Sepetang Bersama Blogger Platform Erat Silatulrahim Antara Blogger Dan Penggiat Media Sosial

Sepetang Bersama Blogger Platform Erat Silatulrahim Antara Blogger Dan Penggiat Media Sosial - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah dah berlangsung dengan jayanya satu lagi program tahunan untuk blogger dan rakan2 sosial media yang lain. Sebut jer Sepetang Bersama Blogger atau SBB ramai orang menantikan acara ini.



Maha juga antara orang yang paling teruja nak join SBB ni kerana ini adalah tahun ke 5 penganjuran acara yang besar sebegini. Maha start mula join SBB ni tahun 2014 masa tu buat kat Saloma Bistro. Kemudian tahun lepas 2015 buat kat Putrajaya siap ada aktiviti tresure hunt lagi panjat2 bukit. Tahun ini kembali semula dalam dewan di tengah2 KL iaitu Dewan Campbell Kuala Lumpur




Dianggarkan lebih kurang 300 orang blogger dan sosial media dapat dikumpulkan tahun ini memang meriah penuh dewan tu. Muka baru dan juga muka yang selalu jumpa itu yang membuatkan SBB ini begitu unik dan menarik setiap tahun. Paling bermakna adalah perkongsian dengan panel2 yang arif dan profesional dalam bidang masing2.


Paling Maha nantikan adalah ucapan daripada barisan panel2 yang otai dalam dunia blogger seperti Hasrul Hassan.
Sapa tak kenal otai yang dah cukup lama dalam dunia blog dan juga seorang blogger sepenuh masa. Maha kadang2 rujuk blog HH ni juga nak cari ilmu berblog ni ehehehe. Kemudian panel paling hensem sapa lagi kalau bukan Aqif Azizan. Antara yang dikongsikan adalah jadikan blog begitu bernilai sehingga orang sanggup nak bayar untuk dapatkan blog kita itu. 




Baguskan perkongsian mereka Maha suka dengar dan ada apply juga dalam dunia blog ini. Satu lagi adalah macam mana nak buat iklan dengan Facebook yang berkesan disampaikan oleh saudara Ali Hanafiah. Tu baru talk sesi pagi makala untuk sesi petang pula ada 3 lagi panel yang dijemput untuk memberi ilmu pada semua blogger. Semua orang kenal kalau sebut Abang Ensem seorang blogger dan juga agent hartanah popular. 


Kemudian ada juga artis yang hadir memberi perkongsian bagaimana beliau berjaya dalam dunia artis dan dunia business. Sapa lagi kalau bukan Tuan Haji Adi Putra yang ramai sangat fan nya. Last sekali kami dapat berkongsi pengalaman dengan jutawan Asia Herbal Biotech iaitu saudara Ismail Che Ani. Beliau konsgi bagaimana kita tiada produk dan tiada business tapi boleh jadi jutawan dengan produk orang lain.





Apa pun SBB satu platform yang berguna untuk kita sebagai penggiat alam maya ini menyedari segala peluang yang ada. Mungkin tahun depan ada bakal jutawan lagi sapa tahu kan. Terima kasih kepada Denaihati Network kerana menganjurkan SBB ini dan juga barisan penaja yang merialitikan SBB ini dengan hadiah2 yang istimewa terutama penaja utama Malaysia Digital Economy Corporation atau MDeC






Gila ini adalah program yang paling banyak sekali hadiah daripada hadiah cabutan bertuah sehinggalah hadiah untuk peraduan. Semua orang menantikan acara itu hehehehe termasuk lah Maha. Tapi kata orang rezeki milik Allah dan semua telah ditentukan oleh-Nya. Tahniah kepada saudara Penaberkala kerana menang hadiah utama peraduan Istagram bersama dengan penaja Amna Home. Alhamdulillah Maha pun tak balik tangan kosong ada juga rezeki yang sangkut tapi semua orang dah tahu kan hehehe terima kasih kepada Simply Umrah untuk hadiah yang paling win.



Tahniah kepada semua blogger yang melapangkan diri untuk hadir Maha pun tak sempat nak tegur semua orang maaf lah bukan sombong ok. Apa pun korang memang sporting dan meriah sangat SBB ni. Banyak lagi gambar nak upload tapi ni jer yang sempat edit. Apa pun harap ada lagi SBB untuk tahun depan. Selamat membaca semua.

Senarai penaja MDeC SBB 2016 










6 comments.. read them below or add one

Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 20 April, 2016
Tahniah MM sebab menangi pakej umrah
Maha Mahu Maha Mahu 20 April, 2016
Terima kasih banyak2 rezeki datang bergolek... Aminnn
Ezad Skytech Ezad Skytech 20 April, 2016
SBB2016 kali memang meriah habis la...harap event SBB ni akan diteruskan lagi...

P.S - Tahniah MahaMahu sebab menang pakej umrah hari tu...memang rezeki MM... :D
Maha Mahu Maha Mahu 20 April, 2016
Terima kasih bro memang betul tu setuju sangat harap ada lagi SBB ni yer next time... Kita semeja rupanya hehehehe..
zaza iman zaza iman 24 April, 2016
mana gambar zazaaaaaaa...ni yg sedih ni nak bawak diri :(
Maha Mahu Maha Mahu 29 April, 2016
Hehehe tak perlu letak gambar Zaza dah letak dalam hati... Cia Cia Cia...