6 Menu Baru Nando's Membangkitkan Perisa Hangat Di Semua Cawangan Seluruh Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Setelah 18 tahun jenama Nando's bertapak di Malaysia tidak pernah mengecewakan peminat setia Ayam  Panggang PERI-PERI Pedas mereka. Begitu juga dengan hidangan sampingan lain yang melengkapi antara satu sama lain.



Korang juga peminat Nando's bolehlah pergi cuba menu baru yang diperkenalkan ini. Mesti korang puas hati dan akan datang lagi untuk nikmatinya. Macam Maha lah mula-mula ingat biasa jer tapi rupanya ada kelainan setiap hidangan baru mereka. 

Keistimewaan Menu Baru Nando's


Kalau makanan Nando's tidak pedas tidak sahkan jadi menu baru ini lebih pedas dari biasa seperti Thigh & Mighty Sandwich ini. Dua peha ayam yang lazat diapit diantara dua keping Portuguese Rolls yang dibakar garing memberi rasa yang berbeza bila dikunyah.

Thigh & Mighty Sandwich

Bukan setakat makanan yang sedap sahaja tapi mampu dinikmati semua orang dengan harga yang berpatutan. Bagi yang bajet boleh cuba Saucy Tenders with Veg & Rice iaitu kepingan ayam PERi-PERi terkenal yang dipanggang menggunakan api Nando’s disajikan bersama beras wangi berempah dan sayur-sayuran.

Saucy Tenders with Veg & Rice

Kalau korang datang satu keluarga yang ramai atau bersama kawan-kawan satu pejabat pilihan ini adalah sesuai untuk korang. Wing Platter, iaitu satu campuran 10 keping kepak ayam PERi-PERi yang dipanggang menggunakan api dalam empat perisa ikonik atau kepak ayam berkerak PERi, dan disajikan dengan pilihan 4 sajian sampingan untuk pengalaman makan yang mengujakan.

Wing Platter


Makanan Sedap Tapi Sihat


Korang yang diet atau mengamalkan makanan sihat boleh juga datang ker Nando's untuk makan. Jangan asingkan diri korang cubalah Salad Caesar yang klasik bagi melengkapkan sajian korang. Juga ada pilihan lain iaitu Salad Algarve dimana satu adunan rasa yang merangkumi, pelbagai lada Benggala, Tomato berperisa yang dikeringkan di bawah cahaya matahari serta keju Feta. 

Salad Caesar

Salad Algarve

Yang paling mudah untuk makan hanya dalam satu gulungan sebab itu terciptanya Chicken Ceaser Wrap dan Chicken Pita.
Daging ayam yang dipanggang dengan api bersama dengan sayur segar serta sos yang pedas. Jadi ini antara yang terbaik dan terbaru daripada Nando's. Terbaru pencuci mulut mesti cuba adalah Caramel Cheesecake

Chicken Ceaser Wrap

Chicken Pita

Caramel Cheesecake

Jangan risau walaupun ada menu baru menu asal masih dikekalkan dengan pilihan Lemon & Herb, Mild, Hot dan Extra Hot. Menu baharu Nando’s Malaysia kini ditawarkan di semua restoran Nando’s Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai menu baharu Nando’s, sila log masuk ke www.nandos.com.my atau layari laman Facebook Nando’s Malaysia www.facebook.com/nandosmy. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5








0 comment... add one now