Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Coolblog. Papar semua catatan

Terbaharu Dari Coolblog Minuman Magical Unicool Membuat Hari Anda Lebih Ceria

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini peminat minuman Coolblog? Mesti ramai termasuklah diri yang bertanya ini juga. Sekarang ini Coolblog ada mengeluarkan menu menarik dan penuh magik. Apa itu bukan sahaja kanak-kanak suka tapi orang dewasa pun suka juga.


Coolblog Melancarkan Kempen FRUITTI FIESTA Meraikan Musim Cuti Tahun Baru

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui selalu. Sempena dengan musim cuti dan perayaan penghujung tahun dan juga tahun baru akan datang ini, jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan terkemuka, Coolblog, mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi kemeriahan hujung tahun ini dengan menganjurkan Kempen 'FRUITTI FIESTA'. Kempen ini berlangsung dari 16 Disember 2021 hingga 10 Februari 2022.



Bagi korang yang sudah mencuba pasti akan kembali dengan keinginan untuk merasai minuman yang lain kerana terdapat beberapa tema yang berbeza dan akan diperkenalkan setiap dua minggu di sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Empat tema mengikut tarikh:

1) Happy Honeydew 
(Honey Dew + Mango, Honey Dew + Blue Coral dan Honey Dew + Yam)
16 Dec 2021 hingga 29 Dec 2021
2) Magic Mango 
(Mango + Blue Coral, Mango + Strawberry dan Mango + Passion Fruit) 
30 Dec 2021 hingga 12 Jan 2022
3) Breezy Blue Coral 
(Blue Coral + Yam, Blue Coral + Honey Dew dan Blue Coral + Lychee)
13 Jan 2022 hingga 26 Jan 2022
4) Sassy Strawberry 
(Strawberry + Blue Coral, Strawberry + Mango dan Strawberry + Lychee)
27 Jan 2022 hingga 10 Feb 2022

Korang boleh dapatkan rasa yang berbeza setiap minggu tema ini dan juga boleh membuat pesanan dengan mudah dan memilih salah satu daripada tiga resepi terpilih, atau mencipta sendiri minuman buah mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing dengan pilihan 14 jenis perisa yang terdapat dalam menu. Macam yang Maha nikmati kali ini adalah minggu tema kedua iaitu Magic Mango dengan pilihan dua minuman istimewa iaitu Manggo + Strawberry dan juga Mango + Passion Fruit. Rasa sangat segar dan sedap puas minum siap hantar ke rumah lagi. 



Kesemua minuman tersebut ditetapkan pada harga berpatutan RM8 setiap satu bagi saiz 700ml. Korang juga berkesempatan menikmati tawaran istimewa percuma satu minuman siri Fruitti dengan pembelian Party Pack yang mengandungi tiga minuman daripada pilihan Happy Honey Dew dari 23 hingga 26 Disember 2021. Minuman untuk kempen kali ini serta produk yang ada di dalam menu boleh didapati di kesemua kedai Coolblog atau boleh membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan FoodPanda.



Sejak kedai pertamanya dibuka pada 2008, Coolblog telah pun menawarkan kepada rakyat Malaysia pelbagai pilihan pencuci mulut dan minuman tempatan dan antarabangsa yang dihasilkan daripada bahan-bahan bermutu tinggi. Dengan aneka pilihan yang tertera pada menu, para pelanggan Coolblog pasti akan dapat menemui minuman kegemaran mereka dan pada masa sama tidak keberatan untuk mencuba sesuatu yang baharu.
 

Coolblog kini memiliki sebanyak 270 cawangan di seluruh negara. Angka itu dijangka bertambah dengan pembukaan beberapa lagi cawangan di kawasan kejiranan baharu menjelang akhir tahun. Untuk perkembangan terkini, sila layari platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di Facebook dan Instagram.





Redcool Energy: Siri Minuman Edisi Terhad Terbaharu Hasil Kerjasama Coolblog dan Red Bull Kini Di Pasaran

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Berita baik untuk CooLovers yang mengamalkan gaya hidup aktif dan menginginkan minuman tenaga dengan kelainan tersendiri untuk mengharungi rutin harian. Coolblog tampil bekerjasama dengan Red Bull melalui varian Red Bull Plus mereka untuk menghasilkan Siri Redcool Energy terbarunya yang memberikan pengalaman minuman unik dengan gabungan tenaga dan pencuci mulut dalam satu minuman.



Pelanggan akan berpeluang menikmati rasa buah kiwi yang menyegarkan dan menghilangkan dahaga dengan Energy Xtra Kiwi atau campuran buah beri yang melazatkan dengan Berry Explosion. Pertama seumpamanya, gabungan kedua-dua jenis minuman ini bukan sahaja mempunyai kelebihan Vitamin C daripada jus buah-buahan tetapi juga Vitamin B3, B5 dan B12 serta ekstrak Guarana semulajadi tanpa gula daripada Red Bull Plus.



“Coolblog sentiasa berusaha untuk menggembirakan pelanggan kami dengan cetusan pelbagai rasa baharu yang inovatif dan kreatif, dan kami percaya smoothie buah-buahan edisi terhad yang menggunakan Red Bull Plus dan perisa kiwi dan buah beri berkualiti iaitu Siri Redcool Energy akan memenuhi citarasa pelanggan yang mencari minuman berperisa yang baharu dan menyegarkan,” kata Win Zaidi Zakaria, Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan, Coolblog Dessert Sdn Bhd.



“Redcool Energy adalah minuman yang sempurna memandangkan kita telah mula kembali ke pejabat dengan waktu rehat yang terhad serta sibuk menguruskan anak-anak kembali ke sekolah atau terperangkap dalam kesesakan. Kami pastinya berharap pelanggan akan menikmati kebaikan menyegarkan dalam setiap tegukan yang akan mengekalkan tenaga anda untuk bertahan sepanjang hari menerusi tawaran baharu kami,” tambah Win Zaidi.



Siri Redcool Energy dijual pada harga RM 8.80 setiap satu dengan harga Power Combo istimewa iaitu RM 15.00 untuk dua (2) cawan minuman 700ml. Sempena kempen edisi terhad ini, pelanggan akan mendapat satu (1) tin Red Bull Plus secara percuma dengan setiap pembelian Siri Redcool di cawangan Coolblog yang mengambil bahagian di seluruh negara.


Coolblog dikenali ramai dalam penghasilan pelbagai pencuci mulut dan minuman inovatif berinspirasikan citarasa tempatan dan antarabangsa untuk pelanggan. Pada Hari Malaysia baru-baru ini, Coolblog memperkenalkan Smoothie berperisa Durian dan Cendol dan pada bulan Ramadhan, Coolblog bekerjasama dengan FarmFresh untuk pengeluaran Smoothie Kathira dan Susu Kurma.

Untuk meraikan lagi kolaborasi edisi terhad ini, Coolblog menganjurkan aktiviti jelajahraya di sembilan (9) cawangan Coolblog terpilih di seluruh negara seperti yang disenaraikan di bawah. Layari laman sosial @CoolblogMalaysia di Facebook dan Instagram untuk pengumuman dan maklumat lain.







Coolblog Memperkenal Minuman Smoothie Perisa Tempatan Sempena Kempen Hero Malaysiaku

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sempena bulan September yang merupakan sambutan Hari Malaysia, Coolblog dengan bangganya mempersembahkan 'Hero Malaysiaku!' yang menampilkan rasa tempatan Malaysia sebagai penghormatan kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan dan usaha mereka dalam memerangi wabak COVID-19. Kerja keras dan pengorbanan mereka agar memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia amat dihargai dan akan selamanya terpahat di hati setiap rakyat Malaysia.


Minuman Coolblog Kathira Smoothie Dan Bandung Smoothie Kini Dilengkapkan Dengan Susu Kurma Farm Fresh

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini suka minum Air Katira atau juga minuma Air Bandung. Terutama time puasa ini bila nak buka puasa tu kalau dapat perkenal air sejuk memang bergelas-gelas tak ingat. Sampai perut tu buncit dengan air jer tak makan lagi tu. Dasyatnya minuman tradisi yang sedap dan pelbagai cara orang sediakan.



Kalau tanya Maha paling diminati adalah kedua-duanya. Rugilah kalau pilih satu sedangkan boleh dapat kedua-duanya. Mana korang nak dapat minuman Air Katira dan Air Bandung yang mengalami revolisu dalam penyediaan dan presentation ini. Mana lagi kalau bukan di semua cawangan CoolBlog seluruh Malaysia. 



Coolblog sekali lagi mengangkat minuman nostalgia bandung dan kathira, dan memberi nafas baharu mengikut citarasa orang ramai masa kini melalui kempen Tradisi Cool Ramadan. Keistimewaan dan keunikkan nilai tradisi air kathira dan air bandung diterjemahkan oleh Coolblog menerusi Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie yang sememangnya menjadi menu minuman wajib oleh Coolblog sempena Ramadan. Kempen Tradisi Cool Ramadan oleh Coolblog ini telah menemui peminat Coolblog bermula 4 April 2021.



Bagi kempen Ramadan tahun ini, Coolblog berkerjasama dengan sebuah jenama gergasi tempatan, Farm Fresh dengan menggunakan Susu Kurma Farm Fresh yang diminati ramai didalam minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Kerjasama dua jenama tempatan ini dilihat sebagai satu gabungan yang tepat dimana Coolblog dan Farm Fresh adalah dua nama besar didalam pasaran serta menghasilkan minuman yang berkualiti dan mempunyai penggemar yang tersendiri. Melalui kolaborasi ini, Coolblog dan Farm Fresh dapat bersama-sama meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan lagi jenama di dalam industri.



Mesej utama kempen ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini memberi penghormatan kepada minuman yang melambangkan tradisi dan nilai masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Kathira Smoothie yang diilhamkan dari minuman Kathira yang terkenal di Johor, diolah dan diberi nafas baru menggunakan bahan premium seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh.



Manakala, Bandung Smoothie adalah campuran perisa ros, jeli gula perang premium dan juga Susu Kurma Farm Fresh bakal menambat tunas rasa setiap pelanggan setia Coolblog. Kathira Smoothie dijual pada harga RM9.80 manakala Bandung Smoothie pula pada harga RM8.80.



Nikmati minuman baharu dari Coolblog ini di bulan Ramadan dan dapatkan di kesemua cawangan Coolblog. Sila rujuk laman web rasmi dan Instagram rasmi Coolblog untuk senarai cawangan yang mengambil bahagian.



Menurut Cik Win Zaidi Zakaria Pengurus Pemasaran Coolblog Malaysia

"Kempen Tradisi Cool Ramadan diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu adalah cara kami memeriahkan sambutan Ramadan. Kempen ini bertujuan untuk memupuk semula nostalgia minuman tempatan yang menjadi pilihan utama untuk diminum ketika waktu berbuka puasa. Kerjasama dengan Farm Fresh untuk minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie menggunakan Susu Kurma Farm Fresh telah memberi nafas baru kepada minuman ikonik tempatan. Kempen Ramadan kali ini amat bermakna buat kami kerana seluruh warga kerja Coolblog bersama-sama memerah keringat dan berusaha mencari idea kreatif untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan kami. Akhirnya kami berjaya mencipta rasa asli baharu yang kaya dengan tradisi dan nostalgia.

Apa yang menarik pada kempen Tradisi Cool Ramadan ini adalah pada strategi kami dalam mengimbau dan mengangkat nilai tradisi yang ada pada kedua-dua minuman tersebut. Kami percaya setiap dari kita membesar dengan tradisi oleh itu kami percaya Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie akan menjadi pilihan utama para pelanggan kami untuk dijadikan minuman sewaktu berbuka puasa nanti.

Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang menjadikan kedua-dua minuman ini seakan minuman ikonik masyarakat setempat, tetapi kami memberikan olahan dan sentuhan Coolblog bersama Farm Fresh bagi menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.”


Info lanjut layari :







CoolBlog Membuka Cawangan Terbesar Dan Lebih Menarik Di Melawati Mall

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni sebenarnya adalah peminat no 1 minuman CoolBlog sebab ia ada macam-macam rasa. Kita boleh pilih yang segar dan yang menyegarkan. Rupanya sudah masuk tahun ke-10 CoolBlog dalam industri minuman di Malaysia.


Baru-baru ini CoolBlog terlah membuka kedai pertama yang terbesar mereka di Melawati Mall. Sebagai jenama minuman berasaskan kiosk, CoolBlog kini telah melompat ke penjenamaannya dengan mendedahkan rupa baru lebih segar. Selalunya CoolBlog dalam kiosk kecik jer yang nampak sempit tapi ni nampak luas.


Bermula sebagai jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk telah memikat hati rakyat Malaysia dengan mencipta perisa tempatan dan global. CoolBlog dikenali sebagai jenama antarabangsa, memperkenalkan lebih daripada 25 perisa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 300 varian produk.




Rupanya kedai baru ini berkeluasan 973 kaki persegi memberi ruang yang lebih ramai kepada pelanggan untuk datang. Ia mempunyai kelengkapan kayu dan bingkai sebagai asas kaunter utamanya. Masih mengekalkan warna merah jambu yang meenjadi warna koporate dan  kombinasi warna hitam dan merah jambu yang boleh dilihat di seluruh kedai. Kedudukan kedai ini betul-betul bersebelahan dengan pangung wayang jadi mungkin lebih menarik orang ramai yang nak singgah.



CoolBlog juga menawarkan 'Minuman Edisi Terhad' bersempena pembukaan kedai baru ini. Minuman ini boleh didapati bermula dari hari pembukaan sehingga 28 Februari 2018. Hanya akan ditawarkan di cawangan Melawati Mall ni sahaja ok. Jadi sapa jalan-jalan sana boleh lah singgah kat rumah Maha jauh hehehe.



Banyak aktiviti sempena dengan majlis pembukaan tersebut dan semoga dengan pembukaan cawangan baru ini lebih memajukan CoolBlog dan lebih banyak cawangan baru. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai CoolBlog, layari ke halaman Facebook mereka, http://www.facebook.com/coolblog.my/.







4 Cara Menjadikan Hari Anda Lebih COOL Daripada Yang Lain

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu orang nak jadi cool tapi tahukan korang apa itu bahasa 'COOL'? Adakah anda cukup hensem untuk jadi cool atau anda ada phone yang mahal dah jadi cool. 


Setiap orang cool mereka lain dengan yang lain tak sama. Tapi ada 4 cara yang boleh menjadikan hari anda sangat cool. Macam mana nak buat jom Maha tunjukkan caranya di sini. Pasti lepas ni korang akan cari dan mencubanya kalau tak percaya.

Santai tepi pantai yang tenang dengan Coolblog

 


Korang percaya atau tidak cuaca yang panas dapat diredhakan dengan minuman yang sejuk dan menyejukan. Minuman dengan kandungan 90% ais dapat menyejutkan suhu dalam badan anda serta merta. Minuman apa yang dapat menyejukan anda hanya dengan Coolblog lah.



Sambil santai tepi pantai yang indah dan cantik menghirup minuman yang sejuk membuatkan hari anda lebih bermakna. Tambahan perisa yang membuatkan kita ingat akan pantai adalah Cendol Durian Smoothie atau juga ABC Ice Blended. Perrhhh kat tempat lain tak ada ini hanya ada di Malaysia sahaja rasa ni.

Minum Coolblog dengan buah-buahan asli

 


Hari korang lebih cool kalau korang dapat minum minuman yang sihat hari-hari iaitu minum dari air buah-buahan yang segar dan asli. Sekarang tak perlu susah untuk dapatkan minuman sihat dan juga rasa buah asli ni hanya dengan Coolblog.



Hanya perlu pilih koleksi buah-buahan yang segar iaitu Pisang, Apel Hijau, Tembikai Susu, Laici, Manga, Markisa, Lemon, Kiwi, Blueberry dan banyak lagi. Hanya perlu order dan hirup sahaja semudah itu korang akan dapat khasiat yang tiada tolok bandingnya.

Sambil makan makanan pedas minum Coolblog

 


Bila korang makan mesti kena ada minuman betul tak. Almaklumlah makanan Malaysia ni memang tak lari daripada makanan yang pedas dan juga hangat. Sekali makan boleh berpeluh seperti lari 2x pusingan padang balapan. Tambah kalau makan ada sambal belacan mengelap peluh sahaja lah korang.


Hanya dengan makan sambil nikmati minuman Coolblog korang akan dapat melegakan rasa pedas dalam masa yang cepat. Tak perlulah nak pasang aircond atau juga berkipas ketika makan. Masa makan orang kita mesti nak minum CoolBlog Matcha Coffee Smoothie, Milk Tea atau Green Tea betul tak kalau tidak tak sah.

Kongsi kenikmatan Coolblog dengan yang tersayang

 


Lagi bahagia dan bermakna hidup anda kalau korang minum Coolblog dan kongsi dengan yang tersayang. Macam ibu bapa beli perisa Tiramisu Choc Smoothie  sesuai untuk citarasa mereka dan anak-anak pula perisa Original Oreo Smoothie + Choc Chips. Sambil jalan pegang tangan hirup minuman segar mengeratkan silatulrahim betul tak.


Juga pasangan kekasih yang minum ditaman sambil mengabadikan saat bahagia dengan minuma perisa Strawberry Oreo Smoothie dan juga Black Choco Ice Blended bersama sungguh romantik. Itu akan buat hari anda lebih bermakna dan menjadi memori indah yang tidak akan dilupakan.
 


Betul tak kalau korang buat 4 perkara ini hari korang akan jadi lebih cool daripada orang lain. Tapi kenalah dapatkan minuman Coolblog baru ia bertambah cool. Lagi satu minum dengan kesejukkan dan penuh kenikmatan melupakan kesesakan hidup dan kepadatan tugas harian. Ada banyak cawangan Coolblog ni nak tahu yang dekat ngan anda layari https://www.coolblog.com.my/outlets sekarang.