Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Coca-Cola. Papar semua catatan

Rasai Kombinasi Dua Jenama Ikonik Pizza Hut Malaysia Dan Coca-Cola

Pizza Hut Malaysia dan Coca-Cola teruja mengumumkan kolaborasi ikonik dua jenama terkemuka yang menampilkan dua variasi perisa baharu yang lazat: Hawaiian Cola Pizza dan Krispy Cola Wingstreet. Menariknya setiap hidangan adalah hasil gabungan produk asli mereka yang amat digemari ramai, semestinya mencipta pengalaman rasa baharu yang hebat.


SUBWAY Mengajak Rakyat Malaysia Untuk Sertai Kempen 'Discover And Pay Forward' RAMADAN Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Subway Malaysia melancarkan kempen pemberian komuniti "Discover and Pay Forward" untuk bulan Ramadan, dan akan menyumbangkan 7000 makanan kepada barisan hadapan, para gelandangan dan orang miskin untuk setiap sandwic Subway yang dibeli bernula dari 11 Mei hingga 23 Mei 2020.


Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola di Pak Lah Rojak Dan Nasi Ayam - Episod 5

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu dan juga pengikut yg sentiasa bagi sokongan terima kasih byk2 dari Mah@mahu utk anda semua moga terus menyokong blogger tempatan ni hehehe... Kita pun baru lepas menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yg telah mengundi untuk menentukan pentadbir negara bagi 5 tahun akan dtg. Apa pun pilihan yg telah di buat kita kena terima dan akui itu hak rakyat jelata betulkan.



Tu bukan lah topik utama untuk entry ni cuma refreshment sahaja pada kita hehehehe. Kali ni last entry untuk aktiviti Mah@mahu bersama rakan2 yg bertuah telah pergi Jelajah Makan Lagi Syok Dengan Coca-cola bersama Hotfm. Ni adalah untuk destinasi terakhir setelah dua hari berjalan mencari tempat makan menarik seluruh pantai timur. Kami telah pun singgah di Kuantan sebuah kedai makan yg di beri nama Pak lah Rojak dan Nasi Ayam di Taman Gelora.



Hehehe rehat setelah 4 jam perjalanan dari KT utk ker Kuantan dapat legakan badan dan juga menikmati makan tghari. Makan nasi ayam terbaik lah sedap dan memang best, tambah lg dengan makan Rojak Ayam dan ada juga Rojak Mee untuk anda yg singgah kat Kedai Makan Pak Lah ni. Tempat yg best and simple tapi menarik di tepi pantai yg nyaman dan sepoi-sepoi bahasa kata org hehehe...



 


Kat situ bukan sahaja sesuai utk makan tghari tapi sesuai gak utk makan petang sebab setiap petang kata org kat situ ramai sgt dtg. Kalau lambat mesti penuh dan tak cukup meja nak duduk silap2 kena beratur hehehe. Selain dari makanan ada gak minuman yg menarik kat sana iaitu apa lagi kita mestilah ABC. Kalau time panas pekena ABC memang terbaik dan meletop lah huhuhu..



Tu lah tempat terakhir kami utk singgah dan makan2 sebelum teruskan perjalanan ker KL. Rasa tak puas dan rindu sgt nak pergi lagi jalan2 seluruh Malaysia rasa. Terima kasih lah pada Coca-cola dan juga Hotfm kerana telah membawa Mah@mahu dan kawn2 pergi makan di pantai timur. Lain kali bawa kami lg ok kalau ada apa2 aktiviti hehehehe. Kawn2 semua pun kalau ada tempat menarik nak rekmen boleh masej Mah@mahu ok. Selamat berblog....






Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola di Medan Ikan Bakar Kuala Ibai - Episod 4

Salam semua rakan2 yg rajin2 comment and follow Mah@mahu terutama team yg juga ada dalam Jelajah Makan Lagi Syok Dengan Coca-cola. Korang semua memang best and sporting lah rasa mcm nak buat trip lagi lah. Terutama pada Cik Mari dan Cik Nana serta Kak Mona dan anaknya Kak Long memang best dpt kenal korang semua. Tapi pada geng lain jgn marah bukan tak nak tulis nama korang ramai sgt tak berapa nak ingat hehehe korang pun semua best.



Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 4 jam dari Kemaman untuk sampai ke Kuala Terengganu memang sesuatu perjalanan yg berbaloi lah. Dengan perut yg lapar dan penat akhirnya kami sampai ke satu lagi tempat makan untuk menikmati makan malam yg cukup hebat. Bila sampai ke bawah jambatan perasaan dah dapat duga bahawa kami akan makan seafood mlm ni hehehe... Kami berada di Medan Ikan Bakar Kuala Ibai.





Menurut kata org memang dah ramai rekmen makan mlm kat situ sebab seafood nya segar dan cukup sedap. Maklumlah berada di tepi muara sungai sumber bahan mentah segar2 belaka. Kami sampai dah di hidangkan dengan menu Ikan Masak 3 Rasa, Kangkung Goreng Belacan, Daging Masak Merah dan juga Sotong Goreng Tepung. Ada ikan bakar kat sana kalau tak nak goreng2 lagi best terbaik lah.




Makan mlm tu lagi meriah sebenarnya bila kami sendiri di kejutkan dengan team Hotfm Zoomerz sendiri yg buat kejutan sambutan hari jadi kepada penyampai Leya. Nampak lah muka terkejut Leya mlm tu bila di buat supprise dengan sebiji kek. Selamat hari jadi lah pada Leya agar lebih bahagia dan moga cepat lah dirikan rumah tangga jgn tunggu lama2 hehehe.. 

 


Tapi ingat bila sampai kat KT ni mesti pergi sini dan cuba sendiri menu kat situ. Tak rugi dpt rasai pengalaman makan di tepi sungai dan makan yg segar2. Mlm tu lepas makan kami pun semua berangkat ke hotel yg telah di sediakan. Sekali lagi terima kasih kepada Coca-cola dan Hotfm kerana menyediakan tempat tinggal terbaik di PrinzPark Hotel Kuala Terengganu. Apa pun tunggu pada episod akan dtg dengan tempat menarik dan juga rupa hotel yg kami tinggal best... Bersambung...







Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola di Hai Peng Kopitiam - Episod 3

Salam sejahtera kepada kawan yg suka makan dan suka singgah blog Mah@mahu ni untuk cari tempat makan hehehe perasan lak. Tapi ni memang keje Mah@mahu lah bagi informasi tempat makan yg menarik dan sedap untuk di kongsi bersama kawn. Ni sambungan episod 3 daripada aktiviti Mah@mahu dengan Hotfm dan Coca-cola. Jelajah Makan Lagi Syok Dengan Coca-cola tak habis lg Mah@mahu ada byk tempat makan dan kali ni minum petang di sebuah kopitiam di Kemaman Terangganu.


 

Hai Peng Kopitiam di bandar Kemaman memang sempoi dan juga chill2 lah kalau minum petang kat sana. Kita org yg dalam bas lebih kurang 3 jam ni kejang pugung semua tak sabar2 sgt nak turun bas dan minum petang menikmati kopi asli yg terbaik. Korang leh jumpa Hai Peng Kopitiam dekat tgh2 bandar tepi2 jalan dan simpang jer kopitiam ni. Pergi sana penuh org bebagai bangsa dan kaum yg minum petang kat sana.

 



Kalau dah nama kopitiam tak sah kalau tak order minuman kopi, tapi Mah@mahu tak minum kopi cuma minum Cappuccino and hot coklat jer heheheh poyo lah kan wakakak. Sebeb tu kat kopitiam tu Mah@mahu cuma order Coklat Blander memang terbaik bah. Selain dari minum kopi pekena lak roti bakar dengan peanut butter dan juga pisang yg sedap menjadi satu gabungan hebat dalam hidangan minum petang.

 






Kawn2 lain semua order makan petang yg hebat2 roti bakar dengan pisang dan juga ais krim terbaik lah sedap siot. Ada lak roti bakar dengan telur goreng dan juga kari lagi terbaik lah kopitiam ni. Hilang rasa loya rasa penat dalam bas bila dpt minum petang kat Hai Peng Kopitiam. Rasa mcm nak pergi lagi kat sana makan dan minum petang yg paling sedap setakat ni.



Kaw-kaw lah kopi sana apa pun nak menikmati minum petang mcm kami semua makan boleh pergi ker Hai Peng Kopitiam Bandar Kemaman. Search kat google nanti tahu lah tempat nye hehehehe.. Apa pun jgn lupa untuk terus bersama Mah@mahu lagi dengan episod yg seterusnya akan bersambung nanti ok. Selamat menjamu selera..... Bersambung.....





Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola di Gerai Makan Pak Usop - Episod 2

Salam kepada semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu. Kali ni nak sambung lg perjalanan Jelajah Makan Lagi Syok Bersama Coca-cola dan Hotfm. Kali ni lak tiba masa makan tghari setelah menempuh perjalanan selama 2 jam untuk ker sebuah daerah di tengah2 negeri Pahang. Dengan gelaran Bandar Ikan Patin pasti ramai tahu di mana kami berada utk makan tghari. Temerloh lah bandar yg popular dengan Masak Gulai Tempoyak. 



Gulai tempoyak kalau bertembung dengan Ikan Patin maka jadilah satu hidangan paling meletop dan terbaik dalam dunia masakan. Ia bagaikan signature kepada sebuah bandar yg sederhana ini untuk terus di kenali oleh bukan sahaja daripada pelancong tempatan malah antarabangsa. Itulah penangan kehebatan masak Gulai Tempoyak Ikan patin di Bandar Temerloh. Kami lagi bertuah dapat makan di Gerai Makan Pak Usop sapa tak kenal.



Pernah kuar akhbar sebagai menu paling mahal di Malaysia mana tak pernah di laporkan dengan harga RM40 untuk seketul daging Ikan Patin. Pasti ramai tak percayakan tapi itulah kehebatan Ikan Patin kerana ia adalah antara raja sungai yg juga di cari2 oleh pengail di seluruh Malaysia. Ikan patin kalau di kelaskan dengan 2 jenis cukup popular iaitu Patin Buah dan Patin Bunga. Tapi tak tahu mana satu yg paling mahal cuma kata org tempatan bahawa ikan patin liar yg di tangkap lagi mahal berbanding Ikan Patin sangkar.





Kat sana bukan sahaja makan ikan patin jgn risau kalau tak gemar ikan sungai, boleh pilih menu lain yg juga sedap dan terbaik kat negeri Pahang ni. Sebenarnya ramai juga tak tahu kat area food court sana tu sebenarnya cukup popular dengan minuman Ais Jagung dan ABC. Kalau org tempatan memang tahulah dengan kesedapan Ais Jagung di cari2 oleh org ramai tambah2 bila tiba waktu makan tghari dan minum petang.




Di segarkan lagi dengan pemandangan panorama sungai tepanjang di semenanjung dan juga antara sungi paling byk sumber pendapatan dalam dasarnya. Sungai Pahang menjadi daya tarikan hebat di bandar Temerloh dan sumber eco pelancongan air yg di iktiraf oleh kerajaan negeri Pahang. Sapa2 nak pergi tgk kaedah ternakan ikan secara sangkar di sungai leh dtg ker Bandar Temerloh ada kat sana kalau bernasib baik akan dapat tangkap sendiri ikan patin dalam sangkar tu best. Apa pun terus bersama Mah@mahu untuk next episod byk lagi tempat makan best2 jom redah kasi pecah lah hehehe.. Bersambung....







Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola di D'Cengkih - Episod 1

Salam sejahtera kepada semua rakan2 yang baru dan yang lama yang sentiasa menjadikan Mah@mahu ni sebagai salah satu media untuk mendapatkan maklumat. Bukan lah bagus sangat tapi terima kasih pada yg sudi singgah kat sini. Hari ni Mah@mahu akan mulakan episod 1 untuk aktivit jelajah, bukan jelajah janji di tepati tapi Jelajah Makan Lagi Syok Bersama Coca-Cola dan Hotfm. Mah@mahu first nak ucap ribuan terima kasih kepada Coca-Cola and Hotfm kerana sudi memilih Mah@mahu sebagai salah seorang pemenang dalam pertandingan yg di adakan di laman web Hotfm.


Tak sangka sebenarnya nak menang dan tekejut bila dapat panggilan drpd Hotfm tentang contest ni. Mah@mahu kan memang suka makan so bertuah badanlah dapat sertai jelajah 2 hari daripada Sri Pentas KL hingga ker Kuala Terangganu. Nak tahu mana lg destinasi yg kami singgah ni kena ikuti episod2 seterusnya kerana ada byk tempat2 makan yg best2 dan menarik Mah@mahu nak cite semua kat sini. 




Ada 10 org pemenang bertuah yg di pilih termasuk Mah@mahu untuk berjalan2 cari makan ni. First sekali pagi sabtu lepas kami berkumpul di perkarangan Sri pentas jam 7.00 pagi. Slepas briefing sikit and bagi baju kami bertolak dari Sri Pentas utk ke tempat makan yg pertama dekat jer tak jauh dari situ dekat area TTDI. Kalau sebut cengkih mesti ramai dah tahu mana tempatnyakan, betul lah tu Restoran D'Cengkih TTDI yg cukup popular dengan Nasi Lemak dan kuih muih tradisional. 



Menurut kata Leya penyampai Hotfm tempat makan ni memang ckup popular dan makanan semua sedap2 belaka. Kami ni semua dah lah memang hantu makan so tak sbr2 nak menikmati makan pagi kerana perut semua dah berbunyi time tu hehehe.... Sampai kat sana Ya Rabbi memang ramai sgt org tengah makan pagi mcm2 kaum ada. Tak rugi lah kami sertai jelajah ni memang berbaloi-baloi.




Apa lagi pergi order Nasi Lemak campur dengan telur goreng, ayam goreng berempah bersama dengan kuih muih tradisional dan tak lupa minuman pagi kegemaran ramai Teh Ais lah hehehehe.. Tgk Leya dan kawan Hotfm Zoomerz semua makan tak ingat bertambah-tambah hehehe jgn marah Hotfm. Kawan2 semua nikmatilah gambar2 makanan yg sempat di ambil untuk tatapan semua. Kalau nak rasa kena dtg sendiri ker Restoran D'Cengkih TTDI ni.




Restoran ni bukan sahaja ada sediakan sarapan pagi tapi makan tghari dengan lauk pauk yg berbagai jenis pun ada untuk anda nikmati. Tapi lagi best sebenarnya kat restoran ni pagi dah ada live band daripada golongan2 suara emas. Tempat lain mana ada kat sini jer. So dah habis makan sarapan pagi kami akan mula bergerak ke negeri pantai timur iaitu Negeri Pahang untuk menikmati makan tghari yg lagi special. Nak tahu kena tunggu episod seterusnya sambungan Jelajah Makan Lagi Syok Bersama Coca-cola dan Hotfm. Jumpa lagi........ Bersambung....