Bangsar,

Dua Restoran Untuk Dua Citarasa Berbuka Puasa Berbeza Di Pullman Kuala Lumpur Bangsar

Rabu, Mac 08, 2023 Mahamahu 7 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih banyak lagi tempat berbuka puasa yang menarik nak Maha kongsikan kepada semua. Ini satu lagi tempat dalam satu hotel ada dua jenis restoran dengan dua jenis bufet berbuka puasa, luar daripada kebiasaan hidangan citarasa Itali dan makanan laut serta Dim Sum. Wow menarik ni hurmm kena cuba kedua-duanya.



Kalau datang ke Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar dua restoran mereka iaitu Mearcato dan Pearls Cuisine, buat pertama kali menawarkan bufet makanan istimewa sempena berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan kali ini, dengan puluhan hidangan dan pilihan secara buffet.
 


Dua orang Chef dari dua restoran berbeza iaitu Chef Benny dari restoran Pearls Cuisine dan Chef Chong dari restoran Mearcato untuk masakan Cina. Mereka yang berpengalaman luas ini telah diberikan tanggungjawab di dalam pemilihan makanan sajian citarasa masakan Chinese Cuisine dan citarasa Itali dengan menghimpunkan lebih 100 menu bagi kedua-dua bufet sempena berbuka puasa Ramadan ini.

Mearcato Restaurant


Pastinya kalau restoran di dalam hotel keutamaan mereka adalah kualiti dan kebersihan sebagai sajian pilihan No. 1 di Lembah Klang. Di sini juga Halal, kerana ia mempunyai konsep dapur terbuka yang boleh dilihat secara terus oleh tetamu bagaimana keunikan masakan Itali di Restoran Mearcato disediaka. Selain suasana yang selesa dengan ruang makan yang luas yang boleh menempatkan lebih 300 pelanggan pada satu masa.



Di sini ia adalah konsep "BBQ Buffet For Berbuka" untuk mereka yang berpuasa berbuka puasa. Hidangan mewah Surf & Turf iaitu makanan laut dan daging dalam menu bufet yang disediakan setiap hari sepanjang bulan yang mulia. Menu yang dipanggan dengan cara tersendiri dan juga ada pilihan makanan laut seperti ketam, udang, sotong dan juga pelbagai lagi. Mahukan yang lebih juicy boleh menikmati dalam set bufet daging panggan seperti kambing, lembu dan juga ayam. 





Sekiranya buat tempah di antara 21 Februari hingga 22 Mac 2023 boleh menikmati harga promosi RM128 bersih seorang. Manakala dengan beli 10pax akan dapat PERCUMA untuk 3pax lagi bagi harga biasa seorang dewasa. Sangat menjimatkan kerana kalau harga biasa pula RM148nett untuk seorang dewasa, RM128nett untuk warga emas dan juga RM74nett untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun. 



Juga sekiranya berbuka puasa di Mearcato ini secara automatik pelanggan boleh dapat PERCUMA 1x Grill River Prawn dan 1 x tab mini aiskrim Haagen-Dazs. Wahhh Menarik dan hebat juga tawaran kali ini untuk sebuah restoran Itali. 



Buat tempahan untuk bufet Mearcato Restaurant di talian +6016 7199 927 hari ini juga. Boleh juga ke laman Facebook https://www.facebook.com/mearcato dan Instagram https://www.instagram.com/Mearcato/ 


Pearls Cuisine Restaurant 


Manakala di restoran masakan cina ini pula mensajikan Dim Sum dan makanan laut segar terus dari jeti, Tema bufet di sini adalah "Oceans Treasures Seafood & Dim Sum Buffet". Ia adalah tarikan sajian utama di Restoran Pearls Cuisine dengan keluasan yang mampu memuatkan 200 tempat duduk pada satu masa. Di sini pelbagai menu pembuka selera dalam satu bufet seperti Timun Perap dengan Minyak Cili Pedas, Cendawan Hitam Perap dengan Minyak Daun Bawang, Kicap Turnip Perap, Nachos, Salad Campur, Kelapa Laut dan Herba Cina dalam Sup Ayam.






Manakala menu utama yang dicadangkan dan disediakan oleh chef mereka iaitu Lobster Bakar dalam Sup Warna Keemasan Berkrim, Tiram Kukus & Bakar Istimewa dengan 3 Perisa Pilihan, Udang Goreng dengan Halia Daun Bawang & Lada Garam, Kerang Laut Bakar dengan Bawang Putih & Bawang Merah, Abalon Kukus dengan Cili Cincang, Sotong Serai Bakar Dihidangkan Dalam Sos Sate Berkrim, Ikan Jernak Kukus dalam Acar Kobis dengan Jus Limau Nipis, Ketam Bunga Goreng Chinese style, Kerang Rebus dengan Taro, Baby River Prawn Crispy Goreng Dalam Sayur Campur, Nasi Goreng Daging Ketam bersama Sayur & Ikan Bilis, Wok Kari Goreng Mee Hong Kong dengan Cendawan dan banyak lagi makanan laut.





Bagi juadah Dim Sum yang ada dalam bufet kali ini seperti 6 Selection Of Fried Item Dim Sum, 6 Selection Of Steamed Item Dim Sum, Wok Fried Radish Cake with Egg, Bean Sprout with XO Sauce dan banyak lagi. Juga ada pencuci mulut dan tidak ketinggalan buah potong untuk pelengkap bufet serta pelbagai minuman. 






Di sini juga menjaga kualiti dan juga ia dari sumber bahan yang Halal (strictly no pork, no lard) boleh nikmati tanpa rasa was-was. Promosi bufet pertama kali ini menyediakan promo beli 10pax, PERCUMA 3pax. Kalau beli promosi Early Bird harga lagi murah iaitu RM148nett seorang dan juga ada PERCUMA 1 x Lobster Bakar dan 1x tab aiskrim mini Haagen-Dazs.



Buat tempahan sekarang untuk Pearls Cuisine Restaurant di talian +6010 2299 927. Boleh juga layari laman Facebook https://www.facebook.com/pearlscuisinemalaysia dan Instagram https://www.instagram.com/pearlscuisine_pullman.



Ingat bukan setakat makan sahaja tau pelanggan yang beli bufet mereka akan dapat sertai hadiah cabutan bertuah yang bernilai lebih RM20,000.00 kepada pelanggan yang beli. Hadiah cabutan bertuah ini merangkumi motosikal sebagai hadiah utama juga ada laptop, smart watch, television dan macam-macam lagi. So tunggu apa lagi nak cari bufet yang unik dan menarik di Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Selamat menjamu selera semua.









7 ulasan:

  1. not only does every single dish looks amazing, but i love the fact that they are serving haagen daaz as a way to end the meal on a sweet note!

    BalasPadam
  2. wa so nice can dine here and win prizes! Must try this Ramadan

    BalasPadam
  3. Meriah eh sampaai dua restoran. So, bila MM nak ajak I berbuka kat kedua-dua restoran nie?

    BalasPadam
  4. Ohh wowo. ..all Muslims friends check out this yummy buffet for a family or friends gathering ti enjoy a Ramadan feast la. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  5. Wahhhh terliur nampak all the fresh seafood especially the crabs and prawns

    BalasPadam
  6. ya ampun lauk pauknya semua nampak sedap dan menarik.. best kalau dapat berbuka di sini

    BalasPadam
  7. Jarang2 ada hotel yang buat lucky draw kan! Ni second one this year and look at the prizes to be won! worth up to RM20,000 taw... berbaloi those yang berbuka here and rezeki menang lucky draw lak tue..

    BalasPadam