Buah-Buahan,

Coolblog Melancarkan Kempen FRUITTI FIESTA Meraikan Musim Cuti Tahun Baru

Khamis, Disember 30, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui selalu. Sempena dengan musim cuti dan perayaan penghujung tahun dan juga tahun baru akan datang ini, jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan terkemuka, Coolblog, mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi kemeriahan hujung tahun ini dengan menganjurkan Kempen 'FRUITTI FIESTA'. Kempen ini berlangsung dari 16 Disember 2021 hingga 10 Februari 2022.



Bagi korang yang sudah mencuba pasti akan kembali dengan keinginan untuk merasai minuman yang lain kerana terdapat beberapa tema yang berbeza dan akan diperkenalkan setiap dua minggu di sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Empat tema mengikut tarikh:

1) Happy Honeydew 
(Honey Dew + Mango, Honey Dew + Blue Coral dan Honey Dew + Yam)
16 Dec 2021 hingga 29 Dec 2021
2) Magic Mango 
(Mango + Blue Coral, Mango + Strawberry dan Mango + Passion Fruit) 
30 Dec 2021 hingga 12 Jan 2022
3) Breezy Blue Coral 
(Blue Coral + Yam, Blue Coral + Honey Dew dan Blue Coral + Lychee)
13 Jan 2022 hingga 26 Jan 2022
4) Sassy Strawberry 
(Strawberry + Blue Coral, Strawberry + Mango dan Strawberry + Lychee)
27 Jan 2022 hingga 10 Feb 2022

Korang boleh dapatkan rasa yang berbeza setiap minggu tema ini dan juga boleh membuat pesanan dengan mudah dan memilih salah satu daripada tiga resepi terpilih, atau mencipta sendiri minuman buah mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing dengan pilihan 14 jenis perisa yang terdapat dalam menu. Macam yang Maha nikmati kali ini adalah minggu tema kedua iaitu Magic Mango dengan pilihan dua minuman istimewa iaitu Manggo + Strawberry dan juga Mango + Passion Fruit. Rasa sangat segar dan sedap puas minum siap hantar ke rumah lagi. 



Kesemua minuman tersebut ditetapkan pada harga berpatutan RM8 setiap satu bagi saiz 700ml. Korang juga berkesempatan menikmati tawaran istimewa percuma satu minuman siri Fruitti dengan pembelian Party Pack yang mengandungi tiga minuman daripada pilihan Happy Honey Dew dari 23 hingga 26 Disember 2021. Minuman untuk kempen kali ini serta produk yang ada di dalam menu boleh didapati di kesemua kedai Coolblog atau boleh membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan FoodPanda.



Sejak kedai pertamanya dibuka pada 2008, Coolblog telah pun menawarkan kepada rakyat Malaysia pelbagai pilihan pencuci mulut dan minuman tempatan dan antarabangsa yang dihasilkan daripada bahan-bahan bermutu tinggi. Dengan aneka pilihan yang tertera pada menu, para pelanggan Coolblog pasti akan dapat menemui minuman kegemaran mereka dan pada masa sama tidak keberatan untuk mencuba sesuatu yang baharu.
 

Coolblog kini memiliki sebanyak 270 cawangan di seluruh negara. Angka itu dijangka bertambah dengan pembukaan beberapa lagi cawangan di kawasan kejiranan baharu menjelang akhir tahun. Untuk perkembangan terkini, sila layari platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di Facebook dan Instagram.





0 Pandangan: