Dapur,

Resipi Lengat Pisang Viral Mudah Dan Sangat Enak Harus Kena Cuba

Selasa, Julai 29, 2025 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Viral sekarang ni satu resipi masakan yang jarang orang kita buat walaupun mudah jer. Selalu kita dengar pasal Pengat Pisang kan. Tapi resipi kali ini adalah Lengat Pisang. Masakan tradisional ni dikatakan berasal dari negeri Perak.



Bahan pun sangat mudah dan juga nak memasaknya pun sangat cepat. Tapi rasa sangat sedap enak. Menggunakan pisang sebagai bahan asas kepada resipi ini. Perlu teknik memasak dengan mengukus sahaja. Maha pun cubalah resipi mudah ini sebab dah viral nak rasa. Jom kita tengok cara nak memasak Lengat Pisang.

Bahan-bahan utama
1 sisir Buah Pisang (Pisang Emas lagi sedap)
200 gram Santan Kelapa Pekat
3 sudu besar Tepung Beras 
1 sudu besar Tepung Gandum
Gula dan garam

Cara memasak:
1) Layur daun pisang sehingga layu dan lapiskan dalam bekas untuk mengukus kuih nanti
2) Kupas dan potong tengah pisang menjadi dua bahagian dan pisang tu disusun dalam bekas atau loyang untuk mengukus.
3) Tabur gula di atas pisang tadi ikut pada kemanisan yang dikehendaki.
3) Tuang santan pekat dalam bekas pastu tambah air kedalam santan tadi. 
4) Masukkn 3 sudu tepung beras, 1 sudu tepung gandum dan tambah sedikit garam. Kacau bahan tadi sehingga sebati.
4) Tapi bahan bancuhan tadi semasa dituang dalam bekas atau loyang berisi pisang.
5) Akhir sekali kukus selama 20 minit.



Maka siap lah untuk dimakan. Makan panas atau sejuk pun dua-dua sedap. Ada rasa lemak dari santan, manis dari pisang dan gula memang kuih yang sesuai hidang waktu petang atau sarapan pagi. Mudah nak buat dan sekejap sahaja. Jadi korang boleh cuba ok nanti kongsi hasilnya diruang komen di bawah.

Selamat mencuba semua!!!!






0 Pandangan: