Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Derma. Papar semua catatan

Ganda Pahala Hari Jumaat Bantuan Untuk Sahabat Yang Menderita Barah Usus

Salam semua kepada pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam kita bergembira jangan lupa pada yang kurang bernasib baik. Baru-baru ni Maha dapat berita sedih dari group whatapps menyatakan seorang kawan Maha mengidap penyakit kronik. Terkejut jugalah kerana beliau sebelum ni seorang yang ceria dan baik orangnya.


Beliau ni adalah Junior semasa Maha belajar di Shah Alam tahun 2002. Jadi sempena dengan hari Jumaat yang mulia ini apa kata kita gandakan amal jariah dan sedekah kepada beliau. Sebagai rakyat Malaysia yang sangat dikenali dengan sikap pemurah dan perihati tak salah untuk kita bantu tak perlu banyak dengan RM10 pun sudah cukup kalau dah 100 orang dapat juga mengurangkan beban mereka sekeluarga.


Maklumat pesakit :-
Nama pesakit : Herel Azri Bin Syafiq
Penyakit : Barah Usus
Tempat Rawatan : Hospital UKM, Wad 5B
Tanggungan : 1 isteri 2 anak perempuan
Nama isteri : Nor Adalina Hamdan
Nama anak : Nur Alya Humairah & Nur Airis Hanina

Beliau kini masih telantar di hospital kalau yang ada nak datang melawat di alukan. Kalau yang nak membantu sangat-sangat digalakkan walaupun sedikit tapi begitu bermakna kepada mereka. Bantuan ini untuk meringankan beban isteri dan juga 2 anak yang masih kecil perlu menguruskan beliau dan juga bayaran rawatan. Sekiranya ingin membantu boleh berbuat demikian terus ke akaun beliau seperti di bawah.

MAYBANK
151044 115883
HEREL AZRIL BIN SHAFI


Moga dengan bantuan sedikit ini akan memudahkan urusan mereka dan In Sha Allah nanti satu hari Allah akan mudahkan urusan kita juga. Sama-sama kita doakan untuk beliau dan keluarga ni agar terus tabah dan diberikan kesihatan seperti sediakala. Amin.







Duit Derma Tu Baik Hulurkan Pada Mereka Yang Betul2 Memerlukan

Duit Derma Tu Baik Hulurkan Pada Mereka Yang Betul2 Memerlukan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang ni kecoh tentang isu "Duit Derma" Maha pun mula tak faham knp ramai sangat update tentang dapat duit derma. Bukan sikit2 banyak pulak tu ada cecah sehingga 2.6 billion dalam akaun peribadi. Sapalah yang pemurah dan kaya raya sangat tu bagi duit derma begitu banyak. Knp korang tak bagi pada orang2 yang memerlukan.


Ramai lagi persatuan dan rumah kebajikan yang masih memerlukan bantuan dan derma. Dari bagi pada orang yang dah memang sedia kala kaya baik bagi pada rumah kebajikan ini. Kalau semua duit derma di salur pada arah yang betul mesti tak ada rumah kebajikan yang susah dan payah nak dapat dana untuk menguruskan rumah tersebut. Maha juga adalah buat sedikit kerja amal tak banyak tapi cuba membantu golongan yang memerlukan ini. Beberapa persatuan, individu dan juga rumah kebajikan yang boleh korang salurkan derma dan bantu.


Lokasi : Lot 5930, Jalan Jati, Kg Melayu Subang, 40150 Shah Alam Selangor
Jumlah Penghuni : 45 orang 
Peringkat usia : 1 tahun - 12 tahun

Pusat jagaan ini sangat2 memerlukan bantuan kewangan untuk menjalankan aktiviti harian mereka bagi kanak-kanak yatim piatu dan juga asnaf. Kebanyakan penhuni di sini adalah kanak-kanak yang bersekolah memerlukan keperluan harian dan juga persekolahan mereka.



Lokasi : Kompleks MAB Jalan Tebing, Off Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Kuala Lumpur
Jumlah Peserta : Tiada Rekod
Aktiviti : Menyediakan Pendidikan, kursus pemulihan, latihan vokasional dan perkhidmatan penempatan

Persatuan ini telah di tubuhkan pada tahun 1951 lagi dan memberi latihan dan juga ilmu kepada golonga kelainan upaya ini. Mereka di latih untuk menguruskan diri dan juga bergaul dalam masyarata dan tidak di sisihkan. 



Lokasi : Lot 327, Tingkat 2, Ampang Park Shopping Centre, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Jumlah Peserta : Tiada Rekod
Aktiviti : Menyediakan ruang untuk mereka melahirkan hasil karya seni lukis dan menjual kepada orang ramai

Satu lagi persatuan yang di tubuhkan sejak 57 tahun lalu adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan ini untuk mencari pendapatan sendiri melalui seni lukisan. Kabanyakan hasil lukisan di jadikan kad raya, kalender, paper beg, cenderamata dan banyak lagi.


Lokasi : No. 51, Jalan Seroja 1/1, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor,
Jumlah Penghuni : 50 orang
Peringkat usia : 1 tahun - 12 tahun

Rumah yang di bina khas ini menempatkan keseluruhan kanak-kanak lelaki yatim dan juga golongan asnaf. Mereka memerlukan bantuan untuk aktivit harian mahupun untuk kelengkapan sekolah mereka.

Tengok banyakkan korang boleh hulurkan derma kat persatuan dan rumah2 kebajikan ni. Buat apa bagi kat bapak kaya tu dah sah2 memang dia banyak duit. Korang boleh lah buka mata dan lihat sendiri apa yang terjadi. Jadilah orang yang memberi kerana orang memberi lebih baik dari orang yang menerima. Tapi tak semestinya orang yang menerima itu tidak baik tapi mereka kurang bernasib baik sahaja. Apa pun jom tambah pahala hulurkan bantuan.







Mahsuri Raikan Anak Yatim Di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Shah Alam

Mahsuri Raikan Anak Yatim Di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Shah Alam - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebab itu Ramadhan dipanggil bulan keberkatan dan bulan kemuliaan kerana dalam bulan ini setiap pahala akan di gandakan. Walaupun sebesar zarah sekali pun kebaikan yang di lakukan pasti ada ganjaran yang berganda. Begitulah banyak syarikat besar juga membuat perayaan golongan yang memerlukan.



Baru2 ini Maha dapat sama2 menyertai Mahsuri meraikan anak-anak yatim di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari. Terletak di Kg Melayu Subang, Shah Alam telah di bangunkan pada 2010 kini mempunyai lebih daripada 45 orang anak yatim, miskin dan golongan asnaf zakat. Program bersama produk Mahsuri adalah meraikan anak-anak ini dengan barisan pemenang peraduan Masak dan Menang Mahsuri yang telah di anjurkan sepanjang bulan puasa ini.



 

Bila datang ke rumah anak-anak yatim seperti ini kita dapat rasakan bahawa mereka begitu memerlukan perhatian kita. Bukan untuk dapat simpati tetapi untuk rasa kasih sayang kerana mereka sendiri pun jauh dari kasih sayang keluarga sendiri. Maha pun baru dapat rasakan semua ini bila dapat bersama dengan mereka walaupun bukan sehari hanya separuh hari sahaja. 


Program pada hari tersebut adalah kanak-kanak ini di raikan dengan permainan untuk memberi hadiah dan mengeratkan hubungan mereka bersama dengan tetamu. Kemudian persembahan daripada badut yang memang menjadi kesukaan kanak2. Dapat lihat kegembiraan mereka walaupun sekejap untuk merasai keseronokan bersama orang baru seperti Maha ini. Lepas tu pula semua standby untuk makan buka puasa yang di sediakan iaitu Nasi Ambeng yang memang sedap.




Malam tu kami makan buka puasa beramai2 dengan meriah seronok tengok kanak2 ini dapat makan dengan gembira dan juga makan sedap2. Lepas makan buka kami solat berjemaah sama2. Kanak- kanak di sini dididik dengan penuh kasih sayang dan juga ajaran agama. Ini untuk melahirkan lapisan remaja yang berakhlak mulia dan bermotivasi tinggi kearah membaiki diri untuk menjadi aset berharga dalam masyarakat apabila besar kelak.


Malam tu tak tipu ada rasa terharu dalam hati ini untuk tinggalkan mereka kerana mereka memerlukan masyarakat yang perihatin di sekelilingnya. Kepada sapa2 yang mahu menyumbang kerapa Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari ini boleh berbuat demikian dengan sumbangan kepada no akaun yang tertera ini. Sedikit sumbangan anda tak kira wang ringgit atau juga tenaga dan masa dapat membantu kanak-kanak ini untuk meneruskan wadah kehidupan mereka. Sama2 kita bina saham dunia akhirat. Selamat beramal semua.

Sumbangan boleh di lakukan melalui:
Akaun Maybank
Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari
562085596789

atau hubungi nombor :
Nira : 016 -2516515
Jaddah : 018 - 3996942
Along : 018 - 9767313

atau datang ke alamat :
Lot 5930, Jalan Jati, Kg Melayu Subang,
40150 Shah Alam Selangor

Emai : rumahamalkasihbestari@gmail.com







Cara-cara Untuk Mendapat Pengecualian Cukai

Cara Untuk Mendapat Pengecualian Cukai - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti sekarang ni ramai sibuk menyemak dan menyelia akaun Hasil, maklumlah sudah tiba masa untuk semua pembayar cukai menunaikan tanggungjawab. Tapi tahukah korang bahawa ada cara untuk korang mendapat pengecualian daripada cukai? Bagaimana caranya, korang boleh baca detail di bawah kerana ia dapat membantu korang untuk mendapat pengecualian cukai tersebut.











Kempen Hulurkan Bantuan Ringankan Beban Adik Raef Uqael

Kempen Hulurkan Bantuan Ringakan Beban Adik Raef Uqael - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu. Mungkin anda tidak kenal sapa adik Raef Uqael ni sama lah mcm Mahamahu tidak mengenali siapa kanak2 kecil ini. Walaupun kecil tapi beban yang di tanggung cukup besar dan org dewasa seperti kita juga tidak mampu menangungnya. Mahamahu tahu rakyat Malaysia memang cukup prihatin dengan dasar itu serendah diri memohon bantuan daripada semua.


Tidak perlu berjuta-juta atau ratus2 ribu, cukup dengan hanya RM10 sahaja seorang kalau dikumpulkan rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta Insha Allah, adik Raef Uqael dapat di selamatkan. Penyakit yang di hadapi "Biliary Atresia, End Stage of Leave Disease" memerlukan pembedahan segera dengan kos RM300 ribu ringgit.



Hulur Bantuan Ringankan Beban bukan simpati tapi keikhlasan hati untuk membantu adik ini. Sekiranya anda ingin menghulur bantuan boleh berbuat demikian di no akaun dan juga no tel yang tertera di sini. Segalanya Tuhan akan membalas kebaikan dan jasa anda yang tidak dapat di lihat di dunia ini tapi di akhirat sana nanti. Terima kasih.


Derma ke no akaun

Maybank
1623 8496 2744
Noraini Binti Jaafar (Ibu)









Kad Raya Khas Daripada Artis Pelukis Mulut & Kaki Malaysia

Salam sejahtera semua pembaca selamat menjalani ibadah puasa dan juga menambah pahala di bulan mulia ini. Bila sebut tambah pahala ni mesti ramai nak buat amal di bulan yg mana pahala dilipat kali gandakan. Daripada buat amal untuk anak yatim atau mereka yang memerlukan untuk di bantu. Begitu juga sebuah persatuan artis2 Pelukis Mulut & Kaki Malaysia mengumpul dana daripada hasil seni meraka.
 Mouth & Foot Painting Artists Sdn. Bhd. (122253-U)


Apa itu artis Pelukis Kaki & Mulut Malaysia? Ia adalah sebuah persatuan yg telah tertubuh sejak 57 tahun yang lalu mengumpulkan semua artis2 daripada golongan OKU. Mereka ini bukanlah artis lukisan yg normal kerana mereka hanya menggunakan mulut atau kaki untuk menghasilkan karya seni yang hebat2. Mereka ini terdiri daripada golongan yg kelainan upaya sejak dilahirkan dan menjalani latihan melukis menggunakan mulut atau kaki.



Kalau nak tgk kat sini adalah antara hasil karya yg telah disiapkan oleh mereka dalam bentuk kad raya. Mah@mahu terima kad ini bukan secara percuma tetapi ia adalah untuk mereka menjual hasil karya secara terus kepada pelanggan. Bukan sahaja kad raya tapi byk lagi hasil seni lukisan mereka di applikasikan seperti di buku harijadi, Jigsaw Puzzle, buku alamat, kertas pembalut hadiah, Poster, Notelets dan juga buku-buku ilmiah.



Tapi yg special Mah@mahu terima satu kalender untuk tahun 2014 daripada persatuan ini. Memang best and terbaik lah cantik semua gambar2 yg di hasilkan penuh ketelitian. Kalau kawn yg ada nak membeli atau mendapat tempahan hasil karya mereka boleh terus berhubung dengan pengurus persatuan ini atau hadir di galeri mereka di Ampang Park Shopping Centre. Harga memang berbaloi dan juga ia adalah satu2 karya eksklusif yg susah nak di dapati kalau mahu di buat sebagai cenderamata khas kepada teman2 atau tetamu yg dtg di majlis anda.



Tempahan atau sumbangan hubungi :

MOUTH & FOOT PAINTING ARTISTS SDN. BHD.
Lot 327, Tingkat 2, Ampang Park Shopping Centre,
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-21618860
Tel : 03-21618502
Fax : 03-21621504
Email : mfpa.malaysia@gmail.com