Hadiah,

Pertandingan Masak dan Menang Mahsuri Ramadhan Ini Menawarkan Wang Tunai RM12,000

Sabtu, Julai 04, 2015 Mahamahu 0 Comments

Pertandingan Masak dan Menang Mahsuri Ramadhan Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau orang yang suka memasak macam Maha ni mesti meloncat bila baca post ni kan hehehe. Sempena bulan Ramadan ini, jenama sos dan penambah perisa Mahsuri, membawa berita baik kepada korang yang berbakat dalam masakan menerusi kempen terkininya pertandingan ‘Masak dan Menang’ yang akan berlangsung dari 28 Mei hingga 8 Julai 2015 ini.



Pertandingan ini mengundang korang yang gemar memasak berkongsi gambar rekaan juadah Buka Puasa yang dihasilkan menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri berserta hashtag #MyMahsuri dan #Manis / #Pedas / #Tiram / #Ayam. Setiap minggu, empat penyertaan paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai RM500 bagi setiap pemenang. Pertandingan selama enam minggu itu bakal menyaksikan 24 pemenang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000 yang pastinya memeriahkan lagi sambutan Hari Raya korang nanti.


Selain itu, setiap pemenang akan merasakan Ramadan ini lebih bermakna apabila bakal menerima undangan daripada Mahsuri untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga ke satu daripada empat pertubuhan kebajikan. Mahsuri juga akan mendermakan sos kepada setiap rumah kebajikan terbabit selain menaja hidangan berbuka puasa. Pertubuhan kebajikan yang terbabit dalam pertandingan ‘Masak dan Menang’ ini adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Nur Sakinah. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan dan juga produk Mahsuri sila ke www.facebook.com/MyMahsuri.