Rezeki Peniaga Dan Pengunjung Di Mega Bazaar Hijra 2016 Mid Valley Exhibition Centre

Rezeki Peniaga Dan Pengunjung Di Mega Bazaar Hijra 2016  Mid Valley Exhibition Centre - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Last week Maha tak bosan sangat sebab selain pergi PEXPO 2016 kat Mid Valley tu ada satu lagi event yang sangat2 meriah. Kalau orang dengar nama penganjur EhEh Bazaar mesti teringat pada event2 tahun2 lepas.


 


Maha dapat meluangkan masa sekejap saja kat Mega Bazaar Hijra 2016 di Mid Valley Exhibition Centre ini. Maha nampak ada lebih daripada 150 buah booth yang kebanyakan usahawan muda dan baru serta Bumiputera yang ada di sini. Tak kurang juga barisan artis2 yang sama berniaga kat bazaar ini. Maha nampak ada booth Yat Hamzah, Azad Jazmin dan ramai lagi. Turut sama saluran TV Al Hijrah yang mengadakan sesi ujibakat mencari bakat pengacara yang baru.





Maha tak sempat nak singgah semua booth tapi Maha sempat masuk satu ni kalau korang perasan namanya Foodhouse by Sister. Semua peniaga dan usahawan yang ada adalah bumiputera yang muda2 dan bersemangat nak berniaga. Mereka memang meriah dan peramah melayan pengunjung yang datang sampai Maha terhibur. Kalau nak tengok lebih detail boleh ker laman Instagram mereka Foodhouse By Sister ok.






Tapi yang lagi best kat satu booth ini ada macam2 produk makanan tempatan dari tradisional kepada makanan modern.
Bagi Maha lah singgah satu booth ini boleh dapat semua makanan yang korang cari macam Sambal Hitam, Sambal Kicap, Kerepak, Kuih Muih dan Biskut Raya, Minuman berkhasiat dan juga Kek Pisang pun ada kat booth ni. Semua homemade dan buatan bumiputera di jamin halal. 




Maha pun apa lagi peluang depan mata lagi pun nak bantu usahawan baru macam mereka ini. Jadi Maha perkenalkan diri sebagai blogger makan dan memang ada menulis tentang produk makanan. Jadi kesempatan itu kita kembangkan network dan juga bagi peluang pada perniaga kecil2 seperti ini. Sebab tu Maha balik tak tangan kosong lebih 10 produk juga dapat hari tu hehehe. Apa pun terima kasih pada akak Suhaila atas layanan paling best kat booth ni.



Lepas habis singgah booth ni Maha pergi pula booth Lynk.my kat situ pun sebab kawan2 blogger nak buat perjumpaan. Tapi sayang tak dapat jumpa semua masing2 datang masa yang tak sama. Tapi apa pun sebenarnya event bazaar macam ni bukan sahaja buka peluang kepada usahawan baru. Malah buka network kepada semua orang untuk kembangkan kenalan dan peluang yang lebih luas. So lepas ni kalau ada event2 macam ni In Shaa Allah Maha akan datang lagi nak meriahkan acara ok.








2 comments.. read them below or add one

DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ 17 February, 2016
amvoiiii Aiskrim Bisik...! hehehehee.. :)
teringin sangat nak pergi tapi sayangnya ada hal lain pula hari tu. Harap diaorang buat la lagi, InsyaAllah save date siap2 boleh pergi..

:)
Maha Mahu Maha Mahu 23 February, 2016
Hehehe aiskrim tu juga menarik....
Tak apa meraka akan ada lagi kat banyak event nanti ikuti mereka kat Instagram..