Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Lama kot tak update pasal makan-makan ni hehehe rindu rasa nak share ngan korang semua tempat makan yang best di negara kita. Tak apa Maha akan cuba juga untuk bagi yang terbaik kepada korang yang selalu sokong dan follow blog Mahamahu Makan ni hehehe.
Kali ni Maha dapat jemputan dari kawan untuk teman beliau makan di sebuah restoran makanan barat. Siapa sini yang memang suka makan pizza angkat tangan? Kali ini Maha mencuba menu pizza terbaik dari Amerika yang dibawa ke Malaysia. Mana lagi kalau bukan US PIZZA lah. Kat Malaysia ni dah ada banyak cawangan di Kedah, Penang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
Walaupun ia adalah pizza dari Amerika tapi mereka menerapkan citarasa dan juga perisa kegemaran Malaysia. Macam baru ni mereka memperkenalkan Musang King Pizza dan juga Salted Egg Pizza. Korang rasa orang Amerika makan pizza ni semua wakakaka. Orang Malaysia jer yang suka durian dan telur masin ni.
 |
| Cheese Boat Pizza |
 |
| Musang King Pizza |
Walaupun mengguna rasa tempatan tapi tetap masih mengekalkan cara penyediaan pizza yang asal dari sana. Juga boleh rasa cheese yang banyak bila tarik tu melimpah puas hati. Bagi Maha rasa Durian Musang King tu memang mereka menggunakan buah durian sebenar. Bila sampai pizza dalam waktu panas tu memang boleh bau kuat durian tu.
Manakala pizza yang telur masin tu di buat dalam bentuk perahu nama pun Cheese Boat Pizza. Masa sampai pizza masih panas dan juga cheese masih cair dan banyak. Kemudian pekerja akan bantu untuk campurkan telur dan cheese tu agar kita boleh makan dengan puasnya. Siapa suka yang banyak cheese ini adalah pilihannya. Mereka menggunakan menggunakan 100% keju rendah lemak rendah keju Mozzarella terbaik. Sebab tu bila tarik panjang jer cheesenya.
 |
| Mushroom Soup |
 |
| Garlic Twist Bread |
 |
| Vanilla Milkshake dan Chocolate Milkshake |
Menu sampingan lain yang korang boleh order bila datang makan pizza kat sini macam Mushroom Soup, Garlic Twist Bread dan juga minuman Milkshake. Juadah depan Maha ni sesuai untuk makan 2 orang jadi datanglah bersama yang istimewa hehehehe. Kalau korang tak ada masa nak pergi restoran dine-ini boleh jer order online mereka akan hantar terus ke rumah mudah dan cepat.
Promosi lanjut dan juga info lain layari :
Laman web : https://uspizza.my
Facebook : https://www.facebook.com/USPizzaMalaysia
Hotline : 1300-22-3838
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah Maha lama mengidam nak makan durian paling mahal kat Malaysia ni malah tak terlebih kalau Maha cakap Durian Musang King adalah yang paling mahal di dunia. Gilerr tak statment tu memang pun kerana negara luar seperti China sanggup import Durian terbaik daripada Malaysia.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bawa terbang buah Durian Musang King ni sampai ke China boleh cecah harga RM1000 sekilo. Memang tahap dewa sambutan harga raja buah ni yang menjadi kegilaan ramai. Kita kat Malaysia sendiri pun kadang-kadang nak beli sebiji durian tu timbang sampai 2 3 ratus.
Terkanan juga tapi sebab dan minat dan cinta pada buah durian ni beli juga kumpul duit berbulan-bulan nak beli. Bila cukup dah habis musim durian tinggal yang mengkal jer hehehe. Disebabkan tu lah baru-baru ini Maybank meraikan pelanggan istimewa mereka yang memang gila akan buah berisi emas ini.
Pada tanggal 20 Nov lepas bertempat di Durian King TTDI yang menjadi tempat kegemaran ramai pihak Maybank memberikan buah durian dengan harga runtuh melalui program M2U h-APP-y Hour. Percaya atau tidak Durian Musang King harga sekilo RM35 sahaja manakala Durian Black Thorn pula RM55 sekilo bermula dari pukul 7.00 malam hingga 10.00 malam sahaja. Mana tak jadi gila orang Malaysia berpusu-pusu orang datang ker sana.
Mula Maha sampai jam 6.30 petang tu dah tengok orang berbaris untuk dapatkan stock durian murah ini. Tapi syaratnya mereka perlu memuat turun applikasi M2U di telefon mereka dan menjadi pengguna Maybank. Ini kerana semasa proses pembelian tu Cashless transfer dari akaun ker akaun best tak.
Maha rasa mereka nak menggalakan orang ramai tidak menggunakan cash ketika membeli dah semua melalui online. Sebab kita nak maju kena ke arah sebegitu seperti negara China yang dah menggunakan teknologi macam tu.
Syarat kedua pula pembeli hanya boleh beli untuk
3 kilo durian sahaja limit sebab nak bagi peluang kepada pelanggan lain yang berbaris panjang. Dengar cite masa tu sampai pukul 10.00 malam masih ada orang berbaris nak beli durian.
Tapi Maha Alhamdulillah ada orang belanja makan kat situ sampai rasa nak pecah perut. Maha sangat suka Durian Musang King kerana isi lebih lembut dan rasa manis bercampur pahit. Biji pula kecil jer tak besar macam durian biasa. Kalau Durian Black Thorn ni pula isi lebih padat dan kenyal serta biji besar tapi warna sangat menggiurkan.
Hari tu Maha belajar juga oleh tokei kedai Durian King TTDI, Mr Heng membezakan buah durian ini daripada luaran. Pertama korang tengok rupa buah ini kalau Musang King lebih lonjong buahnya dan juga kat hujung bucu ada rupa bintang yang jelas.
Manakala Durian Black Thorn ini pula buah lebih bulat dan juga hujung muncung tu ada tangkai kecil warna hitam kalau mereka tak tanggalkanlah. So lepas ni korang boleh elak ditipu sebab ramai kat luar sana peniaga ambil kesempatan letak harga mahal tapi sebenarnya duarian kampung sahaja.
Maha pernah kena harga mahal kemudian siap tipu nak bagi habis semua buah mereka laku mereka buat helah yang nenek mereka nak beranak kat hospital. Nak pergi tengok dan bagi Maha beli semua buah mereka. Bila bawa balik langsung tiada satu pun yang elok dan ada tu boleh jadi tempoyak. Rasa kecewa dengan peniaga sebangsa kita juga.
Tapi tak apa lah rezeki mereka nak buat macam mana. Masa kat TTDI tu memang kami makan sampai terbelahak bau durian saja. Semua sedap-sedap dan lepas habis satu dihantar lagi satu oleh tokei Durian King tu. Selain tu juga ada makanan lain yang diberi kupon kepada pelangan yang datang nak cuba iaitu Cendol Durian, Aiskrim Durian, Roti Jala Durian dan Kuih Seri Muka Durian.
Nak ucapkan terima kasih kepada Maybank kerana meraikan pelanggan setia mereka dan menjadi perbankan no1. pilihan rakyat Malaysia dan terus maju jaya. Kalau korang nak lagi promosi hebat macam ni jadi lah pelanggan Maybank dengar kata mereka akan buat lagi tak tahu bila tungguuu. Selamat makan durian semua.
Masakan Berasaskan Durian Yang Viral Sekarang Ini Tak Cuba Memang Rugi - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang kebetulan memang musim Durian dan memang tengah orang cari tempat2 buffet Durian yang banyak pilihan. Maha juga salah seorang hantu Durian kalau korang nak tahu lah tapi Maha ada cara lain untuk nikmati Durian yang banyak di rumah korang. Apa kata kita cuba resepi masakan yang berasaskan durian ini mesti lagi meriah hidup anda.
1) Serawa Durian Dengan Pulut Hipster
Resepi yang sepecial ini Maha buat sendiri di rumah dengan menggunakan buah Durian. Korang boleh tonton video penuh cara penyediaan dan bahan2 yang diperlukan untuk membuat
Serawa Durian dan
Pulut Hipster ini. Hanya mengambil masa 15minit untuk masak dan bahan utama adalah Durian. Marilah cuba mana tahu boleh tambah minat terhadap Durian.
2) Ikan Patin Masak Tempoyak
Ini satu lagi resepi yang memang menjadi tranding sekarang ini kerana musim Durian. Kalau korang jalan dari KL mengikut higway Karak sampai ke Temerloh memang sepanjang jalan tu ada jer orang jual buah Durian. Jadi ini musim paling sesuai untuk korang nikmati hidangan ini dengan datang sendiri ke derah Temerloh dan salah satunya di
R&R Temerloh ada restoran Ikan Patin Tempoyak best.
3) Durian Crepe
Makanan ini pernah popular beberapa tahun yang lalu tak silap Maha tahun 2012 di mana memang viral seluruh Malaysia orang mencari kuih ini. Siap ada yang buat business kerana permintaan yang banyak untuk kuih ini. Maha pun suka sebab kulit lembut dan nipis serta isi Durian yang penuh dalamnya. Sekarang pun masih ada orang jual
Durian Crepe ini secara online.
4) Cupcake Durian
Ini satu lagi resepi istimewa yang diperkenalkan disebuah restoran di tengah2 KL. Kalau nak dapat tak semua tempat yang ada
jual cuma kat Durian Lagenda Bukit Bintang sahaja. Maha pernah cuba tapi tak pernah lagi masak resepi ini. Sapa yang pernah buat kat rumah boleh share pengalaman korang mana tahu lagi sedap hehehe.
5) Durian Shake Musang King
Ini adalah minuman yang boleh korang cuba kalau time buah Durian banyak sangat kat rumah tak tahu nak buat apa. Minuman yang segar dan juga menyejukan tekak tatkala waktu tengahari yang panas terik ini. Cara mudah nak buat korang boleh follow resipi
Durian Shake Musang King yang Maha dah buat ni. Nak ubah atau tambah lain boleh juga ikut selera masing-masing.