Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Homemade. Papar semua catatan

Resipi Roti Coklat Dengan Kismis Yang Mudah Dan Sangat Gebu Menggunakan Bread Maker

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Lama juga Maha tak buat blogpost resipi tengok semua kawan-kawan aktif menghasilkan resipi sedap-sedap dan berjaya. Kalau buat tak jadi pun jangan bimbang boleh post kat Facebook group Masak Apa Pun Tak Jadi Hari Ni. Viral dah group ni memang semua orang menyebut group ni time PKP dan Ramadan termasuk sekali PM kita pun sebut pasal group ni.

Resipi Fettuccine Green Fusion Dengan Produk Ready-to-cook Anggun Chef

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada kongsi tentang satu produk Ready-To-Cook by Anggun Chef kalau korang ada perasan. Tak pun kalau korang ada ikuti Facebook dan Instagram Maha share pasal semua produk ni bukan saja-saja tau. Tapi sebab memang Maha menggunakan produk-produk ni kerana ia sangat memudahkan kerja memasak kat dapur.


Nikmati Mee Dan Pasta Bebas Pengawet, Gluten Dan Berkhasiat Dengan Pensonic Noodle House

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pensonic adalah pengeluar produk memasak yang Maha percayai mana tidak sebelum ni pernah guna Pensonic Bread Maker, Pensonic AirFryer dan terbaru Pensonic Steamboat & BBQ. Kali ini pula Pensonic Noodle House adalah impian setiap suri rumah dan penggemar mi serta pasta di seluruh Malaysia. Pembuat mi dan pasta automatik yang mesra pengguna ini menghasilkan mi yang anjal dan pasta yang cantik dalam masa yang singkat.


Korang juga boleh tambahkan jus buah-buahan dan sayuran seperti labu, lobak merah, tomato atau ubi ‘beetroot’ ke dalam tepung bebas gluten, protin tinggi atau tepung untuk menyediakan mi dan pasta mengikut citarasa korang yang beraneka warna, perisa dan lazat.  Korang yang mengutamakan kesihatan dan pemakan yang cerewet terutama kanak-kanak, akan turut menggemarinya.



Hanya dengan butang automatik satu sentuhan dengan motor yang kuat tetapi senyap, yang dapat mengadun, menguli serta menekan keluar adunan doh dengan cepat, sesiapa pun boleh menjadi pakar membuat mi dan pasta segar hanya dengan menukar bahan-bahannya sedikit.


Pengulian cepat 3 minit dalam produk ini  sudah pasti menjadikan pembuatan mi dan pasta bebas pengawet dan bebas gluten satu perkara yang mudah. Seperti masakan ibu yang memang sedap berbanding dengan makanan yang dibeli dari kedai, mi dan pasta segar yang dibuat menggunakan Pensonic Noodle House lebih sedap, berperisa, bebas pengawet dan berkhasiat jika dibandingkan dengan mi dan pasta dari kilang.



Saiz produk ini  yang padat membolehkannya diletak di atas permukaan kabinet dapur dan ia disertakan dengan 13 pembentuk. Pembentuk acuan terdiri daripada Large Fettuccine, Medium Fettuccine, Small Fettuccine, Thick Spaghetti, Thin Spaghetti, Ultra Thin Spaghetti, Udon, Macaroni, Triangular, Open Macaroni, Sliced Noodle, Ultra Thick Spaghetti dan Dumpling Wrapper.


Jika korang berminat memasak, boleh mendapatkan resipi-resipi mi dan pasta di Pensonic Kitchen Facebook. Terdapat berbagai-bagai resipi mi dan pasta yang menyelerakan dan mudah disediakan di sana. Walaupun Pensonic Noodle House menjadikan proses membuat mi dan pasta semudah ABC, satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan mi atau pasta ialah kuantiti bahan-bahan. Oleh itu, kami juga memberi satu Penimbang Digital Dapur percuma untuk masa terhad sahaja. Alat pembersihan yang berfungsi sebagai pemotong, bekas penyukat air dan tepung juga disertakan bersama set pembelian ini.


Kelebihan mi dan pasta yang dibuat di rumah ialah tekstur doh yang kasar sedikit berbanding dengan mi dan pasta yang dibeli dari kedai. Tekstur doh yang kasar ini membolehkan sos melekat pada permukaan mi dan pasta, menjadikannya lebih sedap dan lazat! Kebanyakan mi dan pasta yang dibeli dari kedai mempunyai permukaan yang licin, oleh itu sos tidak melekat dan tertinggal di atas mangkuk.


Jika korang nak membeli Pensonic Noodle House, korang boleh mendapatkannya dari Pensonic e-store dengan menggunakan promosi kod 'MAHAPNH' dan dapat harga serendah RM399 buat masa terhad sehingga 14 Oktober 2018 sahaja tau. Kat sana boleh dapat penimbang digital dapur edisi terhad juga. Kesemua 13 pembentuk disertakan  percuma bersama pembuat mi ini. Korang tidak perlu menjadi chef yang pakar untuk membuat mi dan pasta yang menyelerakan. Jadi tunggu apa lagi boleh dapat sekarang.

*Beli di www.pensonic.com






WHISK Memudahkan Kerja Memasak Di Rumah Buat Mereka Yang Sibuk

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang mesti pernah sampai satu masa tak tahu nak makan apa. Nak masak kat rumah pulak bila buka peti ais kosong tak ada langsung bahan untuk dimasak. Maha sendiri kadang-kadang buntu tak tahu nak masak apa nak beli bahan tak tahu pulak.


Tapi sekarang tak perlu risau lagi kerana telah ada WHISK. Apa tu WHISK? Ia lebih kepada penyelamat waktu kecemasan anda. Sekarang ni WHISK memberi 6000 kotak secara percuma untuk rakyat Malaysia. Kalau kempen 6ribu kotak ni dah tercapai target baru mereka start menjual makanan-makanan dalam laman web mereka. (Update: Maha baru dapat tahu dari pihak WHISK yang kempen 6K ini telah pun habis maaf pada yang tak sempat memang pantas betul korang ni). Maha sendiri telah dapatkan satu kotak daripada mereka korang tunggu apa lagi cepat pergi dapatkan sekarang.


Korang hanya perlu masuk laman web mereka www.whiskmeal.com dalam tu ada beberapa resipi makanan yang mereka sediakan untuk dipilih. Kita juga boleh undi untuk menu baru mereka yang akan datang di What’s Next dan klik ‘like’ button. Produk makanan WHISK membantu mengatur diet kita kerana mereka menyertakan fakta nutrisi pada kad manual. Juga bahan mereka segar sampai depan pintu dalam kotak yang menarik dan pack yang berkualiti.
 

Hari tu Maha cubalah Chicken Ball Spaghetti mereka. Buka kotak tu semua dah ada hanya masak ikut arahan sahaja. Mudah pulak tu nak masak jom kita belajar memasak hari ni.

Cara memasak Chicken Ball Spaghetti:-
1)    Didihkan spaghetti yang diberikan dalam satu kotak ini cukup untuk satu orang makan jadi masak jer semua akan habis.


2)     Sambil tu kita buat meatball dengan daging yang diberikan tak perlu nak perap atau campur hanya gentel sahaja jadi bulat-bulat. Saiz Maha buat ini akan jadi 5 ketul.



3)    Lepas tu masukan minyak masak dalam kuali tapi minyak mereka tak sediakan kita kena guna minyak sendiri. Goreng bebola daging tu sehingga separuh masak.


4)    Bila dah masak masukkan terus bawang putih dan bawang besar yang disediakan semua dah siap potong hanyak campak jer dalam kuali mudah.
5)    Bila dah naik bau kemudian baru kita masukan tomato sos dan stock ayam yang dibekalkan.


6)  Masak sehingga sedikit pekat dan last masukan garam dan lada hitam ni pun mereka tak bekalkan kena sedia sendiri.

7)    Last sekali spaghetti yang telah direbus tadi masuk dalam kuah tu dan masak 2 minit. 


8)    Sedia untuk dihidangkan dan dimakan mudah bukan.

Bagi orang Bujang macam Maha ni tak perlu nak fikir beli bahan dan apa bahan yang nak cari. Order sahaja kat Whisk ini semua dah siap dalam sukatan yang sebenar hanya terus masak sahaja tanpa ragu-ragu. Tapi ingat jangan buang kotak Whisk dan icepack yang ada jika kita pulangkan semula kotak dan icepack akan dapat kumpul point.


Kalau ibu-ibu yang bekerja pun boleh juga beli satu box macam ni dan sampai rumah masak jer tak perlu nak kupas-kupas dan potong semua dah siap. Main campak-campak sahaja. Lepas ni kalau sapa malas sangat nak masak tak tahu lah. Semudah ini telah ada dipasaran dan sangat membantu.






The Harith Sweet Tooth Homemade Baker Area Shah Alam, Sg. Buloh, Kepong Dan Sekitarnya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang susah nak cari homemade kek yang sedap dan juga ada penghantaran?. Jangan risau Maha ada seorang kawan lama dari zaman belajar universiti lagi. Kalau nak kenal boleh search The Harith Sweet Tooth kat Facebook atau Instagram mesti korang terliur tengok semua kek hasil tangannya. 


The Harith Sweet Tooth tu sebenarnya diambil dari nama anaknya menarik kan. Kalau masa study dulu kami panggil dia Annor kawan satu kelas ngan Maha. Tapi dulu dia study IT tapi sekarang dan aktif menjadi usahawan bakeri lak. Wow terkejut juga semasa Maha tahu dia mula ceburi bidang ini. Tapi bagi Maha apa sahaja yang kita buat kena bersungguh dan ada ilmu betul tak.


Sebenarnya Maha dah merasai kek hasil tangan beliau ini sejak tahun 2015 lagi. Kalau korang ingat dia pernah sponser kek untuk majlis Rumah Terbuka Mahamahu Raya. Sapa-sapa yang datang masa tu ingat lah memang kek dia habis dulu dan ramai orang puji betul tak.


Jadi sebab dah suka pada kek dia ni Maha pun order lagi beberapa kali untuk kadang-kadang makan sendiri jer. Sebab kek yang dihasilkan ada pelbagai saiz dan boleh beli untuk makan suka-suka bila teringin. Antara jenis kek yang dihasilkan adalah seperti :-

1) Brownies Nuts Caramel Drizzled
2) Brownies Nuts Caramel & Nutella
3) Congobar
4) Red Truffle Brownies
5) Red Truffle Brownies Oreo
6) Kek Pandan Gula Melaka
7) Kek Coklat Berhantu
8) Whoopie Pie
9) Mango Cheese Cake

Brownies Nut Caramel

Maha hari tu ada repeat order beberapa kek yang favorite antaranya kek Brownies Nut Caramel yang bersaiz mini. Harga hanya RM10 sahaja memang ok. Yang ni memang saiz kecil jer korang boleh beli bila-bila nak makan petang atau nak jamu kawan-kawan yang nak datang rumah.

Manggo Cheese Cake

Kemudian Maha order pula Manggo Cheese Cake yang ni pun saiz mini juga 4inchi boleh lah buat minum petang. Harga nya hanya RM25 sahaja tak mahal pun rasa Mangga pun sedap. Maha habis sekejap jer tak sampai sehari wakakaka suka makan kek.

Devil Food Chocolate Cake

Kalau korang dah rasa tergoda dengan kek hasil tangan seorang ibu ini boleh lah buat tempahan sekarang. 
  1. Contact Annor bagi kawasan sekitar Puncak Alam di 012-798 3835
  2. Ejen kawasan Sg Buloh & sekitarnya contact Anor 012-242 9857 (cover juga area Sg Besi)
  3. Ejen kawasan Kepong & sekitarnya, contact Zue 012-626 4202 (cover juga area KLCC, Ampang, Damansara Damai, Jinjang, Subang & Putrajaya)
  4. Ejen kawasan sekitar Bkt Jelutong, TTDI Jaya, Sek 13 Shah Alam boleh contact Fara 0111-944 2598
Juga korang boleh terus pergi ke laman Facebook dan Instagram beliau :-




 

KereWang Adalah Kerepek Bawang Tapi Yang Ini Lain Daripada Yang Lain Special

KereWang Adalah Kerepek Bawang Tapi Yang Ini Lain Daripada Yang Lain Special Punya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalain. Mesti ramai yang kata bahawa kerepek bawang semua sama sajakan tengok rupa semua sama. Tapi yang Maha nak cite ini mesti korang akan nampak kelainannya tengok rupa dah tahu. Kalau korang tak percaya kena tengok habis entry ini apa yang specialnya.


KereWang adalah hasil homemade Bumiputera yang dibuat khas untuk memberi pilihan kerepek terbaik bagi korang. Yang pasti ia adalah Super Nipis, Super Rangup dan Super Sedap.
Bukan cakap kosong tapi Maha dah makan memang rangup dan nipis. Maha dapat ni masa pergi Mega Bazaar Hijra 2016 kat Mid Valley sebelum ini. Kat situkan ada banyak jual produk makanan tempatan yang boleh bersaing dipersada industri makanan negara kita. 



Jadi sebab tu Maha berani cakap korang kena cuba produk keluaran Gee's Delights ini. Mereka bukan sahaja buat KereWang ini tapi macam2 lagi kerepak dan biskut yang enak2. Korang leh tengok kat senarai yang Maha bagi ni macam2 ada Biskut Rainbow, Sumpia, Ariana Rose, Cheese Bangkit dan Buskit Badam Potong. 


Mereka juga menjadikan produk makanan ini sebagai hamper dan doorgift special yang korang boleh bagi kat tetamu. Bestkan tengok bungkusan yang cantik2 dan comel2 ini memang menarik nak kasi orang datang majlis kahwin atau majlis harijadi. Banyak pilihan dan saiz yang boleh korang bincangkan untuk hari istimewa. 



Maha hari tu dapat KereWang ni habis makan sekejap jer bila dah mengadap tv dan update blog mulut duk kunyah2 kerepek ini. Kalau korang nak order memang boleh buat secara online kat facebook dan instagram mereka. Maha dah cuba korang bila lagi selamat mencuba semua ok. 

Tempahan dan maklumat lanjut hubungi :-
Facebook : www.facebook.com/GeesDelights
Instagram : www.instagram.com/geesdelights
Tel : 017-310 2969 / 019-219 2969







Sapa Yang Tahan Pedas Maha Cabar Korang Cuba Sambal Hitam Menangis Confirm Keluar Peluh Jantan

Sapa Yang Tahan Pedas Maha Cabar Korang Cuba Sambal Hitam Menangis Confirm Menangis - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini adalah cabaran dari Maha buat mereka yang kuat makan makanan pedas. Tak kiralah korang leh gigit kunyah cili padi ker atau yang memang dah biasa makan sambal2 pedas. Tapi satu jer korang kena cuba iaitu Sambal Hitam Menangis comfirm menangis.


Maha sendiri yang dah cuba sambal ni tak tahan bukan setakat menangis malah keluar semua air peluh jantan ni hehehehe. Kalau sapa2 tak tahan yang cepat sakit perut makan pedas di harap dapat menyediakan air susu yang banyak. Memang terangkat sambal ni sapa punya idea lah nak buat sambal macam ni. Tu lah kita banyak sangat sambal semua pedas dan sedap2.


Sambal Hitam Menangis ini adalah satu lagi produk bumiputera yang dihasilkan secara homemade dengan menggunakan bahan2 semulajadi. Sambal keluaran Mr. Melting ini adalah satu produk makan terus yang boleh juga dibawa kemana-mana dengan mudah dan dinikmati dengan segera tanpa pelu masak. 



Ini adalah produk hasil anak muda yang bernama Muhammad Khairul berasal dari Pahang. Sebab Sambal Hitam ini memang popular di negeri Pahang. Minat beliau dalam dunia perniagaan menjadikan beliau usahawan makanan tempatan yang ingin majukan diri sendiri. Maha jumpa owner sambal ini semasa EhEh Bazaar Hijra 2016 baru2 ini. Sempat lah bergambar dan borak2 sikit dengan pemilik Sambal Hitam Menangis ni.


Kata beliau selain dari makan begitu sahaja boleh juga sambal ni di masak bersama dengan bahan2 lain. Sebab tu lah Maha dapat idea untuk masak Sambal Hitam ini dengan buah petai yang popular dijadikan ulam-ulaman. Maha namakan resepi ini Goreng Petai Sambal Hitam Menangis, sebab kepedasan sambal ini masih dikekalkan dalam resepi ini. Korang nak tahu macam mana nak buat jom tonton video kat bawah ni mudah jer.



Taraaaa... kan mudah dan cepat untuk buat sambal petai ni. Pulak tu makan dengan nasi putih perhhh terbaik. Harga untuk Sambal Hitam Menangis ini hanya RM14.90 untuk 200ml dan RM12.90 untuk 150ml. Dapatkan sekarang macam biasa secara online di laman Facebook atau Whatapps mereka segera. Kalau cuba mesti tak rugi selamat mencuba semua. 

Tempahan dan maklumat lanjut hubungi :
Whatapps : 017 312 6029








Kek Pisang Gebu Dan Moist Dari Bakin' Bake Mesti Kena Cuba Kalau Tak Menyesal

Kek Pisang Gebu Dan Moist Dari Bakin' Bake Mesti Kena Cuba Kalau Tak Menyesal - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Last week Maha sempat datang ker EhEh Bazaar Hijra 2016 kat Mid valley Exhibition Centre, dan banyak dapat tengok produk makanan tempatan yang sedap. Termasuklah kek pisang ni yang Maha sempat dapatkan untuk dicuba. Terima kasih kepada pengusaha kerana sebiji kek yang enak ni.


Nak tanya lah kat sini sapa yang pandai buat kek pisang? Maha ni hanya pandai buat Cekodok Pisang jer macam yang Maha pernah tulis dalam resepi sebelum ni. Kalau tak pakar kek pisang ni nanti jadi keras dan tak rasa pisang sebab rasa banyak tepung. Lain sangat dengan kek pisang yang akak tu bagi hari tu memang gebu dan menarik.



Kek pisang ni nampak macam biasa jer tapi sebenarnya akak Normaya Mohd Sabran tukang masak dan juga pengusaha Bumiputera produk keluaran Bakin' Bake menghasilkan dengan penuh kasih sayang kot.
Sebab tu dapat rasa pisang yang cukup dan tidak seperti mana yang beli kat pasaraya lain. Korang leh tengok sendiri di atas kek pisang ini siap ada potongan pisang yang diletak jadi lebih rasa pisangnya.



Apalah resepi rahsia akak ni sehinggakan rasa nak lagi kek pisang dia ni. Di dalam kek ini lembut dan gebu korang leh tengok sendiri tekstur kek ini yang Maha sempat cuba ni. Makan dengan keluarga pun sesuai dan buat minum petang dengan Teh 'O' memang terbaik lah. Pastu kalau bawa pergi piknik ker atau pergi jalan jauh sebagai kudapan memang mudah sangat.



Apa pun korang nak order kek pisang ni boleh buat secara online kerana menurut akak ni dia tak ada lagi kedai yang tetap. Jadi semua urusan secara online atau pun whatapps teknologi dah canggih kena gunakan betul tak. Harga tak mahal berpatutan hanya RM6.00 sahaja termasuk penghantaran seluruh Malaysia. Selain tu juga akak ni ada buat bakery, pastry dan cake untuk tempahan lain. So rajin2 lah singgah ker laman sosial akak ni untuk detail dan juga tempahan. Selamat mencuba semua. 

Tempahan atau pertanyaan boleh hubungi Bakin' Bake :
Facebook : This Is Bakin Bake
Whatapps : 012 312 1462
Wechat : Mayasabran








Resepi Bergedil Daging Cheezy Air Tangan Bujang Dari Dapur Mahamahu

Resepi Bergedil Daging Cheezy Air Tangan Bujang Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai nak try belajar memasak macam Maha juga masih peringkat belajar lagi banyak lagi kena tuntun ilmu hehehe. Kali ni buat masakan yang mudah dan cepat terutama untuk orang bujang nak makan.


Resepi kali ini adalah Bergedil Daging Cheezy. Alah bergedil yang beketul campuran ubi dan daging kisar makan sedap jer dengan nasi. Bergedil ni alah menu Indonesia tapi telah di rekacipta untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia. Tapi kali ni Maha buat pun ada sedikit perubahan pada bergedil daging ini. Maha tambahkan Cheese di dalamnya tak banyak pun nak tambah kesedapan dan juga kelemakan dalam bergedil ni.



Jom tengok bahan2 untuk membuat Bergedil Daging Cheezy :-

200 gram Daging Lembu Kisar
300 gram Ubi Keledek
1 batang Daun Sup
1 biji Bawang Kecil
1 sudu masak Tepung Gandum
1 biji Telur
100 gram Cheddar Cheese 
Garam secukup rasa
Minyak Masak

Cara nak buat Bergedil Daging Cheezy ini mudah sangat dan cepat. Jom tonton di sini :-


Mudah bukan cara nak buatnya kejap jer gentel2 lepas tu goreng hehehe. Yang penting kena isi Cheddar Cheese kat dalam nak labih berchese hehehehe. Selain tu juga Maha gunakan Ubi Keledek sebab nak bagi rasa manis yang lebih dan lebih mudah untuk di gentel menjadi bentuk bujur. Korang boleh gunakan ubi2 lain seperti Kentang, Ubi Kayu, Labu dan macam2 lagi lah untuk rasa yang lain. Selamat mencuba semua ok.