Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label F&N. Papar semua catatan
F&N Melancarkan Kempen 'Biar Ori, Baru Sempoi' Teh Tarik Kegemaran Rakyat Malaysia
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Semua orang rakyat Malaysia atau pelancong luar mesti suka minuman Teh Tarik. Minuman teh berbuih halus ini menjadi kegemaran sejak sekian lamanya. Namun, disebabkan gaya hidup yang semakin sibuk, agak sukar untuk generasi muda Malaysia duduk dan menikmati secawan teh tarik.
Mahaguru Teh Tarik "Hang Tarik" Berkongsi Seni Membuat Teh Tarik Piawai Emas
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Minggu lepas bagaikan dilanda dengan Teh Tarik dipekarangan Mydin USJ. Ini apabila Hang Tarik datang memeriahkan suasana pelancaran Teh Tarik Mega 2017. Apa Maha merepek ni kan tapi inilah yang berlaku disana pada hari tu.
Maha sempat hadir pada majlis tersebut di mana F&N mengekalkan warisan Teh Tarik yang asli sambil menambah baik citarasa sebenar. Pada hari tu juga majlis memperkenalkan Hang Tarik yang dibawak oleh pelakon Radhi Khalid.
Pada majlis tersebut semua pengunjung Mydin berpeluang belajar cara membuat Teh Tarik Ori yang sempurna menerusi siri permainan berhalangan simulasi yang perlu ditamatkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Maha juga dapat cuba cara membuat Teh Tarik terbaik mereka dan menikmati rasa sebenar teh tarik.
Di majlis pelancaran tersebut, F&N memperkenalkan video F&N Raya Dengan Hang Tarik baru yang memaparkan bagaimana Hang Tarik F&N menyelamatkan sebuah keluarga yang sedang kecoh membuat persiapan menyambut tetamu pada Hari Raya dengan berkongsi rahsia menyediakan Teh Tarik yang lazat.

Satu lagi sorotan utama majlis ialah apabila Hang Tarik F&N, bersama Pakar Teh Tarik F&N, berganding bahu untuk mengagumkan penonton. Dengan aksi Teh Tarik yang menerapkan keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia, pakar-pakar ini menunjukkan bagaimana Teh Tarik dinikmati konteks keaslian dan kekayaan warisan budaya negara kita.
Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N sentiasa menjadi produk kegemaran dalam gaya hidup rakyat Malaysia dan menjadi campuran tenusu pilihan untuk menghasilkan Teh Tarik yang sempurna. Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N, sila layari www.fn.com.my.

Satu hari tu memang satu pengalaman yang terbaik buat Maha untuk belajar dan mengetahui tentang bagaimana Teh Tarik sebenar dihasilkan. Jadi korang yang nak buat sendiri teh tarik boleh ikut tip yang diberikan dan jangan salah guna produk tau nanti tak jadi. Sebab tu banyak kedai makan boleh kekalkan rasa teh tarik kerana menggunakan produk yang betul. Selamat mencuba semua buka puasa nanti ok.
Kesegaran Semulajadi Dengan OISHI Green Tea Berperisa Laici Kini Di Malaysia
Kesegaran Semulajadi Dengan OISHI Green Tea Berperisa Laici Kini Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dalam cuaca kat Malaysia yang tak menentu ni dan asyik panas yang berpanjangan ni dapat air yang segar dan sejuk memang best. Air minuman yang semulajadi dari sumber asli segar dari ladang bersama dengan kemanisan yang sebati urhmmmm.
Baru2 ini F&N pengedar minuman di Malaysia telah melancarkan produk minuman baru dari jenama OISHI Green Tea. Minuman teh hijau bersama dengan perisa Laici ini telah pun berada di Malaysia. Istimewa pada korang yang suka air minuman teh hijau dan juga air laici kini dalam satu botol sahaja.
Kenapa mereka menggabungkan teh hijau dan laici ni? Sebenarnya minuman laici adalah minuman utama pilihan rakyat Malaysia. Jadi mereka pengeluar minuman teh hijau yang unggul kini menggabungkan dua rasa yang serasi ini dan jadi lah OISHI Green Tea Lychee yang ada dipasaran sekarang.
OISHI Green Tea di pilih daripada 3 pucuk teh yang muda dan segar di ladang organik mereka. Diproses dengan selamat dan penuh prosedure menghasilkan teh yang terbaik.
Tu serba sedikit lah tentang bagaimana minuman OISHI ini dihasilkan dan dijaga kualitinya. Selain daripada OISHI Green Tea terdapat juga lagi beberapa perisa lain untuk produk keluaran OISHI ini. Antara perisa lain iaitu Original, Genmai, Honey Lemon dan Lemon Tea Black. Semua ni kalau di minum sejuk memang menyegarkan dan sedap. Oishi Green Tea Lychee dihasilkan di Malaysia dan diedarkan oleh F&N Beverages. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz termasuk 250ml pek Tetra harga RM1.35, tin 300ml harga RM2.00 dan botol 380ml harga RM2.20.
Sekarang ni produk OISHI telah berada di pasaran Malaysia di banyak lokasi seperti pasaraya besar, stesen minyak atau kedai serbaneka. Maha dah rasa perisa laici memang sedap tapi agak manis sikit kot. Nak minum boleh tapi jangan ambil selalukan. Hari perasmian tu juga Maha di jemput untuk mencuba hidangan baru di restoran yang menjadi lokasi pelancara minuma ini. Makanan berasaskan Laici juga wow. Nak tahu kena tunggu ok next posting ok. Selamat mencuba.
JWEL Aiskrim Baru Keluaran F&N Dengan 5 Perisa
JWEL Aiskrim Baru Keluaran F&N Dengan 5 Perisa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bila last anda menikmati aiskrim yg penuh dengan rasa kelazatan coklat yg di sadur pada perisa yg pelbagai. Tu lah yg cuba di tampilkan oleh F&N Creameries dengan penghasilan aiskrim yg mempunyai pelbagai perisa.

JWEL adalah nama produk aiskrim baru itu yg Mahamahu maksudkan. Baru2 ini telah di adakan Roadshow Ice Cream JWEL di The Curve Damansara Mutiara. Pada masa itulah di perkenalkan aiskrim baru ini kepada semua peminat aiskrim seperti Mahamahu. Kalau korang tgk pada bungkusan aiskrim ini ada mahkota yg berbeza mengikut perisa. Pada roadshow tersebut juga mempunyai kerusi coklat yg mewah seperti raja jadi ia memang coklat di raja hehehe.



5 perisa aiskrim JWEL
The Duke of Vanilla
Perisa vanilla yg kuat di dalam di saluti dengan coklat yg tebal dan enak. Kalau korang makan yg ni memang rasa vanila sesuai dengan coklatnya. Pak berwarna biru muda dan juga bakground hitam menyerlah keunikan pada aikrim ini. Ia menunjukkan kemewahan dalam perisa dan rasa pada aiskrim ini.

The Countess of Tiramisu
Bila Tiramisu di jadikan aiskrim ini ada satu lagi percubaan yg sungguh menjadi dalam gabungan coklat bersama rasa coffee ini. Bagi peminat minuman kopi ia adalah sesuai untuk anda dengan rasa yg jelas dan juga kemanisan yg terasa. Patut di cuba lihat warna purple dan juga hitam mengiurkan untuk anda.

The Duchess of Double Chocolate
Yg ini adalah paling Mahamahu suka dan menjadi pilihan kerana mempunyai coklat di luar dan juga coklat yg cair di dalam. Bila anda makan akan rasa kedua2 kelainan ini. Pada design mahkota ia adalah cukup exotic dan menarik membuatkan ia kelihatan mewah seperti rasanya.

The Earl of Caramel
Aiskrim dengan perasa caramel mesti lainkan. Sebab sebelum ini anda dapat rasa caramel dalam popcorn dan juga kek. Apa pun ia adalah gabungan mantap dan membuat peminat caramel penuh manis dan krim yg enak di dalamnya. Di saluti coklat pekat dan bila gigit ia mengigit anda semula memang menarik.

The Baron of The Black Forest
Ini pula adalah rasa dengan semangat yang mendalam untuk coklat yang paling gelap dalam alam, Rasa baron akan menggoda anda dengan penuh krim dan rasa coklat enak. Pada yg suka coklat gelap yg kuat ini adalah pilihan anda. Tgk pada mahkota ia adalah paling rasa sekali.

Bagi meraikan pengenalan kepada aiskrim JWEL ini pihak pengeluar telah menganjurkan peraduan untuk memilih perisa pilihat utama rakyat Malaysia. Anda boleh tentukan mana satu perisa paling menarik dan mewanan hati dengan tawaran hadiah iPad Air dan juga wang tunai RM200. Mudah dan paling senang nak menang hanya perlu layari laman peraduan mereka di laman web Jwel sekarang juga.



Apa pun koleksi aiskrim empayer ini telah menawan selera tempatan dan bakal memberi variasi dalam minat anda terhadap aiskrim. Mungkin anda akan berubah kepada aiskrim yg lebih berkrim dan enak sekali. Koleksi semua perisa JWEL ini kini telah pun berada di pasaran Malaysia sejak sebulan yang lalu. Anda boleh dpatkan pada harga RM3.50 sebatang di mana pasaraya dan juga kedai2 berhampiran anda.
Bas Parti Pertama F&N Fun Flavours Sebar Keceriaan Tahun Baru
Bas Parti Pertama F&N Fun Flavours Sebar Keceriaan Tahun Baru - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Anda pernah jumpa bas F&N Fun Blast seperti ini. Kalau korang nak jadi org bertuah yg dapat berhibur dalam bas F&N Fun Blast ini korang boleh sertai contest di laman Facebook mereka.

Buat pertama kalinya F&N mendekati pengguna dan peminat produk minuman mereka dengan cara behibur di dalam bas. Mahamahu dapat merasai keseronokan ini dalam bas yg special ini. Dalam bas ini bukan sahaja korang dapat berhibur tapi dalam ini mereka menyediakan resepi minuman unik dan berperisa terbaik mereka.

Mixologist Bas Parti F&N Fun Blast akan menghasilkan perlbagai minuman yg melangkau imaginasi termasuk Yellow Submarine, Spicy Cool, Awesome Surprise dan Asian Twist yg di sediakan dengan F&N Ais Krim Soda sebagai asasnya. Minuman ini di campurkan dengan pelbagai ramuan istimewa seperti pudina, nanas, jambu batu, laici, anggur dan timun sebagai minuman.


Mahamahu dapat minum semua minuman special ini dalam bas yg menyeronokan ini kerana dalam bas ini anda boleh berselfie dalam ruang selfie yg di sediakan. Anda juga akan dapat berhibur dengan karaoke yg ada dalam bas ini untuk anda nyanyi bersama rakan2 anda. Wow memang mcm2 aktivit ada dalam bas ini so tahun baru lebih meriah dan lebih seronok.


Mcm mana nak sertai Bas Parti F&N Fun Blast, seperti yg Mahamahu cite korang boleh sertai di laman facebook mereka di sini http://bit.ly/FNNfunblast2. Korang klik butang play dan anda boleh memulakan mainan ini. Pertandingan ini memerlukan korang untuk memadankan ramuan yg betul bagi menghasilkan minuman bercampur F&N Ais Krim Soda. Korang kena kumpul markah paling tinggi untuk melayakan anda menjadi 6 org bertuah untuk sertai Parti F&N Fun Blast dalam bas dan 14 pasang tiket wayang.

Jadi mulai sekarang korang boleh sertai perduan ini dan akan dapat berhibur dalam bas untuk tahun baru ini. Seronok betul berada dalam bas ini walaupun nampak mcm kecil tapi ia telah di lengkapi dengan sound system dan lampu-lampu yg berwarna-warni. Setai sekarang kerana ia masih di buka jgn lepas peluang ok. Selamat berhibur....
Sahut Cabaran Raja Tarik 2014 Bersama Krimer Manis F&N
Sahut Cabaran Raja Tarik 2014 - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat musim ke 9 pencarian Raja Tarik 2014 daripada pengeluar Susu Pekat No 1 Malaysia sapa lagi kalau bukan F&N. Setiap musim F&N mencari bakat2 baru dan bakat2 yg terbaik dalam kemahiran menarik teh tarik dengan gaya tersendiri. Itu yg Mahamahu nak cuba kali ni mampukah Mahamahu menjadi seperti seorang Raja Tarik 2014.

Nak sediakan satu teh tarik yg paling sedap mesti menggunakan F&N Teh Tarik iaitu susu pekat manis terbaik daripada F&N. Tapi untuk kali ini pula F&N memperkenalkan satu lagi teh tarik baru yg di beri nama Teh Tarik Kahwin iaitu gabungan dua jenis susu iaitu F&N Teh Tarik dan juga F&N Krimer Sejat. Menjadikan ia gabungan lengkap kurang manis tapi masih mengekalkan rasa asli teh tarik buatan Malaysia.

Dengan cabaran ini maka Mahamahu pun juga memberanikan diri untuk menyahut cabaran Raja Tarik 2014. Kalau nak tgk Mahamahu hebat atau tidak dalam gaya tarikan teh tarik anda mampu menilainya. Saksikan video bagaimana Mahamahu berjaya menarik teh tarik dengan gaya tersendiri dan penuh skill wakakakakak...
Ini cuma percubaan pertama sahaja daripada Mahamahu tapi kalau anda rasa anda lebih hebat daripada apa yg Mahamahu mampu lakukan seperti dalam video di atas. Anda boleh sertai Cabaran Raja Tarik 2014 dimana mereka sedang mencari bakat2 ini seluruh Malaysia. Beberapa lokasi yg telah di pilih untuk anda dtg beramai-ramai menguji kehebatan anda dalam Raja Tarik 2014.

Lokasi ujibakat yg seterusnya
1) Selangor Mydin USJ, 26 April 2014
2) Pulau Pinang Giant Hyper Bayan Baru, 4 Mei 3014
3) Johor Baharu Giant Tampoi, 10 Mei 2014
4) Kuantan Berjaya Megamall, 17 Mei 2014
5) Kota Kinabalu 1Borneo Megamall, 23 Mei 2014
6) Kuching Plaza Merdeka, 25 Mei 2014
Setiap peserta yg terpilih daripada setiap lokasi akan bertarung untuk peringkat akhir yang akan di adakan pada 12 Jun 2014 bertempat di e@Curve Petaling Jaya. Di sinilah segala bakat akan di kumpulkan dan mempamerkan kehebatan mereka untuk di nilai dan dipilih menjadi juara Raja Tarik bagi tahun 2014.
Anda juga boleh saksikan kehebatan dan aksi-aksi menaraik rancangan Cabaran Raja Tarik 2014 ini dalam siaran TV yang akan di tayangkan di TV3. Siaran akan bermula pada 21 Mei 2014 setiap hari Rabu & Khamis sehinggalah 12 Jun 2014 pada pukul 7.55mlm. Manakala untuk aksi akhir para peserta anda boleh saksikan pada 27 Jun 2014 iaitu hari Jumaat pada jam 6.30ptg di TV3 juga.
Sebelum ini mereka telah langsungkan pelancaran dan ujibakat bagi lokasi pertama yg di adakan di Mydin USJ pada 26 April 2014. Penuh meriah dan juga di raikan bersama dengan celebriti penyampai radio popular sapa lagi kalau bukan Farah Fauzana. Penuh gamat dan penuh aksi peserta menunjukan kebehatan mereka. Jadi tiba pula giliran anda untuk beraksi dan pastikan anda dtg ke lokasi-lokasi yg berhampiran anda. Selamat menarik daripada Mahamahu....
Langgan:
Catatan (Atom)
Ramainya
Siapa Dia
Catatan Popular
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekali. Walaupun dalam ekonomi yang...
-
Memberi orang ramai alasan untuk berehat, Luckin Coffee mengajak semua rakyat Malaysia untuk memperlahankan, berhenti seketika, dan meluangk...
-
Entry kali khas aku buat semua blogger sempena dengan tahun baru yg akan tiba tak lama lagi. Maka aku nak buat satu servay yg bertujuan ...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Orang sibuk time nak bercuti ada...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau cuti panjang hujung...
-
Sempena dengan perubahan domain baru ini maka Mah@mahu hendak menganjurkan satu bukan contest atau GA tapi bloglist. Sebab Mah@mahu telah m...
-
Herbalife, syarikat kesihatan dan kesejahteraan terulung, komuniti dan platform, telah mendedahkan penemuan terbaharu daripada Asia Pacific ...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekaian. Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi ...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang kaki contestkan ni Maha bawakan kepada...
.jpg)

