Akademik,
TVET Pilihan Kerjaya Masa Depan Di PromasterSkill Academy
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Dalam mencapai tahap negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. Kerajaan sekarang berusaha keras memastikan setiap anak-anak lepas SPM mempunyai sekurang-kurangnya sijil berkemahiran tinggi atau TVET.
Hampir setiap hari kita dapat lihat dalam berita dan juga program mesti akan ada menyatakan berkaitan TVET. Tapi tahu apakah itu TVET? TVET ialah singkatan kepada Technical and Vocational Education and Training atau dalam Bahasa Melayu, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Ini adalah satu bentuk pendidikan yang memberi fokus kepada kemahiran praktikal, teknikal dan vokasional yang diperlukan oleh industri.
Dalam bahasa mudahnya TVET ajar kita kemahiran untuk terus bekerja bukan sekadar lulus peperiksaan. Malah kerja dengan ada kemahiran yang membuat nilai seseorang itu makin meningkat dan juga dipandang lebih tinggi dalam industri. Bayangkan sekiranya hanya ada sijil SPM atau juga tiada apa-apa sijil. Tahap itu sahaja kerja yang mampu dilakukan dan tidak mungkin dapat menaikkan gaji dan juga kemajuan diri.
Terdapat pelbagai institusi yang menawarkan program TVET di Malaysia dan salah satu yang tekemuka sekarang adalah PromasterSkill Academy. Di sini ia mengetengahkan Kursus kecantikan TVET dengan pensijilan di Malaysia. Pelajar di sini boleh bermula dari peringkat Sijil, kemudian sambung ke peringkat Diploma.
Pengasas Is.(Dr) Teacher Mass bukan calang-calang orang. Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri kecantikan dan TVET yang bukan sahaja memiliki pusat kecantikannya sendiri bahkan beliau sangat aktif mengadakan kursus pendek serta menjadi tenaga pengajar di institiusi tempatan, pejabat kerajaan, sekolah dan juga menjadi penilai kemahiran di Malaysia.
Akademi TVET kecantikan bertaraf antarabangsa
Wisma PromasterSkill Academy yang teletak di Bandar Tun Hussen Onn Cheras Selangor boleh dikunjungi bukan sahaja untuk belajar tetapi mendapatkan khidmat yang paling premium buat pelanggan atau sesiapa sahaja yang mahu mencantikkan diri. Di antara program yang ditawarkan di sini adalah seperti :
Diploma in Aesthetics Management
Diploma in Makeup Artistry Management
Diploma in Spa & Wellness Management
Diploma in Hair & Scalp Therapy
Diploma in Reflexology Management
Diploma in Creative Hairdressing Management
Diploma in Pedicure & Manicure Management
Ruang yang ada dalam wisma ini boleh digunakan oleh pelajar untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan mereka. Belajar sambil mempraktikkan kemahiran yang di pelajari dengan cara yang lebih dekat dan menarik. Semua program kecantikan diiktiraf kerajaan dan mampu berdaya saing diluar sana nanti.
Stigma masyarakat terhadapa pelajar TVET harus dikikis. Ini kerana ia bukan sekadar alternatif, tapi pilihan utama untuk mereka yang mahu terus bekerja, berkemahiran tinggi, dan berdikari. TVET adalah masa depan. TVET adalah emas. Jangan pandang rendah pada pendidikan kemahiran kerana merekalah tulang belakang kepada pembangunan negara suatu masa nanti.
Jika anda seorang pelajar yang sedang mencari arah, atau ibu bapa yang ingin anak berjaya dalam dunia kerja pertimbangkan TVET sebagai pilihan utama. Dengarlah nasihat pakar seperti Is. Dr Mass mereka bukan sekadar bercakap, tapi sudah melihat hasilnya.
Jom Sertai Promasterskill Academy
Sekiranya korang atau ada rakan-rakan mahupun sedara-mara, malah juga kepada ibu tunggal atau wanita luar sana berminat untuk mendalami bidang kecantikan secara profesional. Bolehlah daftarkan diri untuk sertai mana-mana kursus TVET kecantikan yang ditawarkan oleh PromasterSkill Academy.
Semua lapisan masyarakat boleh menyertainya terutama buat mereka yang ingin mengembangkan kerjaya dalam bidang kecantikan. Jika berminat dan ingin mendapat keterangan lanjut boleh hubungi di talian atau laman sesawang yang ada di bawah ini,
Tel : 03-90815439 / 011-2982132 / 014-2247484
Email : promasterskillglobal@gmail.com
Instagram : https://www.instagram.com/promastertvetacademyhq
0 Pandangan: