Local Food,

Ikan Patin Masak Tempoyak Boleh Buat Gila

Ahad, Mac 16, 2014 Mahamahu 0 Comments

Ikan Patin Masak Tempoyak Boleh Buat Gila - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai org terkejut bila baca tajuk post makan Mahamahu kali ini. Betullah memang Ikan Patin Masak Tempoyak boleh buat org jadi gila, tapi bukan lah gila pemikiran tetapi gila bila tak dpt makan ikan patin di daerah Temerloh. Perkara ni terjadi pada kawn Mahamahu sendiri semasa outstation di Pahang pada minggu ini atas urusan kerja, memang tidak melepaskan peluang untuk makan Ikan Patin Masak Tempoyak di Temerloh.


Mahamahu tanya pada dia kat KL pun ada juga org masak Ikan Patin Tempoyak, tapi dia kata tak sama makan dekat Temerloh. Kata dia kat sini memang dpt rasa fell sgt makan ikan patin dan harga serta rasa lebih asli katanya. Memang pelikkan kalau org dah memang minat nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak sanggup buat apa sahaja. Katanya kalau blik KL tak makan Ikan Patin Masak Tempoyak kat Temerloh ni memang tak leh tido malam.


Mahamahu hari Khamis lepas pergi ker Kuatan atas urusan kerja, bila dah lalu higway Lebuhraya Pantai Timur akan lalu R&R Temerloh. So bila nak blk petang tu memang dia kata nak singgah untuk makan ikan patin. Mahamahu kata baik masuk dekat bandar Temerloh kat sana lagi byk pilihan dan harga yg murah. Tapi katanya tak sempat nak masuk dah nak mlm so singgah kat R&R pun jadi lah janji Temerloh and dpt makan ikan patin.


Tapi bila tgk dia makan memang begitu selera sekali dia makan. Kalau berhenti di R&R Temerloh ni tak sah kalau tak singgah makan ikan patin. Kawasan Temerloh cukup popular dengan Ikan Patin Masak Tempoyak sehinggakan bandar itupun di beri jolokan Bandar Ikan Patin. Sepanjang sungai Pahang di daerah Temerloh ini memang byk org jual ikan patin. Kalau pandai buat tawaran harga memang akan dpt harga yg murah. 



Mahamahu sendiri selalu gak makan ikan patin yg mak masak. Memang sedap dan menyelerakan tambah2 kalau makan bahagian kepala. Perrhhh lemak kat bahagian siripnya memang sedap dan menyelerakan. Kalau kat R&R Temerloh ni harga ikan patin sangkar hanya RM7.00 untuk satu bahagian dan bagi Ikan Patin Buah mahal sikit RM12.00 untuk satu bahagian. 


So lepas ni sapa2 yg lalu LPT untuk ker pantai timur mesti singgah kat R&R Temerloh untuk dptkan Ikan Patin Masak Tempoyak. Tgk kawasan R&R ni memang byk kedai makan and hampir kesemuanya menjual Ikan Patin Masak Tempoyak. Kat R&R ni pun ada jual Nasi Lemak yg sedap dan murah. So Berehatlah kepada anda yg berjalan jauh untuk ke pantai timur dan nikmati Ikan Patin Masak Tempoyak. Jom selamat menjamu selera.....