Buah-Buahan,

Dapur Mahamahu Kali Ni Masak Cekodok Pisang

Jumaat, April 04, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Kali Ni Masak Cekodok - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari minggu yg lalu Mahamahu balik kg biasalah setiap hujung bulan akan habis masa blk ker kg melawat mak dah ayah di sana. Bila blik kg mestia ada buah tangan daripada mereka dari kg tu. Kali ni kebetulan pula pisang yg di tanam di kg berbuah dan buah pisang tu masak. Banyak juga ada beberapa tandan pisang. So mak bungkus dua ikat pisang untuk Mahamahu bawa blk ker KL.

 
So bila dah sampai KL pisang yg ada tu dah masak kalau nak simpan lama pun nanti busuk mcm tu jer kan. Kalau nak makan mentah memang boleh tapi tak adalah habis sampai setandankan. Maka fikri punya fikir nak masak yg moden2 tak pandai so buat masakan tradisional yg mudah dan senang. Terus terfikir nak buat Cekodok Pisang, tapi lain sikit kali ni khas dari dapur Mahamahu.

Cekodok Pisang Kayu Manis

Cekodok Pisang Kayu Manis berperisa Pandan

Bahan2 yg di perlukan untuk Cekodok pisang Mahamahu ni mestilah pisang yang dah masak, tepung gandum, garam, kulit kayu manis, gula dan juga pewarna pandan. Tak perlukan gula byak kerana nak kekalkan rasa manis pisang yg asli ni. Cara mudah sgt nak buat semua org pandai buat Cekodok Pisang, pertama mesti kupas pisang dan potong menjadi kecil agar senang nak lenyek. Bila dah siap kupas tiba masa nak lenyek pisang tu sehingga hancur.



 
Lepas lenyek masukkan tepung gandumg sikit demi sedikit kedalam sambil menggaul pisang lenyek tadi. Masukan juga garam dan sedikit gula dalamnya sambil menggaul sehingga sebati. Lepas tu bahan yg menambah rasa Cekodok Pisang ni ialah Mahamahu masukan serbuk kulit kayu manis. Memandangkan tak ada sebuk kulit kayu manis, Mahamahu gunakan kulit kayu manis yg ada di rumah tu dan parut kulit tu menjadi serbuk halus dan masukan dalam campuran pisang dan tepung tadi. 

 
Lepas tu Mahamahu buat experiment lagi dengan masukan sedikit perisa pandan untuk mendapatkan bau dan warna hijau di dalamnya. Mahamahu bahagikan campuran pisang dan tepung bersama kulit kayu manis tadi kepada dua bahagia. Satu bahagian di masak kosong dan satu lagi di campur perisa dan pewarna pandan tadi. Baru ada byk rasa dan variati, hehehe kita kena kreatif walaupun sedikit. 


Lepas tu masa untuk menggorenglah, goreng sampai masak kalau nak tahu dah masak bila tgk agak kehitaman tu dah boleh angkat tak perlu goreng lama mungkin dalam 6-8 minit sahaja. Lepas tu boleh di hidangkan untuk makan petang atau boleh di simpan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk untuk di masak esok pagi bagi buat sarapan pagi. Mudah dan cepat tak perlu nak banyak2 bahan. So selamat memasak dan selamat mencuba pada semua...... 

Nantikan dapur Mahamahu minggu depan pula ok....