#RapidRailFiesta,

Pengumuman Kepada Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya Sesuatu Bakal Belaku Hujung Minggu

Rabu, April 12, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Di sini ada satu pengumuma kepada semua pengguna LRT laluan Kelana Jaya setiap hari. Sesuatu yang besar bakal berlaku kepada anda dan akan mengakibatkan anda tidak akan miss untuk mengetahuinya. Hehehe jangan lah takut atau salah tafsir ini hanya pemberitahuan sahaja.



Setiap Sabtu dan Ahad sepanjang April ini akan berlaku keseronokan buat pengguna LRT terutama laluan Kelana Jaya. Ini kerana setiap hujung minggu anda akan dimeriahkan dengan #RapidRailFiesta. Satu lagi fiesta jualan barang dan makanan yang akan memenuhi aktiviti hari minggu anda. 


Bertempat di bawah stesen LRT Ara Damansara fiesta ini akan berlangsung setiap Sabtu dan Ahad iaitu bermula 8 & 9 April | 15 & 16 April | 22 & 23 April | 29 & 30 April.
Aktiviti sepanjang #RapidRailFiesta ini berlangsung :
1) Booth jualan dari selebriti
2) Battle of the Band
3) Rapid Talent
4) Persembahan artis (6ixth Sense, Sakura Band, Zara Ali dan Qreebo)
5) Lucky Draw
6) Zumba



#RapidRailFiesta mengumpulkan pelbagai vendor jualan daripada makanan, pakaian dan juga Food Truck. Serta stiap hujung minggu tu juga akan ada persembahan daripada barisan artis-artis yang popular tanah air seperti Sakura Band, 6ixth Sense dan ramai lagi. Memang happening juga kat LRT ni so alang-alang korang dah naik LRT tu boleh lah singgah kat kejap.



\

Pada pengunjung yang bertuah pula boleh menang hadiah cabutan bertuah yang juga diadakan sepanjang fiesta tersebut. Buat yang ada bakat menyanyi pertandingan Battle Of The Band serta Rapid Talent yang memberi peluang kepada mereka diluar sana untuk menunjukkan suara yang sedap berkemungkinan berpeluang menjadi artis recording bersama vocalist Adi 6isth Sense.





Maha cite ni pun sebab dah berkesempatan pergi kat fiesta ni last week lagi. Dapat juga makan dan dapat tengok persembahan yang best. Fiesta ni bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam sepanjang hujung minggu Sabtu dan Ahad bulan April ni. Kalau korang tak ada apa-apa aktiviti datang sini boleh chill dengan kawan-kawan. Tak perlu nak bersesak-sesak naik kereta Maha cadangkan naik LRT kerana kat sana parking agak susah dan jalan agak jem. Mudah jer naik LRT dan jumpa korang kat stesen ARA Damansara ok.

Maklumat lanjut dan aktiviti layari :
Tel : 011 3902 1997
Facebook : Rapid Rail Fiesta
Instagram : https://www.instagram.com/rapidrailfiesta
#RapidRailFiesta #FoodApril



0 Pandangan: