Resepi Durian Shake Musang King Cara Lain Untuk Nikmati Raja Buah Ini

Resepi Durian Shake Musang King Cara Lain Untuk Nikmati Raja Buah Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang kat merata2 orang jual buah Durian daripada Durian Kampung kepada Durian Musang King. Kalau kat KL ni RM20 dah boleh makan Durian sampai puas. Tapi mampu ker kita nak makan buah Durian banyak2 setakat 2 3 biji ok lah.


Cuba apa kata kali ni kita buat lain sikit daripada buah Durian selain daripada makan mentah macam tu. Kita buat minuman yang pasti segar dan menyegarkan lagi. Kali ni Maha nak buat Durian Shake atau ada orang panggil Durian Smoothie. Kerana sifat isi Durian yang kenyal dan berserat boleh sangat nak buat macam buah Mangga.


Bahan-Bahan Resepi


Bahan-bahan untuk buat Durian Shake Musang King ni pun tak banyak hanya 4 bahan jer.


3 - 4 ulas Isi Durian Musang King
1 mangkuk Air Batu
1 cawan Susu Segar
2 sudu Gula Perang
Aiskrim Vanilla

Tonton Video Penyediaan Yang Mudah


Cara nak buat lagi lah mudah tak sampai 10minit pun. Maha dah buat dan sediakan video ni korang tonton sampai habis step by step untuk buat Durian Shake Musang King



Sedap tak rasa segar kan bila tengok Durian Shake ini. Kalau kita jual kat tepi2 jalan rasa boleh gantikan Coconut Shake dan Mangga Shake tak hehehe. Selain tu juga Maha ada beberapa resepi menggunakan Durian yang korang boleh cuba kat sini seperti resepi Serawa Durian / Bubur Durian dan juga resepi Durian Crepe.






4 comments.. read them below or add one

Nieyl Nieyl 16 August, 2016
wahhh...sedapnyaaaaaa
Maha Mahu Maha Mahu 16 August, 2016
Sedap sebab lemak berkrim dengan rasa Durian lagi...
calrase patrick calrase patrick 18 August, 2016
Wowowwwww confirm sedap tu :)
Maha Mahu Maha Mahu 21 August, 2016
Semestinya kalau nak sedap kena cuba hehehe..