Bandar Kinrara,

Mios Kitchen Menawarkan Harga Promosi Makanan Serendah Dari RM4.90 Sahaja Untuk Satu Pinggan

Rabu, Januari 03, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah kita telah melangkah ke tahun baru 2024 dengan azam baru dan tinggalkan 2023 dengan kenangan indah yang bermakna. Masih sempat lagi kot Maha nak ucapkan selamat tahun baharu kepada semua rakan-rakan. Moga tahun ini bawa lebih banyak kejayaan dan kegembiraan kepada semua.



Maha tahun ni nak azam untuk banyak lagi pergi makan-makan dan kongsikan tempat makanan menarik dan best kat blog. Dah lama juga tak update blog makan ni. Ini adalah posting pertama untuk tahun 2024 iaitu pergi review makanan kat Mios Kitchen Bandar Kinrara Puchong. Mesti ramai dah tahun padal Mios Kitchen yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 dalam bidang makanan dan minuman.





Maha dah beberapa kali datang makan sini sebab ia menyediakan banyak makanan pilihan. Juga paling best restoran kat sini tempat cantik menarik dan dekorasi yang modern. Juga ada kemudahan seperti surau, tandas dan kawasan parking yang banyak jadi mudahlah kalau datang dengan kawan-kawan atau bawa satu keluarga makan kat sini. Sudut OOTD pun banyak kat dalam restoran ni menarik dan sangat estatik kata orang.

Nasi Buttermilk Chicken

Nasi Goreng Chicken Chop

Grilled Chicken Chop


Kalau sebut pasal makana Mios Kitchen selalu buat promosi makanan dengan harga yang berpatutan. Kali ini mereka kembalikan lagi promo harga makanan serendah RM4.90 untuk satu pinggan. Cuma korang perlu beli mana-mana jenis minuman sahaja dah boleh dapat harga promo ni tapi tak termasuk air mineral dan air kosong. Pilihan makanan yang ditawarkan pun bukan kaleng-kaleng tau ada yang western dan ada yang fusion.



Korang boleh datang setiap hari ada sahaja menu yang harga murah ini iaitu seperti setiap Isnin dan Sabtu mereka ada sajikan Grilled Chicken Chop. Daging ayam lembut dan juga ada side dish seperti kentang goreng dan coleslaw home made. Manakala hari Selasa dan Jumaat ada menu Spaghetti Chicken Chop. Juga hari Rabu dan Ahad ada Nasi Buttermilk Chicken serta hari Khamis ada pula Nasi Goreng Chicken Chop. Semua ni harga RM4.90 sahaja tau.

Mix Platter Chicken Grill



Memang terbaik lah Mios Kitchen sebab tu boleh datang hari-hari makan sini. Hidangan ni disediakan bermula dari jam 4.00 petang hingga 11.00 malam. Sesuailah untuk makan malam kalau penat balik kerja dan tiada masa nak memasak dirumah. Satu lagi promosi berganda yang mereka tawarkan iaitu 50% Lunch Promo setiap hari dari jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang. Boleh pilih mana-mana main dish daripada senarai menu yang ada. Seperti Maha order ni Mix Platter Chicken Grill.



Sangat murah makanan kat sini dahlah makan malam ada promo makana tengahari ada diskaun lagi memang terbaik lah Mios Kitchen. Bukan sahaja kat cawangan Banda Kinrara ni sahaja kat 4 lagi cawangan lain pun ada promo ni. Korang boleh pergi kat cawangan Seksyen 15 Shah Alam, Alami Garden Seksyen 13, Presint 15 Putrajaya atau juga kat Bandar Baru Ampang.



So tunggu apa lagi selagi masih ada promo ni datang segera nikmati makanan dengan harga berpatutan dan juga suasana restoran yang menarik hanya di Mios Kitchen. Maha pun akan ulang lagi datang makan kat sini murah kot. Korang kalau ada pengalaman makan kat Mios Kitchen boleh tinggalkan komen bawah ni ok. Selamat menjamu selera semua.


Sebarang update terkini dan promosi boleh layari laman sosial Mios Kitchen:-





0 Pandangan: