Buka Puasa,

Mencari Kelainan Berbuka Puasa Ramadan Ini Boleh Ke Galah Gala Seafood Restaurant TTDI Kuala Lumpur

Selasa, Mac 07, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Makin rancak sekarang ni promosi sana sini untuk buka puasa dan juga tak kurang yang menawarkan Bufet Ramadan, dengan pelbagai makanan Melayu atau makanan tradisi. Sekali sekala nak juga cuba citarasa lain sikit betul tak. Sebab tu kali ni Maha nak pergi untuk cuba set buka puasa istimewa disebuah restoran yang terletak di TTDI Kuala Lumpur.



Ia adalah sebuat restoran yang baru juga beroperasi, sebab sebelum ni Maha tidak pernah cuba lagi makanan di sini. Nama restoran ini unik mengikut menu utama meraka iaitu Udang Galah. Sebab itu nama restoran ini Galah Gala Seafood Restaurant. Ini kerana ia adalah restoran makanan laut jadi hidangan untuk buka puasa kali ini bertemakan makanan laut.



Maha jadi excited nak cuba, masa sampai restoran ini sangat exclusive dengan dekorasi yang simple tapi tetap mewah. Ada dua konsep tempat makan yang boleh dipilih, iaitu nak makan kat luar sambil menikmati pemandangan lebih terbuka, atau makan dalam dengan suasana sejuk berhawa dingin. Kalau kat luar tu konsep macam tepi pantai walaupun tiada pantai di situ dengan kerusi dan meja yang digunakan sangat menarik. Cuma kat luar tu terasa panas kerana Malaysia negara yang suhu panas bila tiba waktu tengah hari.




Kalau dalam tu ada satu bilik privasi yang boleh di tempah awal dan syarat kena order makanan minimum lebih dari RM1200. Restoran ni adalah tiada pork dan juga tiada alcohol. Manakala sumber bekalan makanan dari pembekal yang ada persijilan halal. Juga mereka tidak membenarkan pelanggan membawa minuman beralcohol dari luar untuk minum di sini. Memang mereka jaga tentang perkara itu.




Bagi menu buka puasa kali ini Restoran Galah Gala menampilkan beberapa set menu Galah Raya yang boleh dipilih dan dinikmati oleh pengunjung yang memilih untuk berbuka di sini. Set mereka adalah dari 4 pax, 6 pax dan 10 pax. Jadi kalau datang ramai makan satu keluarga besar boleh ambil set yang besar. Kalau makan ngan kawan-kawan sekerja yang tak berapa ramai boleh ambil set yang rendah. Harga pun ikut set tu lah dan juga kuantiti makan ikut pada jumlah pax. 




Dalam set menu yang Maha makan ini adalah untuk 6 orang makan dengan harga RM795nett. Dalam set ini juara mereka iaitu mesti Udang Galah. Kalau mereka yang pakar dalam pemilihan udanga Galah, mesti tahu kerana di sini mereka menggunakan Udang Galah saiz U3 yang sedehana besar, kalau yang paling besar iaitu saiz U1. Juga bekalan Udang Galah sini daripada negara India dan memang penuh isinya. Boleh tengok saiz udang dengan tapak tangan Maha besar lagi udang tu hehehe.



Manakala konsep masakan di sini adalah Chinese style dan sebab itu Udang Galah tu di masak Dried Chilli. Tidak begitu pedas sangat dan ada rasa manis-manis daripada isi udang yang masih lembut di dalamnya. Juga udang tu dibelah kepada dua. Memang puas hati makan Udang Galah mereka. Rasa tak cukup sebelah tu hehehe.

Udang Galah Dried Chili


Selain itu juga, ada lagi Ikan Siakap Goreng Masak Kapitan. Ni pun sama saiz ikan besar nak mampus dan juga isi banyak. Rasa masakan mereka sedap dan segala lengkap pedas dan juga masam masin semua ada. Tak lengkap makanan laut kalau tiada sotong. Dalam set ini ada Grilled Sotong with Homemade Chili. Sotong saiz king besar yang dibakar tidak liat dan juga cicah dengan sos istimewa mereka sangat padan best.

Ikan Siakap Goreng Masak Kapitan

Grilled Sotong with Homemade Chili


Kemudian ada lagi, mereka bagi Lemongrass Chicken. Ayam tu bahagian kepak goreng garing tau melengkapi set ini. Juga ada sayur iaitu Broccoli Mushroom Tau Kan. Masak gaya Chinese style. Nak pilih sayur lain ada juga iaitu kailan. Ikut pada selera masing-masing. 

Lemongrass Chicken

Broccoli Mushroom Tau Kan


Manakala kat meja bufet pula ada nasi putih dan juga buah kurma, sunnah buka puasa dengan kurma dahulukan. Serta ada pelbagai hidangan kuih muih tradisional, almaklumlah buka puasa akan disediakan pencuci mulut ini. Juga ada pelbagai jenis buah-buahan potong untuk melengkapi buka puasa. Kalau Chinese punya set akan ada sup mereka juga sediakan Sup Ayam kat meja bufet. Makanan kat meja bufet ini boleh ditambah dan diambil bila-bila masa sahaja. Cuma ingat jangan membazir ok bulan mulia tak elok membazir.




Bagi Maha set ini sangat lengkap dan mencukupi untuk buka puasa makan tak terlalu kenyang dan masih boleh beribadah selepas berbuka. Juga makanan semua berkualiti dan segar. Sebab itu Maha candang kalau nak mencari konsep buka puasa yang luar dari kebiasaan sini tempat yang berbaloi.



Harga yang Maha tunjuk tu adalah harga biasa tapi kalau booking awal untuk promo early bird bermula dari 1 hingga 28 Mac 2023 ini boleh dapat diskaun 10% lagi. Kiralah sendiri berapa kurang banyak juga tu. Tarikh mula jual set Galah Raya pula dari 29 Mac hingga 19 April 2023. Waktu untuk buka puasa adalah dari jam 5.30petang hingga 10.00malam. So rancang tarikh untuk datang kerana booking awal lagi selamat.



Lokasi tepat restoran ni ia terletak di Tingkat 2 Bangunan AHP di tengah kawasan parking berbayar di TTDI tu. Kalau tak tahu boleh jer Google atau Waze mesti jumpa. Parking sini banyak cuma berbayar sahaja lah kalau ada ruang kosong kat luar boleh jer letakkan. Apa lagi mungkin sini boleh jadi salah satu list dalam tempat buka puasa korang kali ini. Maha rekemen kerana kesegaran dan kesedapan masakan mereka. Selamat menjamu selera dan selamat berbuka ok. 

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 014-9304513
 
Galah Gala Seafood Restaurant
L-3-2, Level 2, TT Gardens, Bangunan Ahp,
Jalan Tun Mohd Fuad 3,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.








0 Pandangan: