Bob Rock,

Persiapan Ramadan Dengan Plus Size Kurta Eusof Short Sleeve Dari Bob Rock Clothing

Sabtu, Disember 23, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tinggal kurang daripada 3 bulan lagi untuk kita menyambut bulan Ramadan tahun 2024. Cepat sungguh masa berbalu dan juga peningkatan usia kita. Bulan yang dinantikan untuk menyambut penuh berekat dan persedia rohani dan jasmani. 



Bulan itu juga kita digalak melebihkan untuk melakukan amal jariah. Termasuk amalan sunat seperti pergi Solat Terawih sepanjang sebulan di bulan Ramadan. Tapi korang dah ada ke baju untuk pergi solat terawih. Buat ibadah ni mengahadap Illahi kena kemas dan bersih baru lah ibadah kita mudah diterima. Ada juga yang tengah mencari-cari kurta kerana mudah dipakai dan selesa.

Kalau tak ada lagi pakaian kurta yang sesuai apa kata jenguk-jenguk ke Bob Rock Clothing (BRC). Itu lah kedai yang Maha dan orang yang sama comel saiz dengan Maha nak dapatkan pakaian yang bersaiz besar. Ia adalah kedai baju saiz besar lelaki yang memang da dari saiz XL hingga kepada 6XL tak silap Maha.



Sekarang ni kat butik Bob Rock yang terletak di Plaza Masalam Shah Alam telah ada koleksi kurta saiz besar. Diberi nama Plus Size Kurta Eusof Short Sleeve ia adalah Modern Kurta Collection (Koleksi Terbaharu) di butik Bob Rock. Maha sendiri pergi hari tu dan tengok tertarik dengan kurta ini.

Ye lah mana tidaknya kurta ini di perbuat daripada fabrik Cotton Satin yang berkiraan benang tinggi berserta kilat pada fabrik membuatnya tampak elegan dan ‘classy’. Kalau tengok kurta ni lain daripada kurta biasa yang banyak ada jual dipasaran. Bila Maha tengok lebih detail dalam dan luar kurta ini jahitannya kali ini yang lebih kemas, tersusun dan sekata. Juga rekaan kali ini ada ‘Curved hemline’ memberi keselesaan kepada kita yang pakai serta memberi imej lebih kemas dan smart. Kalau yang tanya Curved Hemline ni ia adalah lain lengkung pada bahagian bawah baju kurta tersebut.



Selalunya orang yang comel macam kita ni bila pakai baju terutama kurta ini paling susah nak ngam adalah bahagian kolar. Tapi Kurta Eusof kali ini kolar yang tidak mencekik tetapi kemas apabila memakainya. Juga dilengkapi dengan lengan yang menutupi siku nampak tak pendek sangat dan tak panjang sangat. Itu memudahkan untuk kita nak ambil wudhuk tidak lah perlu selak lengan setinggi mungkin dan juga kadang-kadang bahagian lengan tu basah kuyup dibuatnya.

Kalau dah pergi solat kat surau atau masjid kadang-kadang kita akan bawa dompet, atau kunci kenderaan. Jadi nak letak semua tu mudah kerana kurta ini ada banyak poket. Lagi banyak poket lagi best di mana ada 2 x poket sisi dengan ruang seluk yang luas dan selesa nak masuk tangan. Sebab tu Maha suka datang kat Butik Bob Rock ini kerana pakaian saiz besar lelaki semua ada.



Kurta ni puna ada dalam pelbagai warna kalau korang tengok kat laman website Plus Size Kurta Eusof  mereka  boleh tengok warna-warna yang ada lebih kurang 7 warna yang sesuai dengan orang lelaki. Warna seperti Burgundy, Light Blue, Black, Light Purple, Navy Blue, Olive Green dan White. Jadi kalau nak beli secara fizikal boleh kat butik mereka atau nak beli online pun sama sahaja. Kadang-kadang harga ada diskaun lagi kalau dapat kupon beli online.



Sebab itu kalau korang perasan Maha suka menggayakan pakaian dari Bob Rock Clothing. Ini kerana ia sangat kena dengan selera dan juga saiz yang Maha cari. Bukan setakat baju sahaja tau ada kat situ sekarang dah ada seluar, tali pinggang dan macam-macam lagi. Khas untuk lelaki sahaja tau. Jadi tunggu apa sekarang mereka tengah buat Year End Sale jom lah rebut.

Beli online di dalam talian:








0 Pandangan: