Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Fiesta Makanan. Papar semua catatan

Meriah Sambutan Malaysia International Durian And Cultural Fest 2022 Di Pavilion Bukit Jalil

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang sikasihi sekalian. Semalam hujung minggu Sabtu dan Ahad penuh meriah diadakan sambutan "Malaysia International Durian And Cultural Fest 2022" atau (MIDCF) yang bertempat di Pavilion Bukit Jalil Kuala Lumpur. Majlis telah dirasmikan oleh YBrs.  Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan, Domestik & Acara Pelancongan Malaysia. Menunjukkan sokongan kepada Dking ketika memperoleh satu lagi kejayaan dalam memartabatkan pelancongan Malaysia. MIDCF ialah festival kebudayaan selama dua hari yang telah berlangsung pada 16 hingga 17 Julai 2022. Ia bagi meraikan keajaiban budaya, pelancongan dan salah satu faktor populariti makanan Malaysia yang paling menonjol iaitu Raja Buah Durian.


Masih Sempat Lagi Untuk Pergi Lulu World Food'22 Bermula 24 Feb Hingga 9 Mac Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hujung minggu ni apa perancangan korang bersama keluarga. Kalau tiada cadangan untuk kemana-mana Maha nak cadangkan kepada korang datang ke Lulu Hypermarket atau mana-mana 4 cawangan Lulu yang ada iaitu di Lulu Capsquare Kuala Lumpur, Lulu 1Shamelin Mall, Lulu Setia Alam City Mall dan juga Lulu Amarin Mall Sri Kembangan. Ini kerana sekarang ini kat sana ada Lulu World Food'22 Festival. 


Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 Diseluruh HeroMarket

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha suka makan makanan Thailand seperti keropok ikan, kekacang dan macam-macam lagi kerana enjoy sangat sambil tonton tv boleh kunyah-kunyah buat kudapan. Cuma nak cari makanan ini agak susah kat Malaysia kalau nak pun terpaksa order daripada kawan-kawan yang pergi melancong ker negara Thai dan bawa pulang tu pun tak banyak yang dapat.


Tapi sekarang ni semua dah mudah kerana HeroMarket telah menjual semua jenis makanan ringan ini dengan skala yang banyak. Bersempena dengan Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 yang berlangsung sekarang ini 3 hingga 5 Ogos 2018 diseluruh cawangan HeroMarket memudahkan kita untuk dapatkan makanan dari negara jiran ini. 


Program ini dianjurkan bersama Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand (DITP) bersama HeroMarket dan juga HPG Marketing (M) Berhad. Acara utama telah diadakan semalam 3 Ogos bertempat di Berjaya Time Square dengan dirasmikan oleh Encik Francis Teng Pengarah HeroMarket, Cik Nipa Nirannoot Kedutaan Diraja Thai, Cik Patcha Wutipan, Menteri Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand (DITP) dan Encik Soh VLeong, Pengarah Urusan Pemasaran HPG.



Selain itu juga, kalau korang datang kat Berjaya Time Square sekarang ni mereka mengadakan demontrasi masakan produk-produk makanan Thailand, juga persembahan tarian tradisional serta menarik persembahan seni mempertahankan diri popular iaitu Muay Thai. Korang juga boleh beli produk makanan Thailand dengan harga sangat murah dan berbaloi kat sana.



Di antara produk yang ada korang boleh beli kat sana adalah aneka snek buah-buahan inovatif dari J Fruit, produk gula-gula terkenal Thai - HACKS, keropok beras Jepun - Doca, udang goreng dan kerepek ketam - Manora, snek coklat Pocky, snek ikan rangup - Madam Fish, kerepek beras - Tawan, snek kacang panggan - Otori, asam manis dari Tamarind House dan banyak lagi semua menarik dan harga sangat murah semperna promosi pesta ini.






Ada juga produk makanan dan minuman dari jenama antarabangsa yang dihasilkan di Thailand seperti Schweppes +C Lemon Flavour Soft Drink, Malee 100% juices, kopi Birdy 3-in-1, Hales Blue Boy Syrup dan banyak lagi. Korang juga boleh dapatkan produk ini disemua cawangan HeroMarket setiap masa selagi stok masih ada.






Selain daripada itu, 16-18 Ogos 2018 korang boleh pergi ke Desa Tebrau Johor Bahru untuk menikmati lebih banyak persembahan kebudayaan Thailand bersama makanan Thai. Istimewa pada tarikh tersebut setiap pelanggan yang membeli produk Thailand RM30 di HeroMarket Desa Tebrau akan mendapat perkhidmatan urut Thai istimewa selama 15 minit dari Thai Odyssey secara percuma. 




Sepanjang Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 ini, untuk setiap pembelian produk Thai RM5 di mana-mana HeroMarket dari 3 hingga 31 Ogos 2018 korang layak untuk menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Pemenang hadiah pertama akan menerima dua tiket penerbangan pergi balik ke Phuket dengan penginapan 4 hari 3 malam. Manakala pemenang hadiah tempat kedua akan memenangi tiket pergi balik ker Hua Hin dengan penginapan 3 hari 2 malam.


Hadiah-hadiah lain juga ada iaitu hamper bernilari RM500, RM300 dan RM200 untuk tempat ketiga, keempat dan kelima. Buat pecinta makanan Thailand ini peluang korang nak membeli sambil menang. Maha pun ada jugalah beli beberapa makanan yang Maha suka tu untuk buat kunyah-kunyah kat rumah hehehe. Nanti korang ada masa boleh pergi kat lokasi yang Maha sebut tadi atau ker mana-mana cawangan HeroMarket untuk dapatkan semua produk Thailand ini. Selamat membeli-belah semua.

Maklumat lanjut tentang Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 2018 boleh layari :
                   https://www.facebook.com/thinkthailandmy






Pengumuman Kepada Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya Sesuatu Bakal Belaku Hujung Minggu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Di sini ada satu pengumuma kepada semua pengguna LRT laluan Kelana Jaya setiap hari. Sesuatu yang besar bakal berlaku kepada anda dan akan mengakibatkan anda tidak akan miss untuk mengetahuinya. Hehehe jangan lah takut atau salah tafsir ini hanya pemberitahuan sahaja.



Setiap Sabtu dan Ahad sepanjang April ini akan berlaku keseronokan buat pengguna LRT terutama laluan Kelana Jaya. Ini kerana setiap hujung minggu anda akan dimeriahkan dengan #RapidRailFiesta. Satu lagi fiesta jualan barang dan makanan yang akan memenuhi aktiviti hari minggu anda. 


Bertempat di bawah stesen LRT Ara Damansara fiesta ini akan berlangsung setiap Sabtu dan Ahad iaitu bermula 8 & 9 April | 15 & 16 April | 22 & 23 April | 29 & 30 April.
Aktiviti sepanjang #RapidRailFiesta ini berlangsung :
1) Booth jualan dari selebriti
2) Battle of the Band
3) Rapid Talent
4) Persembahan artis (6ixth Sense, Sakura Band, Zara Ali dan Qreebo)
5) Lucky Draw
6) Zumba



#RapidRailFiesta mengumpulkan pelbagai vendor jualan daripada makanan, pakaian dan juga Food Truck. Serta stiap hujung minggu tu juga akan ada persembahan daripada barisan artis-artis yang popular tanah air seperti Sakura Band, 6ixth Sense dan ramai lagi. Memang happening juga kat LRT ni so alang-alang korang dah naik LRT tu boleh lah singgah kat kejap.



\

Pada pengunjung yang bertuah pula boleh menang hadiah cabutan bertuah yang juga diadakan sepanjang fiesta tersebut. Buat yang ada bakat menyanyi pertandingan Battle Of The Band serta Rapid Talent yang memberi peluang kepada mereka diluar sana untuk menunjukkan suara yang sedap berkemungkinan berpeluang menjadi artis recording bersama vocalist Adi 6isth Sense.





Maha cite ni pun sebab dah berkesempatan pergi kat fiesta ni last week lagi. Dapat juga makan dan dapat tengok persembahan yang best. Fiesta ni bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam sepanjang hujung minggu Sabtu dan Ahad bulan April ni. Kalau korang tak ada apa-apa aktiviti datang sini boleh chill dengan kawan-kawan. Tak perlu nak bersesak-sesak naik kereta Maha cadangkan naik LRT kerana kat sana parking agak susah dan jalan agak jem. Mudah jer naik LRT dan jumpa korang kat stesen ARA Damansara ok.

Maklumat lanjut dan aktiviti layari :
Tel : 011 3902 1997
Facebook : Rapid Rail Fiesta
Instagram : https://www.instagram.com/rapidrailfiesta
#RapidRailFiesta #FoodApril



Peminat Burger Dan Kentang Goreng Puas Untuk Makan Di US Burger & Fries Fiesta

Peminat Burger Dan Kentang Goreng Puas Untuk Makan Di "US Burger & Fries Fiesta" - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa sini tak minat makan burger atau kentang goreng? Tak adakan mesti semua orang akan cari burger tambah2 lagi yang jual tepi jalan. Tapi tu tak puas yang ini lagi puas di mana ada penganjuran "US Burger & Fries Fiesta" selama sebulan. Wow mana nak dapatkan ni nanti baca bagi habis dulu entry ni ok ehehehe.


Bermula dari 1 May hingga 30 May 2016 melibatkan 19 buah restoran dan cafe seluruh Lembah Klang. Masing akan menyediakan hidangan burger yang istimewa dari dapur mereka untuk memuaskan nafsu makanan anda. Kita sendiri pun tau kan bahawa burger merupakan salah satu makanan segera yang amat digemari oleh orang Malaysia. 



Memandangkan burger dan kentang goreng tidak dapat dipisahkan dan saling melengkapi untuk kepuasan gastronomi, kaki-kaki makan di Malaysia mempunyai peluang untuk menikmati semua burger terbaik dengan kentang goreng terbaik melalui "US Burger & Fries Fiesta". 



Di antara sebab-sebab mengapa Amerika menghasilkan kentang goreng yang terbaik adalah suhu ideal yang semakin meningkat, rich soil, kemudahan pemprosesan dan generasi kepakaran. Kentang AS dihantar untuk pemprosesan mengandungi high "solids" dan kandungan gula yang rendah, adalah ciri-ciri penting untuk mencapai kualiti produk dengan penampilan yang diinginkan, rasa dan tekstur yang pasti enak.



Salah satu acara kemuncak fiesta ini adalah memberi peluang kepada orang ramai untuk membiasakan diri mereka mengenali pelbagai jenis kentang U.S. Kebanyakan outlet ni bakal menghidangkan new cuts of U.S. fries untuk pertama kalinya. Kebanyakan outlets yang terlibat berasa teruja kerana diberi peluang untuk mempamerkan gabungan burger dan kentang AS kepada korang semua. Pasti korang takkan menyesal bila datang ke sini nanti.



Pula sekarang ada satu contest di Instagram di mana 3 pemenang mingguan dengan gambar yang terbaik mereka menikmati promosi kentang AS dan burger akan memenangi hadiah wang tunai RM150 setiap minggu. Apa yang korang perlu lakukan adalah menghantar gambar anda dengan hashtag #USFries&BurgerFiesta. Bersedia untuk menikmati kentang goreng A.S. dan burger mesti tak sabar bukan! Untuk maklumat lanjut mengenai sila hubungi Kent Low atau Eddie Saw di (03) 8070-7216.



Outlet yang menyertai kempen "U.S. Burger & Fries Fiesta" dan hidangan mereka:


No
Nama Outlet
Nama Hidangan
1
Big Hug Burger
·         Nasi Lemak Burger
·         Grilled Buffalo Chicken Burger
2
Brooklyn B-Venture
·         Philly Cheese Steak
·         Deli Chicken
3

Chequers

·         Moo
·         Spicy Cajun Chicken
4
Choo Choo Chicken
·         Choo Choo Cham Chi Chicken
·         Choo Choo Bulgogi Burger
5
Crazy Bites
·         Teriyaki Rooster Bites
·         Honolulu Ox Bites
6
Fatboy’s The Burger Bar
·         The Breakfast Stack
·         The Meaty Mania   
7
Hide & Seek Cafe
·         Signature Pork Burger
·         Juicy Chicken Burger
8
Junkyard Burger
·         Lamb Tzatziki BURGER
·         Texas-Hold Me Burger
9
KGB
·         Santa Fe Burger
·         Frito Pie
10

Kulcat Bariror

·         Green Chilli Locos
·         Double Trouble
11
Melur & Thyme
·         Mushroom Swiss Beef Burger
·         Smoked Duck Sandwich
12
Mini Mini Café

·         Roasted Chicken Burger
·         Ox Bites Burger
13
My Burger Lab
·         A+ Burger 
·         Beautiful Mess
14
The Card Cafe
·         Card Café Crispy Fish Burger
·         Card Café Signature Chicken Burger
15
The Grind Burger
·         Grind House Burger
·         JD Burger
16
The Burger Factory
·         Beef Burger On Fire
·         Burger Factory Signature
17
Swensen Cafe
·         Double Cheese Beef Burger
·         Swensen’s Ultimate Chicken Burger
18
Carl’s JR 
·         Chili Cheese Fries
·         Chili Cheese Burger
19
Tryst Cafe
·         Pancake Chicken Burger
·         Cheese Potato Wedges