Aktiviti,

Dulu Menang iPad Mini, Tahun Ni Menang GoPro Hero 4 Terima Kasih SBB2015

Isnin, Jun 22, 2015 Mahamahu 0 Comments

Dulu Menang iPad Mini, Tahun Ni Menang GoPro Hero 4 Terima Kasih SBB2015 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Heheheh Maha nak kongsi pula pengalaman Maha seperna berada di SBB2015. Kalau blogger cukup familiar dengan SBB ini atau nama penuh Sepetang Bersama Blogger 2015. Tahun ini adalah tahun ke 4 penganjuran SBB oleh team Denaihati Network. Tahun pertama dan kedua Maha tak join sebab masa tu masih kanak2 dalam dunia blog tak kenal pun ramai orang, tapi tahun ni Maha memang tak sabar2 nak join SBB2015.



Tahun ini juga adalah tahun kedua Yeo's selaku penaja rasmi program ini. Menurut kata pengasas Denaihati Network pihak penganjur bersungguh-sungguh untuk mengadakan program ini buat tahun 2015. Bersesuaian dengan tahun ini kerana Yeo's baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka iaitu Yeo's Yeogurt yang datang dalam perisa mangga, laici dan juga epal hijau. Meriah tahun ini penganjuran Yeo's kerana hadiah2 yang hebat di berikan kepada blogger.


Tahun ini juga buat pertama kali SBB2015 mengadakan aktiviti luar yang melibat lebih daripada 200 orang blogger dari Malaysia dan juga Indionesia. Jangan kata kuasa blogger ni tak luas tau dari luar negara pun nak join SBB2015. Kali ini mereka mengadakan aktiviti Treasure Hunt di mana hadiah yang di janjikan adalah berupa wang tunai RM5000 wowww... Aktiviti bagi Maha agak lasak dan juga mencabar fizikal ini memang terasa sangat kebebanannya hehehe.



SBB2015 tahun ini di adakan di Komplek Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran Persint 5. Aktiviti yang bermula pagi pukul 9 tu memang meriah. Blogger semua sampai awal bersemangat katanya dan pagi tu kami di hidangkan dengan makanan sarapan pagi dari Bakarlah. Mcm biasa pagi tu kami bersenam merenggankan otot dulu takut ada yang kejang. Lepas tu kami di berikan dengan 10 kumpulan dan Maha dapat datu kumpulan dengan orang yang hebat2 tahniahlah ahli kumpulan. 



Kami mula pagi tu dengan aktiviti mencantumkan puzzle yang di berikan memang first Maha dan takut sebab tak pandai nak susun puzzle, nasib ada ahli kumpulan yang muda2 mereka yang banyak membantu hehehe. Kepas tu pula nak dapatkan klu kena panjat wall climbing yang agak tinggi juga bagi orang yang saiz macam Maha ni. Lagi sekali kuderat anak2 muda di guna pakai hehehe korang memang layak menang.



Lepas tu ke check point kedua di mana di situ kami di begi task untuk di lengkapkan, ada dua lak tu task memang menguji minga. Kemudian kami kena buat juga beberapa task bonus untuk dapat markah penuh seperti kena berselfie dengan banner penaja dan juga kena buat video Dubsmash wakakka memang makanan Maha lah hehehe. Itu memang kami juaralah rasa tak ada team lain yang buat video mcm kami hehehe.



Kemudian panjatlak bukit yang agak tinggi kat situ memang penat rasa nak cabut kaki. Banyak lagi cabara lepas tu ada check point kena letak senget air tin Yeo's tanpa bagi jatuh. Ada pula cabaran kena jawab soalan berkaitan dengan penaja lagi lah confuse. Paling best kami kena buat task last di mana kena post terus kat blog tentang aktiviti menarik sepanjang Treasure Hunt berlangsung. Terima kasih kak Sumi Jelly yang telah buat task akhir dengan begitu gigih dan jayanya.


Dah habis tengahari tu aktiviti Treasure Hunt kami di hidangkan pula dengan makan tengah hari sekali lagi daripada Bakarlah iaitu BBQ memang terbaik. Sempat rehat sejam untuk bersihkan diri atau makan dan solat. Maha sempat tukar baju baru iaitu baju #BloggerKakiMakan lah hehehe. Aktiviti perkongsian ilmu bermula pula pada pukul 2.00 petang bersama barisan panel2 hebat.



Aktiviti petang pula di mulakan dengan majli lebih berilmu di mana ada beberapa panel yang akan berkongsi idea dan juga pengalaman berblog. Panel2 yang di undang semua memang otai yang sorang tu sedara @aqifazizan. Beliau telah lama dalam dunia blog dari dalam negara kini telah bekembang ke luar negara banyak ilmu di kongsikan. Kemudian Panel kedua di bawa jauh dari Indonesia saudari mbak @anazkia. Beliau juga orang lama dalam dunia blog dan kini masih aktif dalam blog serta dunia sukarelawan di Indonesia. Panel ketiga adalah tuan @masrukhinmarzoki iaitu CEO kepada eQurban dan beliau juga seorang blogger sebenarnya.




Lepas perkongsian ilmu tu saat2 yagn di nantikanlah oleh semua blogger iaitu cabutan bertuah dan juga acara memberi hadiah kepada pemenang untuk Treasure Hunt dan juga Sitkom Yeo's. Alhamdulillah bila time sabutan bertuah memang nama ini tak pernah bertuah. Tahniah kepada Halim Nazdrie yang dapat iPhone 6 64gb memang power dan juga Pn Siti Rokiah yang dapat cabutan Samsung Note Edge. Memang powerlah dia orang hehehe.











Lepas tu pula hadiah untuk Treasure Hunt yang kami buat task2 tadi memang banyak tak sabar. Tapi kalau dah rezeki tak ke mana kata orang. Kumpulan kami di umumkan pula menjadi pemenang tempat kedua yahoooo. Tahniah baut ahli team Maha iaitu, Meor, blogger Zakwan Zain, tokei Pavlova saudari Asfieda, Kak SumiJelly yang paling bersungguh-sungguh, saudari Alyzafisol, Cik Za Jejari Comel dan satunya dari Indonesia iaitu blogger Pungky. Korang memang hebat dan mantop lah tahniah dapat wang tunai RM1200 dan juga barangan Yeo's puaskan minum Yeo's hehehe. 




Kemudian kemenangan berganda pula buat Maha yang telah di umumkan antara 3 orang pemenang bertuah dalam peraduan Sitkom Yeo's. Alhamdulillah tak sangka sangat video Dubsmash Elsa tu bawa tuah buat Maha kalau sapa2 nak tengok video tu leh pergi Isntagram @Mahamahu, memang gelaklah dia orang semua. Tak sangka sangat boleh menang GoPro Hero 4 pulak tu Ya Allah rezeki tak balik tangan kosong lagi tahun ni. Tahun lepas kat SBB menang iPad Mini untuk peraduan membuat entry kat blog. Tahun ni rezeki lagi Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang support video tu dan like video tu ok.




Paling best sebenarnya ilmu yang kami dapat dalam program SBB2015 tahun ini. Dengar kat ia adalah SBB terakhir kerana lepas ini tiada lagi program seperti ini. Sedihlah harap2 ada lah program pengisian berguna seperti ini untuk mengeratkan blogger2 Malaysia dan serantaunya. Terima kasih kepada penaja utama Yeo's Malaysia yang sentiada support blogger2 ni. Terima kasih kepada penaja2 lain seperti eQurban, Karangkraf, The Sumbs, Denaihati Jam Tawaf Megnatik dan ramai lagi lah. Maha support aktiviti seperti ini moga ada lagi tahun depan. Terima kasih semua dapat kenal ramai blogger. Moga jumpa kat luar tegur2 lah yer. 









0 Pandangan: