Asia Tenggara,

Konsert PERANAKAN: A MUSICAL LEGACY meraikan kepelbagaian warisan Baba dan Nyonya Asia Tenggara

Isnin, Ogos 18, 2025 Mahamahu 0 Comments

Malaysia adalah negara yang kaya dengan kepelbagaian dan gabungan etnik, budaya dan tradisi, dan ini dipersonifikasikan sebaiknya oleh warisan Peranakan yang bermula sejak zaman penjajah dan kekal kaya sehingga hari ini dengan sejarah berwarna-warni dan identiti istimewa.



Memperkenalkan Peranakan: A Musical Legacy, konsert yang menggabungkan bakat Somerset Music dengan usaha prihatin Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan World Vision Malaysia. Sebilangan besar penyanyi adalah warga berkeperluan khas.

"Somerset Music berbesar hati untuk menganjurkan kutipan dana ini yang bertujuan untuk membantu NASOM dan Malaysia Assistance Fund oleh World Vision Malaysia. Orang ramai dijemput untuk memainkan peranan secara aktif dalam usaha amal ini, sambil menikmati malam artistik berirama lagu, cerita dan budaya dengan koir berpakaian Peranakan asli!" kata Pengetua Somerset Music, Joanne Poh.

“Konsert mengumpul dana ini meraikan dengan tulus ikhlasnya warisan Peranakan Asia Tenggara melalui lagu-lagu yang diturunkan merentasi generasi.



"Program ini menampilkan pilihan melodi rakyat yang disusun dengan telitinya, daripada pantun zaman kanak-kanak kepada balada cinta penuh jiwa dan berakar umbi dalam tradisi Kepulauan Melayu dan masyarakat orang Cina kelahiran Selat. Semasa konsert akan ada banyak detik nyanyian bersama para penonton. Kami berharap dapat menghidupkan kembali rasa kebersamaan dalam masyarakat melalui muzik dengan suasana keriangan,” kata Joanne.

Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Julian Wong Ming Vui, melahirkan rasa terujanya mengenai konsert yang akan diadakan ini.

"Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Somerset Music malalui konsert pengumpulan dana mereka yang akan datang, iaitu Peranakan: A Musical Legacy. Acara ini meraikan warisan budaya yang kaya sambil menyokong secara langsung kerja penting NASOM dalam komuniti kami. Kami percaya kerjasama ini akan mewujudkan impak yang benar-benar bermakna.

“Kami gembira dapat mempersembahkan bakat luar biasa NASOM Maestros, kumpulan koir kami sendiri yang terkenal dengan persembahan menyentuh hati dan memberi inspirasi.



"Kerjasama ini bukan sahaja mendekatkan kepada misi kami untuk meningkatkan kesedaran tentang autisme tetapi juga menawarkan platform yang menarik untuk NASOM Maestros mempamerkan bakat luar biasa mereka," katanya.

Lebih daripada sekadar persembahan, ini adalah usaha komuniti yang terbaik. Setiap suara dan setiap nota dihidupkan dengan penyertaan khalayak yang aktif semasa mereka berinteraksi dan menyanyi bersama – ianya satu penyatuan yang bermakna. Ia adalah konsert yang dibina atas ingatan, rasa kekitaan dan kegembiraan untuk bersatu bersama melalui muzik.

Lagu-lagu tersebut termasuk yang digemari ramai seperti Rasa Sayang, Trek Tek Tek, Chan Mali Chan, Kopi Susu, Lenggang Kangkung, Bengawan Solo.. mencerminkan kekayaan kehidupan seharian Peranakan.

Konsert ini berlatarbelakangkan pemandangan kampung, suasana bermain dan membesar secara pahit manis di samping kemesraan keluarga dalam perubahan zaman.



Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Malaysia Hernando Betita III berkata: “Kami bersyukur kepada Somerset Music kerana menjadi sebahagian daripada inisiatif ini serta membuat perubahan bersama kami.

"World Vision Malaysia berdedikasi untuk kesejahteraan kanak-kanak dan komuniti yang terdedah, di peringkat tempatan dan global. Sokongan yang dijana melalui konsert ini akan membawa banyak manfaat dalam meningkatkan kehidupan melalui program pembangunan berfokuskan kanak-kanak terutamanya individu berkeperluan khas, ke arah dunia yang lebih balas kasihan dan adil untuk semua," katanya.

Muzikal ini akan debut pada hujung minggu 4 dan 5 Oktober 2025 di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) di Petaling Jaya.

Tiket berharga RM80, RM130 dan RM180 dan konsert ini mengalu-alukan para penonton dari semua peringkat umur!

Rakan kongsi acara komuniti ini ialah Pusat Penyelidikan Seni Persembahan Nusantara (NusPARC) dan disokong oleh Acre Works dengan pakaian disediakan oleh Giddy Nyonyas.







0 Pandangan: