Anak Yatim,

Mahsuri Raikan Anak Yatim Di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Shah Alam

Jumaat, Julai 10, 2015 Mahamahu 0 Comments

Mahsuri Raikan Anak Yatim Di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Shah Alam - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebab itu Ramadhan dipanggil bulan keberkatan dan bulan kemuliaan kerana dalam bulan ini setiap pahala akan di gandakan. Walaupun sebesar zarah sekali pun kebaikan yang di lakukan pasti ada ganjaran yang berganda. Begitulah banyak syarikat besar juga membuat perayaan golongan yang memerlukan.



Baru2 ini Maha dapat sama2 menyertai Mahsuri meraikan anak-anak yatim di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari. Terletak di Kg Melayu Subang, Shah Alam telah di bangunkan pada 2010 kini mempunyai lebih daripada 45 orang anak yatim, miskin dan golongan asnaf zakat. Program bersama produk Mahsuri adalah meraikan anak-anak ini dengan barisan pemenang peraduan Masak dan Menang Mahsuri yang telah di anjurkan sepanjang bulan puasa ini.



 

Bila datang ke rumah anak-anak yatim seperti ini kita dapat rasakan bahawa mereka begitu memerlukan perhatian kita. Bukan untuk dapat simpati tetapi untuk rasa kasih sayang kerana mereka sendiri pun jauh dari kasih sayang keluarga sendiri. Maha pun baru dapat rasakan semua ini bila dapat bersama dengan mereka walaupun bukan sehari hanya separuh hari sahaja. 


Program pada hari tersebut adalah kanak-kanak ini di raikan dengan permainan untuk memberi hadiah dan mengeratkan hubungan mereka bersama dengan tetamu. Kemudian persembahan daripada badut yang memang menjadi kesukaan kanak2. Dapat lihat kegembiraan mereka walaupun sekejap untuk merasai keseronokan bersama orang baru seperti Maha ini. Lepas tu pula semua standby untuk makan buka puasa yang di sediakan iaitu Nasi Ambeng yang memang sedap.




Malam tu kami makan buka puasa beramai2 dengan meriah seronok tengok kanak2 ini dapat makan dengan gembira dan juga makan sedap2. Lepas makan buka kami solat berjemaah sama2. Kanak- kanak di sini dididik dengan penuh kasih sayang dan juga ajaran agama. Ini untuk melahirkan lapisan remaja yang berakhlak mulia dan bermotivasi tinggi kearah membaiki diri untuk menjadi aset berharga dalam masyarakat apabila besar kelak.


Malam tu tak tipu ada rasa terharu dalam hati ini untuk tinggalkan mereka kerana mereka memerlukan masyarakat yang perihatin di sekelilingnya. Kepada sapa2 yang mahu menyumbang kerapa Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari ini boleh berbuat demikian dengan sumbangan kepada no akaun yang tertera ini. Sedikit sumbangan anda tak kira wang ringgit atau juga tenaga dan masa dapat membantu kanak-kanak ini untuk meneruskan wadah kehidupan mereka. Sama2 kita bina saham dunia akhirat. Selamat beramal semua.

Sumbangan boleh di lakukan melalui:
Akaun Maybank
Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari
562085596789

atau hubungi nombor :
Nira : 016 -2516515
Jaddah : 018 - 3996942
Along : 018 - 9767313

atau datang ke alamat :
Lot 5930, Jalan Jati, Kg Melayu Subang,
40150 Shah Alam Selangor

Emai : rumahamalkasihbestari@gmail.com