Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label JAKIM. Papar semua catatan

Premis Mee Tarik Muslim & Malatang Di Kajang Bukan Pemegang Sijil Halal JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa sebuah premis Mee Tarik Muslim & Malatang di kawasan Sutera Niaga Kajang atau Taman Sutera Kajang, Selangor bukan pemegang SPHM.



Makluman itu dibuat susulan pemeriksaan pihak berkuasa terhadap premis berkenaan.Menurut maklumat yang dikongsikan JAKIM, premis mee tarik berkenaan tidak mempunyai SPHM.

Pemeriksaan telah dijalankan oleh pihak berkuasa dan turut mendapati penggunaan representasi berkaitan Islam pada premis tersebut serta beberapa perkara yang memerlukan tindakan lanjut.

Susulan pemeriksaan berkenaan, tindakan sitaan telah diambil manakala siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.

Bagaimanapun, pengguna perlu membezakan antara status tidak mempunyai sijil halal dengan dakwaan sesuatu makanan itu “haram”.

Kenyataan bahawa premis mee tarik tersebut bukan pemegang SPHM bermaksud premis berkenaan tidak mempunyai pensijilan halal Malaysia yang sah seperti dinyatakan pihak berkuasa.

Isu ini menjadi peringatan kepada pengguna supaya tidak menentukan status pensijilan halal hanya berdasarkan nama, tulisan, simbol atau imej yang digunakan sesebuah premis.

Penggunaan perkataan seperti “Muslim”, tulisan berunsur Islam atau gambaran yang boleh memberikan keyakinan kepada pengguna Muslim tidak boleh menggantikan proses semakan status SPHM.

Justeru, apabila berkunjung ke premis mee tarik atau mana-mana restoran yang menimbulkan keraguan, pengguna digalakkan membuat semakan melalui saluran rasmi pensijilan halal Malaysia.

Langkah ini penting terutama apabila sesuatu premis menjadi tular atau sering dikunjungi sehingga masyarakat menganggapnya mempunyai pensijilan halal tanpa membuat semakan terlebih dahulu.
JAKIM Nasihat Semak Status Premis Mee Tarik & Produk

Dalam makluman tersebut, masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status pensijilan halal bagi premis dan produk.

Nasihat ini bukan sahaja terpakai kepada premis mee tarik yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut, malah menjadi panduan kepada pengguna apabila memilih mana-mana premis makanan.

Pihak berautoriti juga akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan perundangan halal.

Usaha tersebut penting bagi melindungi kepentingan serta keyakinan pengguna, khususnya masyarakat Islam yang mahu memastikan makanan dan produk yang digunakan mempunyai status pensijilan halal yang dapat disahkan.

Kes melibatkan premis mee tarik di Kajang ini sekali lagi menunjukkan pentingnya pengguna membuat semakan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada tanggapan berdasarkan penampilan premis.

Jika sesebuah restoran mendakwa atau mempamerkan pensijilan halal, status tersebut boleh disemak melalui saluran rasmi pensijilan halal Malaysia.

Elakkan menambah dakwaan bahawa sesuatu premis mee tarik menjual makanan haram atau menggunakan bahan tidak halal sekiranya perkara tersebut tidak dinyatakan oleh pihak berkuasa.

Berdasarkan maklumat JAKIM, perkara yang disahkan dalam kes ini ialah premis mee tarik berkenaan bukan pemegang SPHM, pemeriksaan telah dilakukan, tindakan sitaan telah diambil dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Justeru, pengguna Muslim dinasihatkan supaya membudayakan amalan menyemak status halal premis dan produk sebelum membuat pilihan.

Semakan yang hanya mengambil masa beberapa minit boleh membantu pengguna mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada membuat andaian berdasarkan nama, papan tanda atau penampilan sesebuah premis mee tarik.







Tanda Atau Pengikhtirafan 'Muslim Choice' Adalah Haram

Sehari dua ini hangat diperkatakan tentang satu isu yang sangat merbahaya kepada industri Halal negara. Ini kerana terdapat satu badan NGO yang bukan Islam iaitu Muslim Friendly Watch (MFW) dengan berani mengaluarkan satu logo Muslim Choice kepada produk makanan dan juga kedai makan di Malaysia. 



Kalau diamati dari laman sesawang NGO tersebut misi mereka jelas menyatakan bahawa meraka menggunakan ini sebagai menggantikan istilah "No Pork No Lard" yang sering digunakan oleh kebanyakan premis makanan di Malaysia kepada istilah yang dapat memelihara kesejahteraan dan sensitiviti masyarakat terhadap kepercayaan agama dan budaya masing-masing.
 
Maka JAKIM telah mengaluarkan satu kenyataan yang tegas dan jelas tentang perkara ini. Di mana pengiktirafan Muslim Choice oleh pertubuhan bukan kerajaan ini adalah bukan perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pengiktirafan itu boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.



Berdasarkan peruntukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya Jakim dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta memberi kebenaran penggunaan logo Halal Malaysia kepada mana-mana pihak yang diperakukan. Sehubungan itu JAKIM bakal mengambil tindakan kepada pertubuhan ini melalui saluran yang ada untuk memastikan ia tidak mengelirukan pengguna tempatan mahupun pelancong luar yang datang ke Malaysia.

JAKIM juga mengingatkan semua pihak supaya tidak menggunakan atau mempamerkan sebarang bentuk logo, simbol, istilah, kenyataan, atau ungkapan yang boleh memberi tanggapan halal tanpa pengesahan daripada JAKIM atau MAIN/JAIN.








Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Di Malaysia, status Halal bukan sekadar suatu label, malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan. Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal, Luckin Coffee Malaysia, jenama kopi antarabangsa terkemuka, dengan bangganya mengumumkan perolehan Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dua cawangannya di Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri. Pencapaian penting ini menandakan komitmen teguh jenama tersebut dalam menyajikan minuman berkualiti tinggi yang mematuhi piawaian Halal kepada semua rakyat Malaysia, sekaligus menghormati nilai serta prinsip yang sentiasa dijunjung tinggi di negara ini.


Mengandungi DNA Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan pengimport menarik balik produk makanan Indonesia yang didapati mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dari pasaran tempatan.

Berdasarkan siaran media rasmi BPJPH, hasil pemantauan bersama dengan BPOM mendapati 11 'batch' daripada sembilan produk makanan dikesan mengandungi DNA babi (porcine) melalui analisis makmal.

Penemuan ini telah mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan pengguna Muslim termasuk di Malaysia, khususnya berkaitan tahap ketelusan sistem pensijilan halal antarabangsa.



Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) bertindak pantas dengan mengeluarkan surat pemanggilan rasmi kepada pengeluar dan pengedar produk-produk terlibat untuk segera menarik balik produk tersebut dari pasaran.



Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengeluarkan kenyataan rasmi pada 22 April 2025 yang menyokong penuh tindakan BPJPH dan BPOM, serta mengambil langkah pemantauan bersama agensi agama negeri untuk memastikan produk-produk terbabit tidak berada dalam pasaran tempatan.



JAKIM menyeru orang ramai turut memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan sekiranya menjumpai produk tersebut di pasaran.

Aduan boleh dikemukakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM melalui pautan https://islam.spab.gov.my/eApps/system/index.do







Hari Sejarah Buat Ayam Gepuk Pak Gembus Terima Persijilan Halal JAKIM

Ayam Gepuk Pak Gembus, makanan berasaskan resepi asli Indonesia yang disesuaikan dengan citarasa masyarakat Malaysia, mengumumkan bahawa mereka telah menerima pensijilan HALAL secara rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi 12 daripada keseluruhan 70 cawangannya di Malaysia. Pencapaian penting ini mencerminkan komitmen teguh Pak Gembus dalam mematuhi peraturan penguatkuasaan Halal selari dengan menyokong inisiatif kerajaan 2025 untuk memperkukuhkan industri Halal di Malaysia, di samping mengekalkan kebersihan, keaslian dan makanan yang berkualiti tinggi.


5 Premis Makanan Popular Dan Terkenal Di Malaysia Bukan Pemegang Sijil Halal JAKIM

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Baru-baru ini tular satu surat yang dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM bahawa 5 premis makanan popular dan terkenal serta mempunyai banyak cawangan di Malaysia bukan pemegang sijil Halal JAKIM. Korang boleh baca kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook JAKIM sendiri seperti di bawah:




1) JAKIM mengambil maklum mengenai tularnya satu (1) surat yang dikeluarkan oleh Jabatan ini bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

2) Untuk makluman, pertanyaan tersebut telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM. Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM, status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Justeru, maklum balas yang disediakan oleh Jabatan ini telah dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut.

3) Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat (4) outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah. Jabatan ini telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024 jam 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan.

4) Untuk makluman pengguna juga, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh disemak secara sendiri dan terus oleh pengguna di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui:-
https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama

Terima kasih.

Maksudnya di sini premis makanan yang dinyatakan dalam surat tersebut adalah bukannya haram. Cuma mereka tidak pohon persijilan Halal atau masih ada yang dalam proses permohonan Halal dari pihak bertanggungjawab dalam memastikan permis dan makanan yang disediakan adalah Halal untuk orang Islam makan. Kita semua tahun bahawa mengambil yang Halal itu adalah wajib bagi seorang muslim. Jadi tepuk dada tanya selera apa yang korang nak.





Jenama QSR Menyumbang Lebih RM150,000 Manfaat Kepada Lebih 2,500 Umat Islam Merentas Dua Negara

Bertujuan memastikan setiap umat Islam dapat menyambut Hari Raya Aidiladha, QSR Brands membawa kemeriahan dalam bentuk daging segar kepada lebih 2,500 Asnaf di tujuh negeri di Malaysia selain satu lokasi di Kemboja.


Pelancaran Baru! Jenama Aiskrim Jepun Terkenal Kini Diperakui Halal!

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. JONETZ by DON DON DONKI mengumumkan pelancaran Azuki Bar, jenama aiskrim Jepun terkenal yang disahkan halal kini boleh didapati di gedungnya di LOT 10, Kuala Lumpur. Di samping itu, JONETZ by DON DON DONKI adalah gedung runcit pertama yang melancarkan jenama ini di dunia.


Sah Produk Gula-gula Creamy Candy Jenama White Rabbit Tiada Halal

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai peminat gula-gula yang semakin menjadi popular di Malaysia sekarang ini iaitu Creamy Candy White Rabbit yang di import ke Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara. Bukan sahaja popular dalam bentuk gula-gula tapi juga dihasilkan sebagai perisa aiskrim. 

Kenali Logo Halal Luar Negara Terbaru 2017 Yang Di Iktiraf JAKIM

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahukah kita bagaimana rupa logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Selalu kita keliru dan juga tersalah rupa logo halal yang sebenar. Loga halal JAKIM Malaysia sendiri pun ada banyak yang salah digunakan jadi Maha letak logo sebenar Halal Malaysia.


Bawah ini Maha senaraikan pula logo halal luar negara yang telah dikeluarkan JAKIM terbaru Januari 2017 dalam Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM.