Resepi Durian Shake Musang King Cara Lain Untuk Nikmati Raja Buah Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang kat merata2 orang jual buah Durian daripada Durian Kampung kepada Durian Musang King. Kalau kat KL ni RM20 dah boleh makan Durian sampai puas. Tapi mampu ker kita nak makan buah Durian banyak2 setakat 2 3 biji ok lah.
Cuba apa kata kali ni kita buat lain sikit daripada buah Durian selain daripada makan mentah macam tu. Kita buat minuman yang pasti segar dan menyegarkan lagi. Kali ni Maha nak buat Durian Shake atau ada orang panggil Durian Smoothie. Kerana sifat isi Durian yang kenyal dan berserat boleh sangat nak buat macam buah Mangga.
Bahan-Bahan Resepi
Bahan-bahan untuk buat Durian Shake Musang King ni pun tak banyak hanya 4 bahan jer.
3 - 4 ulas Isi Durian Musang King
1 mangkuk Air Batu
1 cawan Susu Segar
2 sudu Gula Perang Aiskrim Vanilla
Tonton Video Penyediaan Yang Mudah
Cara nak buat lagi lah mudah tak sampai 10minit pun. Maha dah buat dan sediakan video ni korang tonton sampai habis step by step untuk buat Durian Shake Musang King.
Sedap tak rasa segar kan bila tengok Durian Shake ini. Kalau kita jual kat tepi2 jalan rasa boleh gantikan Coconut Shake dan Mangga Shake tak hehehe. Selain tu juga Maha ada beberapa resepi menggunakan Durian yang korang boleh cuba kat sini sepertiresepi Serawa Durian / Bubur Durian dan juga resepi Durian Crepe.
Masakan Berasaskan Durian Yang Viral Sekarang Ini Tak Cuba Memang Rugi - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang kebetulan memang musim Durian dan memang tengah orang cari tempat2 buffet Durian yang banyak pilihan. Maha juga salah seorang hantu Durian kalau korang nak tahu lah tapi Maha ada cara lain untuk nikmati Durian yang banyak di rumah korang. Apa kata kita cuba resepi masakan yang berasaskan durian ini mesti lagi meriah hidup anda.
1) Serawa Durian Dengan Pulut Hipster
Resepi yang sepecial ini Maha buat sendiri di rumah dengan menggunakan buah Durian. Korang boleh tonton video penuh cara penyediaan dan bahan2 yang diperlukan untuk membuatSerawa Duriandan Pulut Hipster ini. Hanya mengambil masa 15minit untuk masak dan bahan utama adalah Durian. Marilah cuba mana tahu boleh tambah minat terhadap Durian.
2) Ikan Patin Masak Tempoyak
Ini satu lagi resepi yang memang menjadi tranding sekarang ini kerana musim Durian. Kalau korang jalan dari KL mengikut higway Karak sampai ke Temerloh memang sepanjang jalan tu ada jer orang jual buah Durian. Jadi ini musim paling sesuai untuk korang nikmati hidangan ini dengan datang sendiri ke derah Temerloh dan salah satunya di R&R Temerloh ada restoran Ikan Patin Tempoyakbest.
3) Durian Crepe
Makanan ini pernah popular beberapa tahun yang lalu tak silap Maha tahun 2012 di mana memang viral seluruh Malaysia orang mencari kuih ini. Siap ada yang buat business kerana permintaan yang banyak untuk kuih ini. Maha pun suka sebab kulit lembut dan nipis serta isi Durian yang penuh dalamnya. Sekarang pun masih ada orang jual Durian Crepe ini secara online.
4) Cupcake Durian
Ini satu lagi resepi istimewa yang diperkenalkan disebuah restoran di tengah2 KL. Kalau nak dapat tak semua tempat yang ada jual cuma kat Durian Lagenda Bukit Bintang sahaja. Maha pernah cuba tapi tak pernah lagi masak resepi ini. Sapa yang pernah buat kat rumah boleh share pengalaman korang mana tahu lagi sedap hehehe.
5) Durian Shake Musang King
Ini adalah minuman yang boleh korang cuba kalau time buah Durian banyak sangat kat rumah tak tahu nak buat apa. Minuman yang segar dan juga menyejukan tekak tatkala waktu tengahari yang panas terik ini. Cara mudah nak buat korang boleh follow resipi Durian Shake Musang King yang Maha dah buat ni. Nak ubah atau tambah lain boleh juga ikut selera masing-masing.