Ayam Epik,
Marrybrown Mengubah Definisi Ayam Rangup Pedas Dengan ‘Ayam Epik’ Yang Lazat
Marrybrown, Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) tempatan yang terbesar di Malaysia, menyajikan Ayam Epik untuk cita rasa rakyat Malaysia. Ayam Epik, iaitu ayam rangup pedas diilhamkan dari hidangan mamak yang digemari dan diperap dengan adunan rempah ratus beraroma asli, antaranya lada, serbuk kari, jintan manis, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan banyak lagi. Setiap suapan menyajikan kemewahan dan keaslian rasa tempatan yang lazat!
Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, berkata, “Marrybrown berbangga menjadi jenama Malaysia dan kami memahami kenikmatan hidangan tempatan yang dekat di hati kita. Walaupun kami sentiasa berusaha dan terus berinovasi dalam membawakan pengalaman berbeza untuk pelanggan, namun Ayam Epik membawa kami mengamit nostalgia kepada aneka hidangan tempatan yang digemari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan umur. Ia menunjukkan komitmen kami untuk memenuhi cita rasa pelanggan kami.”
Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown |
Diilhamkan oleh restoran mamak, yang menjadi tempat tumpuan masyarakat untuk menikmati makanan pedas berempah, Ayam Epik membawakan anda resipi ayam rangup pedas yang disukai rakyat Malaysia. Ayam rangup istimewa ini menawarkan kerangupan salutan dalam setiap gigitan dengan gabungan aroma bijirin dan rempah ratus segar yang membangkitkan selera. Tersedia untuk masa yang terhad, penggemar ayam boleh menikmati keunikan rasa Ayam Epik Marrybrown® dalam pelbagai pilihan lazat, bermula 11 November ini.
Antara pilihan kombo istimewa:
Nikmati rasa pedas berempah dengan pilihan Kombo 2 ketul Ayam Epik harga dari RM17.50, sajian dua ketul ayam berempah yang lazat dihidangkan bersama kentang lenyek berkrim pilihan anda, dengan Fuze teh lemon ais yang menyegarkan. Membawa ‘konfem pedas’ ke tahap seterusnya!
Mahukan pengalaman yang lebih menarik? Rasai keseimbangan perisa daripada sepinggan Kombo Nasi Kari Ayam Epik harga dari RM15.90 – hidangan nasi gebu beraroma yang dimasak dalam kari yang diperkaya dengan rasa jintan manis, ketumbar, bawang merah dan bawang putih, bersama papadam rangup, acar, telur rebus dan seketul Ayam Epik. Hidangan lengkap yang memuaskan selera ini pasti dapat memenuhi rasa lapar anda!
Sukar membuat pilihan antara ayam rangup dan burger ayam? Jangan risau kerana anda boleh memiliki kedua-duanya dengan Ayam Epik Box Meal harga dari RM19.90, set yang dilengkapi dengan seketul ayam rangup, burger ayam, kentang lenyek panas, dan Fuze teh lemon ais. Inilah kombo lengkap istimewa bagi mereka yang mahukan kesemuanya!
Ayam Epik turut dihidangkan dalam set 3 ketul, 5 ketul dan 8 ketul, harga dari RM22.90, RM35.50 dan RM56.80 masing-masing.
Marrybrown kini menyantuni berjuta-juta pelanggan di lebih 600 restoran di 16 negara dengan objektif memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai pada tahap tertinggi untuk pengalaman menjamu selera yang sempurna.
Maklumat lanjut mengenai promosi Marrybrown dan khidmat penghantaran boleh layari:
Laman web: https://marrybrown.com/
Instagram: https://www.instagram.com/marrybrownmy/
I’m impressed with this article, I must say this is one of the best blog!! Thanks.
BalasPadamVery nice article and straight to the point. Keep it up, Thank you, so awesome!
BalasPadamVery great post. I just stumbled upon this blog and its excellent point.
BalasPadamPlease post some more articles on this topic. Thank you for sharing this
BalasPadam