Fiesta Makanan,

Masih Sempat Lagi Untuk Pergi Lulu World Food'22 Bermula 24 Feb Hingga 9 Mac Ini

Isnin, Februari 28, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hujung minggu ni apa perancangan korang bersama keluarga. Kalau tiada cadangan untuk kemana-mana Maha nak cadangkan kepada korang datang ke Lulu Hypermarket atau mana-mana 4 cawangan Lulu yang ada iaitu di Lulu Capsquare Kuala Lumpur, Lulu 1Shamelin Mall, Lulu Setia Alam City Mall dan juga Lulu Amarin Mall Sri Kembangan. Ini kerana sekarang ini kat sana ada Lulu World Food'22 Festival



Festival ini telah bermula sejak dari 24 Feb yang lalu dan akan berakhir pada 9 Mac ini jadi masih sempat lagi kalau nak bawa satu keluarga sambil membeli dah nikmati juadah makanan yang disediakan di sana. Sempena dengan acara Makanan Sedunia ini juga Lulu menyediakan pelbagai hidangan masakan panas yang enak dari dalam dan luar negara untuk dinikmati dengan harga yang berpatutan. Maha cerita ini sebab Maha sendiri dah pergi Lulu Capsquare dan enjoy festival makan tu sangat meriah. 








Korang boleh beli macam-macam makanan yang menjadi hidangan wajib kat Lulu seperti Nasi Briyani, Ayam Tandori, Nasi Arab, Nasi Kerabu, Roti Naan, Ayam Mashavi dan macam-macam lagi. Semua ni disediakan panas-panas dan juga dimasak oleh chef profesional mereka.



Juga sempena dengan makanan sedunia tu Lulu juga mengadakan pelbagai acara lagi bagi memeriahkan fetival tu seperti demonstrasi memasak, pertandingan makan, acara membuat makanan terpanjang, dan juga pelbagai lagi acara hebat dan pastinya meriah. 







Itu baru part untuk acara yang akan diadakan sepajang festival tu berlangsung. Lulu juga menyediakan promosi jualan potongan harga untuk barangan dapur yang boleh dibeli di bahagian pasaraya mereka. Korang boleh dapat pelbagai barang basah seperti ikan, daging, makanan laut, ayam segar, dan juga sayur-sayuran serta buah-buahan dengan potongan istimewa. Yang pastinya korang nampak sahaja ada tanda potongan harga macam ni akan ada jualan murah untuk korang beli.



Kalau pergi bahagian sejuk beku juga ada potongan harga makanan seperti daging burger, roti canai beku, minuman sejuk dan juga banyak lagi. Jadi korang datang sambil membeli belah boleh juga sambil untuk sertai festival makanan dunia tu. Confirm-confirm sebelum balik perut dah kenyang tak perlu lagi nak masak kat rumah hehehe.





Sebab itu Maha suka datang beli-belah kat Lulu ni kerana dalam satu bumbung ada segalanya dan juga ada potongan harga lagi tu. Juga mereka bagi lagi baucer dengan setiap pembelian RM50 ringgit keatas dalam satu resit di bahagian pasaraya korang boleh dapat baucer beli belah untuk pembelian seterusnya bernilai RM25 lagi tu. 





Kupon RM25 ini boleh digunakan untuk perbelanjaan min RM100 dalam 1 resit dari mana-mana bahagian lain kecuali barangan elektrik, IT dan Telefon Mudah Alih. Jadi kalau pergi bahadian macam kasut, baju, pakaian, sari, perkakasan dapur, alat tulis dan juga sebagainya boleh guna bauce kupon RM25 tu dah jimat kat situ nampak tak.








So tunggu apa lagi masih sempat nak bawa keluarga dan juga sedara-mara atau kawan-kawan pergi ker mana-mana cawangan Lulu untuk festival makanan sedunia ini. Orang kata hemah membeli jimat berbelanja pasti cari yang bagus dan berkualiti sahaja di mana lagi kalau bukan Lulu Hypermarket Malaysia









0 Pandangan: