Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Denaihati Network. Papar semua catatan

Mengimbau Kenangan Menyeronokkan Sepetang Bersama Blogger 2017 di Matic Kuala Lumpur

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maaflah mengambil masa lama nak update tentang program yang popular setiap tahun Sepetang Bersama Blogger. Almaklumlah kebelakangan ini urusan kerja yang bergitu kurang mengizinkan dan juga kebetulan dengan Ramadan dan Hari Raya. Baru hari ni dapat kongsi pengalaman Maha di program Sepetang Bersama Blogger yang telah berlangsung bulan Mei baru-baru ni.


Dengar cerita lebih daripada 300 orang blogger telah mendaftarkan diri untuk bersama memeriahkan SBB2017. Program kali ni telah berlangsung dengan jayanya di Matic Kuala Lumpur. Tapi konsep tahun ini berlainan daripada 5 tahun penganjuran sebelum ini. Kalau boleh tengok gambar-gambar menarik kenangan Sepetang Bersama Blogger 2016 di sini.


Speaker Dan Berkongsi Pengalaman


Di mana tahun ini ada dua sesi aktiviti dimana pada belah siang diadakan program berkonsep ilmiah dengan perkongsian pelbagai ilmu dunia blog. Pada sesi siang ni Maha terlibat sebagai salah seorang speaker yang diberi peluang untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni. 


Malu pertama kali jadi orang yang duduk atas pentas dan jawab soalan daripada blogger semua soalan perangkap hehehe tapi nasib semua nampak enjoy hari tu. Harap perkongsian sediki hari tu dapat juga membantu kawan-kawan semua. Terima kasih kepada Tuan Haji Amir pengasas Denaihati Network dan team kerana bagi peluang yang sangat berharga ini.


Sesi siang tu juga bukan Maha seorang jer jadi speaker ramai lagi yang jauh lagi hebat seperti Cik Lily Putih blogger lifestyle paling berjaya. Kemudian ada juga perkongsian ilmu daripada saudara Norman Danish pengasas Misi Viral yang dah cukup viral sekarang ni. Juga ada ilmu daripada Ibu Hanim seorang pakar motivasi kepada pengusaha yang baru nak mula perniagaan.


Last sekali ada sesi bersama dengan Tuan Wan Yusof pakar SEO yang sangat membantu blogger untuk dapat artikel yang terbaik. Lepas sahaja program tu tengok ramai blogger yang mula amalkan ilmu yang telah dikongsikan. Ini kerana ilmu kalau tak diamalkan bagaikan pokok tanpa buah betul tak.

Malam Gala Dinner Dan Blogger Award



Ok lah tu untuk sesi siang dan tahun ini ada juga sesi malam atau juga Gala Dinner. Belah malam ni agak lebih santai kerana ramai blogger datang boleh makan-makan dan juga menggayakan busana yang meriah-meriah. 


Ni antara orang yang kalau ada dinner dengan tema pakaian tertentu mesti meraka adalah orang yang paling bersungguh-sungguh. Tahniah sebab usaha korang dapta bawa pulang best dress lelaki dan wanita tahniah ByRawlins dan juga Red Mummy. Maha belah malam lebih relah dan casual sahaja baju tajaan sendiri hehehe.


Aktiviti malam tu lebih kepada makan malam dan juga menikmati bersembahan sebab dah buat kat Saloma Bistro jadi adalah persembahan tarian tradisional dan juga nyanyian daripada kumpulan Sajer Busker. Cite sikit pasal kumpulan ni sebenarnya gitaris kumpulan ni adalah sepupu Maha belah emak.


Mereka ni memang dah lama dalam bidang muzik ni dan telah banyak buat persembahan kat majlis-majlis koporate dan juga dinner macma ni. Kalau sapa-sapa nak jemput mereka untuk buat persembahan boleh contact mereka kat Facebook dan juga Instagram Sajer Busker. 


Selain dari tu juga belah malam tu ada acara yang paling dinantikan ramai blogger iaitu cabutan bertuah. Tak ada rezeki Maha tahun ni untuk dapat hadiah kat SBB tapi Alhamdulillah tetap juga dapat yang lagi bermakna hehehe. Malam tu juga ada majlis penyampaian anugerah kepada blogger-blogger yang tepilih. 


Alhamdulillah tahun ni masih terima anugerah Best Foodie Blogger 2017. Terima kasih pada semua yang terus support Maha kerana korang Maha masih menjadi blogger sehingga sekarang. Harap dapat bagi yang terbaik dimasa akan datang. Tahniah juga kepada pemenang lain :-

Blogger of The Year 2017- Redmummy.com
Best Foodie Blogger 2017- Mahamahu.com
Best Travel Blogger 2017- Projektravel.com
Best Lifestyle Blogger 2017- Ciklilyputih.com
Most Engaging Blog 2017- kisahemasputih.com 
Most Engaging Social Media 2017- Neyrashazeyra
Promising Blogger Group of The Year 2017- Projek Blogger Utara 
Fast Growing Social Media Company- Misi Viral
Digital Economy Champion- MDEC

Tahniah kepada semua pemenang dan juga tahniah kepada semua blogger yang turut hadir SBB2017 kerana korang memang awesome. Dapat mengeratkan silatulrahim dan juga dapat berkongsi banyak perkara positif untuk ke arah blogger yang lebih berjaya di masa akan datang. Harap tahun depan ada lagi SBB2018 kerana ia satu-satunya platform yang menyatukan semua blogger di Malaysia. Jumpa lagi tahun depan ok.

Sepetang Bersama Blogger 2017 dibawakan oleh








Sepetang Bersama Blogger Platform Erat Silatulrahim Antara Blogger Dan Penggiat Media Sosial

Sepetang Bersama Blogger Platform Erat Silatulrahim Antara Blogger Dan Penggiat Media Sosial - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah dah berlangsung dengan jayanya satu lagi program tahunan untuk blogger dan rakan2 sosial media yang lain. Sebut jer Sepetang Bersama Blogger atau SBB ramai orang menantikan acara ini.



Maha juga antara orang yang paling teruja nak join SBB ni kerana ini adalah tahun ke 5 penganjuran acara yang besar sebegini. Maha start mula join SBB ni tahun 2014 masa tu buat kat Saloma Bistro. Kemudian tahun lepas 2015 buat kat Putrajaya siap ada aktiviti tresure hunt lagi panjat2 bukit. Tahun ini kembali semula dalam dewan di tengah2 KL iaitu Dewan Campbell Kuala Lumpur. 




Dianggarkan lebih kurang 300 orang blogger dan sosial media dapat dikumpulkan tahun ini memang meriah penuh dewan tu. Muka baru dan juga muka yang selalu jumpa itu yang membuatkan SBB ini begitu unik dan menarik setiap tahun. Paling bermakna adalah perkongsian dengan panel2 yang arif dan profesional dalam bidang masing2.


Paling Maha nantikan adalah ucapan daripada barisan panel2 yang otai dalam dunia blogger seperti Hasrul Hassan.
Sapa tak kenal otai yang dah cukup lama dalam dunia blog dan juga seorang blogger sepenuh masa. Maha kadang2 rujuk blog HH ni juga nak cari ilmu berblog ni ehehehe. Kemudian panel paling hensem sapa lagi kalau bukan Aqif Azizan. Antara yang dikongsikan adalah jadikan blog begitu bernilai sehingga orang sanggup nak bayar untuk dapatkan blog kita itu. 




Baguskan perkongsian mereka Maha suka dengar dan ada apply juga dalam dunia blog ini. Satu lagi adalah macam mana nak buat iklan dengan Facebook yang berkesan disampaikan oleh saudara Ali Hanafiah. Tu baru talk sesi pagi makala untuk sesi petang pula ada 3 lagi panel yang dijemput untuk memberi ilmu pada semua blogger. Semua orang kenal kalau sebut Abang Ensem seorang blogger dan juga agent hartanah popular. 


Kemudian ada juga artis yang hadir memberi perkongsian bagaimana beliau berjaya dalam dunia artis dan dunia business. Sapa lagi kalau bukan Tuan Haji Adi Putra yang ramai sangat fan nya. Last sekali kami dapat berkongsi pengalaman dengan jutawan Asia Herbal Biotech iaitu saudara Ismail Che Ani. Beliau konsgi bagaimana kita tiada produk dan tiada business tapi boleh jadi jutawan dengan produk orang lain.





Apa pun SBB satu platform yang berguna untuk kita sebagai penggiat alam maya ini menyedari segala peluang yang ada. Mungkin tahun depan ada bakal jutawan lagi sapa tahu kan. Terima kasih kepada Denaihati Network kerana menganjurkan SBB ini dan juga barisan penaja yang merialitikan SBB ini dengan hadiah2 yang istimewa terutama penaja utama Malaysia Digital Economy Corporation atau MDeC. 






Gila ini adalah program yang paling banyak sekali hadiah daripada hadiah cabutan bertuah sehinggalah hadiah untuk peraduan. Semua orang menantikan acara itu hehehehe termasuk lah Maha. Tapi kata orang rezeki milik Allah dan semua telah ditentukan oleh-Nya. Tahniah kepada saudara Penaberkala kerana menang hadiah utama peraduan Istagram bersama dengan penaja Amna Home. Alhamdulillah Maha pun tak balik tangan kosong ada juga rezeki yang sangkut tapi semua orang dah tahu kan hehehe terima kasih kepada Simply Umrah untuk hadiah yang paling win.



Tahniah kepada semua blogger yang melapangkan diri untuk hadir Maha pun tak sempat nak tegur semua orang maaf lah bukan sombong ok. Apa pun korang memang sporting dan meriah sangat SBB ni. Banyak lagi gambar nak upload tapi ni jer yang sempat edit. Apa pun harap ada lagi SBB untuk tahun depan. Selamat membaca semua.

Senarai penaja MDeC SBB 2016 

Multimedia Development Corporation (MDEC) 

Amna Home | Richworks Academy | Jopana.my | Oceanlife Marketing (Ephyra) | Zeeta Magis Aura Mawar | Simply Umrah | Aleeya’s Kitchen | Les Copaque Production (Upin & Ipin) 

Asia Herbal Biotech Sdn Bhd | Yeos Malaysia | eQurban | Jemaah Bisnis Denaihati | Hadid Travel & Tours (Adi Putra) | Firdaus Azizi Training & Consultancy | AE Consultancy Services | PenMerah Network | Sohaini Cookies | Jus Bob Nanas | CVS Production | Kotak Lensa | Jam Tawaf Denaihati







Untungnya Jadi Blogger Dapat Sarapan Bersama Adi Putra dan Mira Filzah

Untungnya Jadi Blogger Dapat Sarapan Bersama Adi Putra dan Mira Filzah - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa kata artis2 kita ni sombong dan tinggi diri bila drama dah meletop dan viral. Kerana peminat lah drama Melayu sekarang makin bernyawa dan mula mendapat perhatian. Seperti mana drama Cinta Si Wedding Planner ini walaupun dah habis tetap masih diperkatakan peminat. Malah tayang episod akhir mendapat tonton 4 juta wow.


Terima kasih kepada Denaihati Network kerana telah memberi peluang kepada kami peminat dan blogger untuk beramah mesra dalam majlis sarapan bersama pelakon utama drama ini. Maha pun tak lepaskan peluanglah untuk bersama secara live depan mata tambah2 lagi Mira Filza tu comel jer orangnya. Denaihati ni adalah team yang buat program Sepetang Bersama Blogger sejak 2014 sampai 2015 dan In Shaa Allah tahun ni ada lagi. 



Bertempat di Bangi Golf Resort sesi sarapan ini begitu simple dan tetap meriah dengan kehadiran blogger serta peminat tegar pelakon popular ini. Paling meriah mestilah peminat Adi Putra daripada #1hotlovers yang ada datang dari jauh semata2 nak jumpa artis kesayangan mereka ini. Maha tetap jadi penyokong #MiracleFC comel Mira Filzah.


Pagi tu sarapan kami disediakan oleh Bangi Golf Resort yang memang cukup popular dengan makanan kampungnya. Kami di hidangkan dengan Nasi Lemak Telur dan juga kuih muih tradisional. Dalam sejarah seperti mana kata Adi Putra sesi sarapan dengan peminat selalunya makan tengahari atau dinner jer hehehe. Gigih bangun pagi janji dapat bersama dua artis popular ni.


Acara hari tu selain daripada makan2 ada juga sesi beramah mesra bersama dengan Adi Putra dan Mira Filzah. Rupa2nya Adi ni ada business lain selain daripada belakon. Beliau menguruskan business pakej umrah dari syarikat miliknya. Pada hari tu beliau juga mempromosikan pakej2 umrah bersama dengan barisan selebriti yang popular. 


Adi juga berkongsi kisah suka duka beliau dalam dunia seni dan juga sedikit pengajaran untuk membina business dari mula. Banyak jugala yang kami dapat belajar hari tu. Pihak penganjur juga telah buat supprise kepada Adi sempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran beliau. Dapat dua kek lagi Adi hari tu special ditaja oleh Pav’s Lover Bakery kek yang sedap ok.




Tapi sayang Mira dapat bersama kami sekejap sahaja kerana ada komitmen lain pada hari tu. Tapi walaupun kejap tetap dapat bertanya soalan kepada Mira. Beliau suka makanan yang manis2 ok sama lah macam Maha hehehe. Yang paling best Maha dapat hadiah cabutan betuah dari Mira ok jangan jelous. Dapat hadiah produk Mira sendiri iaitu MORA Argan Cleanser dan MORA Pure Argan Oil.



Sekali lagi terima kasih kepada penaja pada hari tersebut iaitu Jemaah Bisnis Denaihati, EvoWang.com, CVS Production, AbangEnsem.com, Pav’s Lover Bakery dan Sohaini Cookies. Siap dapat lagi goodies special dari semua penaja. Terima kasih kepada Adi Putra dan Mira Filzah kerana sudi luang masa bersama kami walaupun sibuk. Moga next projek ada lagi bersama artis2 tempatan dengan blogger.