Bumiputera,

KereWang Adalah Kerepek Bawang Tapi Yang Ini Lain Daripada Yang Lain Special

Rabu, Mac 09, 2016 Mahamahu 0 Comments

KereWang Adalah Kerepek Bawang Tapi Yang Ini Lain Daripada Yang Lain Special Punya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalain. Mesti ramai yang kata bahawa kerepek bawang semua sama sajakan tengok rupa semua sama. Tapi yang Maha nak cite ini mesti korang akan nampak kelainannya tengok rupa dah tahu. Kalau korang tak percaya kena tengok habis entry ini apa yang specialnya.


KereWang adalah hasil homemade Bumiputera yang dibuat khas untuk memberi pilihan kerepek terbaik bagi korang. Yang pasti ia adalah Super Nipis, Super Rangup dan Super Sedap.
Bukan cakap kosong tapi Maha dah makan memang rangup dan nipis. Maha dapat ni masa pergi Mega Bazaar Hijra 2016 kat Mid Valley sebelum ini. Kat situkan ada banyak jual produk makanan tempatan yang boleh bersaing dipersada industri makanan negara kita. 



Jadi sebab tu Maha berani cakap korang kena cuba produk keluaran Gee's Delights ini. Mereka bukan sahaja buat KereWang ini tapi macam2 lagi kerepak dan biskut yang enak2. Korang leh tengok kat senarai yang Maha bagi ni macam2 ada Biskut Rainbow, Sumpia, Ariana Rose, Cheese Bangkit dan Buskit Badam Potong


Mereka juga menjadikan produk makanan ini sebagai hamper dan doorgift special yang korang boleh bagi kat tetamu. Bestkan tengok bungkusan yang cantik2 dan comel2 ini memang menarik nak kasi orang datang majlis kahwin atau majlis harijadi. Banyak pilihan dan saiz yang boleh korang bincangkan untuk hari istimewa. 



Maha hari tu dapat KereWang ni habis makan sekejap jer bila dah mengadap tv dan update blog mulut duk kunyah2 kerepek ini. Kalau korang nak order memang boleh buat secara online kat facebook dan instagram mereka. Maha dah cuba korang bila lagi selamat mencuba semua ok. 

Tempahan dan maklumat lanjut hubungi :-
Facebook : www.facebook.com/GeesDelights
Instagram : www.instagram.com/geesdelights
Tel : 017-310 2969 / 019-219 2969







0 Pandangan: