Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola di Pak Lah Rojak Dan Nasi Ayam - Episod 5

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu dan juga pengikut yg sentiasa bagi sokongan terima kasih byk2 dari Mah@mahu utk anda semua moga terus menyokong blogger tempatan ni hehehe... Kita pun baru lepas menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yg telah mengundi untuk menentukan pentadbir negara bagi 5 tahun akan dtg. Apa pun pilihan yg telah di buat kita kena terima dan akui itu hak rakyat jelata betulkan.



Tu bukan lah topik utama untuk entry ni cuma refreshment sahaja pada kita hehehehe. Kali ni last entry untuk aktiviti Mah@mahu bersama rakan2 yg bertuah telah pergi Jelajah Makan Lagi Syok Dengan Coca-cola bersama Hotfm. Ni adalah untuk destinasi terakhir setelah dua hari berjalan mencari tempat makan menarik seluruh pantai timur. Kami telah pun singgah di Kuantan sebuah kedai makan yg di beri nama Pak lah Rojak dan Nasi Ayam di Taman Gelora.



Hehehe rehat setelah 4 jam perjalanan dari KT utk ker Kuantan dapat legakan badan dan juga menikmati makan tghari. Makan nasi ayam terbaik lah sedap dan memang best, tambah lg dengan makan Rojak Ayam dan ada juga Rojak Mee untuk anda yg singgah kat Kedai Makan Pak Lah ni. Tempat yg best and simple tapi menarik di tepi pantai yg nyaman dan sepoi-sepoi bahasa kata org hehehe...



 


Kat situ bukan sahaja sesuai utk makan tghari tapi sesuai gak utk makan petang sebab setiap petang kata org kat situ ramai sgt dtg. Kalau lambat mesti penuh dan tak cukup meja nak duduk silap2 kena beratur hehehe. Selain dari makanan ada gak minuman yg menarik kat sana iaitu apa lagi kita mestilah ABC. Kalau time panas pekena ABC memang terbaik dan meletop lah huhuhu..



Tu lah tempat terakhir kami utk singgah dan makan2 sebelum teruskan perjalanan ker KL. Rasa tak puas dan rindu sgt nak pergi lagi jalan2 seluruh Malaysia rasa. Terima kasih lah pada Coca-cola dan juga Hotfm kerana telah membawa Mah@mahu dan kawn2 pergi makan di pantai timur. Lain kali bawa kami lg ok kalau ada apa2 aktiviti hehehehe. Kawn2 semua pun kalau ada tempat menarik nak rekmen boleh masej Mah@mahu ok. Selamat berblog....