kali.



Hindangan kali ini juga datang dengan pasangan minuman yang special dihasilkan iaitu Tropical Fruitea. Minuman ini gabungan antara jus oren dan teh lemon pasti memukau. Jadi kali ni korang boleh lah cuba sebab semua rasa baru ini telah ada di semua cawangan Nando's seluruh Malaysia.


Sejak diperkenalkan rasa PERi-PERi Mango & Lime telah terbukti menjadi popular dipelbagai negara di seluruh dunia termasuk United Kingdom dan Australia. Malaysia juga tidak ketinggal kerana kita memang suka akan rasa buah-buahan ni bukan tambah Maha memang suka mangga. 



Lepas ni boleh bawa family dan juga rakan-rakan untuk makan di mana-mana cawangan Nando's berhampiran korang. Nantikan nanti mungkin ada ada yang baru daripada Nando's untuk tahu perkembangan boleh follow Facebook Nando's Malaysia.