Derma,

Kad Raya Khas Daripada Artis Pelukis Mulut & Kaki Malaysia

Isnin, Julai 15, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca selamat menjalani ibadah puasa dan juga menambah pahala di bulan mulia ini. Bila sebut tambah pahala ni mesti ramai nak buat amal di bulan yg mana pahala dilipat kali gandakan. Daripada buat amal untuk anak yatim atau mereka yang memerlukan untuk di bantu. Begitu juga sebuah persatuan artis2 Pelukis Mulut & Kaki Malaysia mengumpul dana daripada hasil seni meraka.
 Mouth & Foot Painting Artists Sdn. Bhd. (122253-U)


Apa itu artis Pelukis Kaki & Mulut Malaysia? Ia adalah sebuah persatuan yg telah tertubuh sejak 57 tahun yang lalu mengumpulkan semua artis2 daripada golongan OKU. Mereka ini bukanlah artis lukisan yg normal kerana mereka hanya menggunakan mulut atau kaki untuk menghasilkan karya seni yang hebat2. Mereka ini terdiri daripada golongan yg kelainan upaya sejak dilahirkan dan menjalani latihan melukis menggunakan mulut atau kaki.



Kalau nak tgk kat sini adalah antara hasil karya yg telah disiapkan oleh mereka dalam bentuk kad raya. Mah@mahu terima kad ini bukan secara percuma tetapi ia adalah untuk mereka menjual hasil karya secara terus kepada pelanggan. Bukan sahaja kad raya tapi byk lagi hasil seni lukisan mereka di applikasikan seperti di buku harijadi, Jigsaw Puzzle, buku alamat, kertas pembalut hadiah, Poster, Notelets dan juga buku-buku ilmiah.



Tapi yg special Mah@mahu terima satu kalender untuk tahun 2014 daripada persatuan ini. Memang best and terbaik lah cantik semua gambar2 yg di hasilkan penuh ketelitian. Kalau kawn yg ada nak membeli atau mendapat tempahan hasil karya mereka boleh terus berhubung dengan pengurus persatuan ini atau hadir di galeri mereka di Ampang Park Shopping Centre. Harga memang berbaloi dan juga ia adalah satu2 karya eksklusif yg susah nak di dapati kalau mahu di buat sebagai cenderamata khas kepada teman2 atau tetamu yg dtg di majlis anda.



Tempahan atau sumbangan hubungi :

MOUTH & FOOT PAINTING ARTISTS SDN. BHD.
Lot 327, Tingkat 2, Ampang Park Shopping Centre,
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-21618860
Tel : 03-21618502
Fax : 03-21621504
Email : mfpa.malaysia@gmail.com