Aktiviti,

Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola di D'Cengkih - Episod 1

Selasa, April 30, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua rakan2 yang baru dan yang lama yang sentiasa menjadikan Mah@mahu ni sebagai salah satu media untuk mendapatkan maklumat. Bukan lah bagus sangat tapi terima kasih pada yg sudi singgah kat sini. Hari ni Mah@mahu akan mulakan episod 1 untuk aktivit jelajah, bukan jelajah janji di tepati tapi Jelajah Makan Lagi Syok Bersama Coca-Cola dan Hotfm. Mah@mahu first nak ucap ribuan terima kasih kepada Coca-Cola and Hotfm kerana sudi memilih Mah@mahu sebagai salah seorang pemenang dalam pertandingan yg di adakan di laman web Hotfm.


Tak sangka sebenarnya nak menang dan tekejut bila dapat panggilan drpd Hotfm tentang contest ni. Mah@mahu kan memang suka makan so bertuah badanlah dapat sertai jelajah 2 hari daripada Sri Pentas KL hingga ker Kuala Terangganu. Nak tahu mana lg destinasi yg kami singgah ni kena ikuti episod2 seterusnya kerana ada byk tempat2 makan yg best2 dan menarik Mah@mahu nak cite semua kat sini. 




Ada 10 org pemenang bertuah yg di pilih termasuk Mah@mahu untuk berjalan2 cari makan ni. First sekali pagi sabtu lepas kami berkumpul di perkarangan Sri pentas jam 7.00 pagi. Slepas briefing sikit and bagi baju kami bertolak dari Sri Pentas utk ke tempat makan yg pertama dekat jer tak jauh dari situ dekat area TTDI. Kalau sebut cengkih mesti ramai dah tahu mana tempatnyakan, betul lah tu Restoran D'Cengkih TTDI yg cukup popular dengan Nasi Lemak dan kuih muih tradisional. 



Menurut kata Leya penyampai Hotfm tempat makan ni memang ckup popular dan makanan semua sedap2 belaka. Kami ni semua dah lah memang hantu makan so tak sbr2 nak menikmati makan pagi kerana perut semua dah berbunyi time tu hehehe.... Sampai kat sana Ya Rabbi memang ramai sgt org tengah makan pagi mcm2 kaum ada. Tak rugi lah kami sertai jelajah ni memang berbaloi-baloi.




Apa lagi pergi order Nasi Lemak campur dengan telur goreng, ayam goreng berempah bersama dengan kuih muih tradisional dan tak lupa minuman pagi kegemaran ramai Teh Ais lah hehehehe.. Tgk Leya dan kawan Hotfm Zoomerz semua makan tak ingat bertambah-tambah hehehe jgn marah Hotfm. Kawan2 semua nikmatilah gambar2 makanan yg sempat di ambil untuk tatapan semua. Kalau nak rasa kena dtg sendiri ker Restoran D'Cengkih TTDI ni.




Restoran ni bukan sahaja ada sediakan sarapan pagi tapi makan tghari dengan lauk pauk yg berbagai jenis pun ada untuk anda nikmati. Tapi lagi best sebenarnya kat restoran ni pagi dah ada live band daripada golongan2 suara emas. Tempat lain mana ada kat sini jer. So dah habis makan sarapan pagi kami akan mula bergerak ke negeri pantai timur iaitu Negeri Pahang untuk menikmati makan tghari yg lagi special. Nak tahu kena tunggu episod seterusnya sambungan Jelajah Makan Lagi Syok Bersama Coca-cola dan Hotfm. Jumpa lagi........ Bersambung....