Coolblog,

Terbaharu Dari Coolblog Minuman Magical Unicool Membuat Hari Anda Lebih Ceria

Selasa, Februari 28, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini peminat minuman Coolblog? Mesti ramai termasuklah diri yang bertanya ini juga. Sekarang ini Coolblog ada mengeluarkan menu menarik dan penuh magik. Apa itu bukan sahaja kanak-kanak suka tapi orang dewasa pun suka juga.



Baru-baru ini Coolblog telah mengumumkan siri baharu minuman mereka iaitu Magical Unicool! Ia adalah untuk promosi masa terhad di semua outlet Coolblog. Minuman baharu ini menawarkan topping Fluffy Cloud Bits yang akan menyerlahkan lagi kelazatan Magical Unicool dan akan pasti menjadi kegemaran semua orang.



Coolblog sebagai jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kiosk di Malaysia, mereka terus berusaha untuk mencipta minuman yang boleh memikat semua golongan dengan memastikan keenakan rasa, kepelbagaian pilihan perisa dan harga yang berbaloi. Siri Magical Unicool ini tersedia dalam tiga perisa: Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle.  Diinspirasikan daripada Unicorn, minuman berasaskan rona pelangi ini diserlahkan lagi dengan tambahan marshmallow bersaiz mini yang gebu dan berwarna-warni. 



Siri Magical Unicool diilhamkan oleh Unicorn yang melambangkan fantasi dan kisah dongeng, selari dengan objektif dan konsep kempen ini untuk menghasilkan siri minuman yang akan menceriakan hari-hari peminat Coolblog di Malaysia. 



Siri Magical Unicool ini terdiri daripada Unicool Magical, kombinasi perisa strawberi dan Blue Coral yang mencetuskan rasa manis dan lazat; Unicool Dazzle pula berperisakan keladi dicampur dengan Blue Coral dan Unicool Twinkle merupakan gabungan perisa keladi serta strawberi. Ketiga-tiga smoothie ini dilengkapi dengan keenakan gabungan brown sugar pearls, rainbow jelly dan marshmallow Fluffy Cloud Bits mini pada harga RM10.90



Bagi menghangatkan lagi promosi Magical Unicool ini kalau beli 1 dalam tempoh promosi ini akan dapat 1 baucer untuk minuman percuma! Macam mana cara untuk menyertainya boleh ikut langkah di bawah ini:-
1) Cari kod QR di cawangan Coolblog yang terlibat
2) Imbas kod QR dan gunakan Filter Unicorn
3) Tangkap gambar Unicorn bersama anda dan muat naik ke Instagram anda 
4) Tag IG @CoolblogMalaysia atau Facebook Coolblog Malaysia
5) Pemenang akan diumumkan setiap Selasa setiap minggu dilaman Facebook Coolblog

Maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi akan datang boleh layari: 








0 Pandangan: